Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.gas] | چرݢس

Definisi : 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak men­jalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan mem­beli (bkn pasaran saham); 5. (masih) menge­luarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~; mencergaskan 1. menjadikan cergas (tubuh, otak, dsb): senaman boleh ~ otak; 2. menjadi­kan cergas (pantas, cepat), memantaskan, mencepatkan: mereka ~ pergerakan kaki dan tangan dlm latihan itu; 3. menjadikan cergas (giat, aktif), menggiatkan, mengaktifkan: ~ kembali pergerakan Persatuan Belia di kampungnya; 4. menjadikan cergas (pasaran saham), membanyakkan kegiatan menjual dan membeli saham; kecergasan 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.gas] | چرݢس

Definisi : 1 tangkas dan giat; bertenaga: Sungguhpun sudah tua, ia masih ~. 2 pantas; cepat: Platun itu bergerak ~ apabila menerima arahan drpd Leftenan Ramli. 3 banyak melibatkan diri dlm kegiatan-kegiatan; aktif: Pasukan Bulan Sabit Merah sekolah itu sangat ~. mencergaskan menjadikan cergas. kecergasan sifat atau keadaan cergas; ketangkasan; kepantasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cergas


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
activeadj 1. physically energetic, nimble, cergas: at seventy he is still very ~, walaupun sudah berusia tujuh puluh tahun dia masih cergas; an ~ child, kanak-kanak yg cergas; 2. alert, cerdas: an ~ mind, akal yg cerdas; 3. effective, practical, aktif: to take an ~ part in st, mengambil bahagian yg aktif dlm sst; be an ~ force, berpengaruh: he is still an ~ force in the party, dia masih berpengaruh dlm parti itu; 4. participating, contributing, aktif: an ~ member, ahli yg aktif; be ~ in (politics, an organisation, etc) /aktif, giat/ dlm (politik, pertubuhan, dll);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inactiveadj tdk aktif; (of person) tdk /cergas, aktif/; (of share market) tdk /aktif, cergas/, lembap: living an ~ life, menjalani ehidupan yg tdk aktif; the account has been ~ for three years, akaun itu sudah tiga tahun tdk aktif; ~ enzyme, enzim tdk aktif; ~ ingredient, ramuan tdk aktif; he’s a lazy, ~ fellow, dia malas dan tdk cergas; the stock market is ~ today, pasaran saham tdk cergas hari ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
invigoratevt mencergaskan; (person), (act.) menyebabkan [sso] berasa lebih cergas; (pass.) menjadi lebih cergas: excercise ~s the body and mind, senaman mencergaskan badan dan otak; the fresh air ~d him, udara bersih menyebabkan dia berasa lebih cergas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
briskadj 1. quick and active, lively, a. (of person) cergas: a ~ old lady, seorang wanita tua yg cergas; b. (of walk, pace, etc) pantas: they went for a ~ walk, mereka berjalan-jalan dgn pantas; they set off at a ~ pace, mereka membuka langkah pantas; c. (of trade, sales, etc) cergas, giat: trading was ~ on the stock exchange, perdagangan di bursa saham cergas; a ~ demand for cotton goods, permintaan cergas utk barang-barang kapas; 2. sharp and stimulating, invigorating, menyegarkan: ~ weather, cuaca yg menyegarkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
invigoratedadj lebih cergas; (mentally) terangsang: he felt ~ after the swim, dia berasa lebih cergas selepas berenang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bestirvt; ~ os, (fml) bergerak cergas: she ~red herself at the crack of dawn, dia bergerak cergas sebaik-baik sahaja fajar menyingsing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
invigoratingadj cause to be more energetic, [sso] berasa lebih cergas; (of air, climate) menyegarkan; (of tonic, drink) mencergaskan badan: after the ~ walk, they made a beeline for the swimming pool, selepas pergi berjalan-jalan dan berasa lebih cergas, mereka terus menuju ke kolam renang; a massage, followed by an ~ bath, setelah diurut, dia mandi dan berasa lebih cergas; the mountain air was truly ~, udara gunung sungguh menyegarkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alacrityn 1. eager readiness, keberiaan, beria-ia: the ~ with which she accepted the invitation, keberiaannya menerima jemputan itu; 2. briskness, cergas, kecergasan; (of woman) kelincahan, lincah, kecergasan, cergas: she dismounted with ~, dia turun dr kuda itu dgn lincah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alive~ and kicking, masih cergas; be ~ to, menyedari, sedar akan: he was ~ to the dangers working in the mine, dia sedar akan bahaya bekerja di lombong; be ~ with, a. see (sense 6.); b. be animated with, berseri-seri dgn: her face was ~ with laughter, mukanya berseri-seri dgn gelak ketawanya; c. be lively with, menjadi hidup: the air was ~ with the promise of spring, suasana menjadi hidup dgn tanda-tanda permulaan musim bunga; keep st ~, [various translations]: we must keep the fire ~ throughout the night, api itu hendaklah kita biarkan menyala sepanjang malam; it is cruel to keep the dog ~ when it is suffering, kejam kalau kita membiarkan anjing itu terus hidup terseksa; more dead than ~, sudah hampir-hampir mati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
activistn aktivis, penindak cergas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas