Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.de.ra] | چدرا

Definisi : 1. cacat, cela (sedikit): tuan hamba, tegur oleh tuan hamba jika ~nya pakaian hamba ini; 2. luka (patah tulang dsb): tiga orang telah ~ dlm kemalangan itu; 3. menderita, merana, celaka, rugi: kena ~ Mn a) didatangi musuh dgn tiba-tiba, digeledah dgn tiba-tiba; b) dianiayai (dicelakakan) orang; c) menderita kerana pekerjaan berat dll; mencedera Mn mendatangi (menggeledah) dgn tiba-tiba; mencederakan menyebabkan cedera (luka, patah tulang, dsb): mereka telah ~ beberapa orang musuh; tercedera 1. mendapat cedera (luka, patah, dsb): ayah Hilmi ~ dlm satu serangan; 2. Mn merana; kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang, dsb): bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.de.ra] | چدرا

Definisi : pertelingkahan, perselisihan, per­tengkaran; bercedera bertelingkah, berselisih, berteng­kar; kecederaan hal atau keadaan cedera; percederaan hal bercedera, pertelingkahan, perselisihan, pertengkaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.de.ra] | چدرا

Definisi : 1. mungkir janji, tidak setia, ber­khianat; 2. pembunuhan (penyerangan dll) dgn tidak berterang-terangan (tipu daya); mencedera, mencederakan 1. mengkhianati; 2. membunuh (menyerang dll) dgn diam-diam (tipu daya); kecederaan khianat, keadaan tidak setia; pencederaan perihal (perbuatan) mence­dera(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.de.ra] | چدرا

Definisi : 1 luka (patah tulang dsb) pd badan kerana kemalangan dll: Banyak orang yg ~ dlm kemalangan itu. 2 cacat sedikit: ~nya rekod ini disebabkan oleh calar-calarnya. mencederakan menyebabkan (mendapat) cedera; mencacati: Tentera kerajaan telah ~ beberapa orang drpd pihak musuh. tercedera mendapat cedera; menderita cedera: Beberapa orang telah ~ dlm perkelahian itu. kecederaan keadaan cedera (luka, patah tulang dsb): Dia terpaksa meletakkan jawatan kerana ~ pd kakinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cedera


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
injurevt 1. hurt, do harm to, a. (act.) mencederakan, menyebabkan [sso, sst] cedera, cedera; (os, part of body, etc) cedera: the blow did not ~ him, pukulan itu tdk mencederakannya or dia tdk cedera akibat pukulan itu; if you fall, you’ll only ~ yourself, kalau kamu jatuh, kamu akan cedera; she ~d her foot in the accident, kakinya cedera dlm kemalangan itu; b. (pass.) cedera: many people were ~d by flying shrapnel, ramai orang yg cedera akibat terkena serpihan bom yg melayang; 2. offend, melukakan, menyakitkan, menyakiti: his unkind words ~d my feelings, bahasanya yg kesat itu menyakitkan hati saya; to ~ so’s pride, melukakan hati sso; 3. impair, damage, merosakkan, mencemarkan: the scandal ~d his reputation, skandal itu mencemarkan nama baiknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
injuredadj 1. hurt, wounded, cedera; (leg.) tercedera: badly ~ soldiers, askar-askar yg cedera parah; his ~ arm, tangannya yg cedera; the ~ party, pihak tercedera; the ~, (orang-orang) yg cedera: the dead and the ~, yg mati dan yg cedera; 2. offended, luka: this remark did something to restore her ~ pride, kata-kata itu memulihkan perasaannya yg luka; 3. showing sense of injury, menunjukkan [sst] luka: she had an ~ expression on her face, air mukanya menunjukkan perasaannya luka; in an ~ voice, dgn nada suara yg menunjukkan hatinya luka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hurtadj 1. injured, (ter)cedera: are you ~?, kamu cedera?; none of the passengers was ~, tdk seorang pun penumpang yg cedera; 2. distressed, [hati sso] luka: she was deeply ~ by her husband’s indifference, hatinya benar-benar luka krn sikap acuh tak acuh suaminya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hurtvt 1. injure, (act.) mencederakan; (accidentally ), (ter)cedera; (pass.) (ter)cedera: he ~ himself badly when he fell, dia cedera parah ketika jatuh; it was a bad accident but no one was ~, tdk sesiapa pun tercedera walaupun kemalangan itu teruk; 2. cause to feel physical pain, menyakitkan, menyakiti: I won’t ~ you, saya tdk akan menyakitimu; 3. distress, melukai hati; (feelings) melukai: I don’t want to ~ anyone’s feelings, saya tdk mahu melukai perasaan sesiapa pun; 4. spoil, impair, menjejaskan: these rumours could ~ his reputation, khabar-khabar angin ini boleh menjejaskan nama baiknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grievousadj 1. severe, parah, teruk; (of illness, pain, etc) teruk: ~ bodily harm, cedera parah; ~ wound, luka teruk; he suffered ~ injuries during the war, dia mengalami cedera parah semasa perang; ~ pain, sakit teruk; 2. serious, besar: a ~ error that cost many lives, kesilapan besar yg telah mengorbankan nyawa yg banyak; a scandal that might do ~ damage to the company’s image, skandal yg mungkin membawa kerosakan yg besar kpd imej syarikat itu; 3. full of grief, penuh hiba: a ~ cry, tangisan penuh hiba; 4. causing grief or sorrow, menyedihkan, mendukacitakan, memilukan, menghibakan: his death was a ~ loss to the nation, kematiannya merupakan kehilangan yg memilukan seluruh negara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
casualtyn 1. person(s) injured or killed, (orang) yg terbunuh atau (ter)cedera; (attrib) kecederaan: there were 15 casualties in the train accident, 15 orang terbunuh atau cedera dlm kemalangan kereta api itu; ~ ward, wad kecederaan; 2. (in war) korban perang; ~ list, daftar korban perang; 3. loss in numerical strength, kerugian: both sides sustained heavy casualties, kedua-dua belah pihak menanggung kerugian besar; 4. accident, disaster, nahas: the typhoon was responsible for many casualties at sea, taufan itu menyebabkan beberapa banyak nahas di laut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forelegn kaki depan: the cow has injured her ~, lembu itu telah cedera kaki depannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gunv; ~ so. down, (kill so.) menembak mati sso; (seriously injure so.) menembak sso hingga cedera parah: the police ~ned down the killer, polis menembak mati pembunuh itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
back~ away, berundur, mundur, mengundur: as the wounded were carried in, the crowd ~ed away, apabila orang-orang yg cedera itu dibawa masuk, orang ramai pun undur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lash 1 ~ /about, around/, (of person) menggelupur, menggelepar: the wounded soldier ~ed about on the stretcher, askar yg cedera itu menggelupur di atas tandu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas