Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.rah] | چوره

Definisi : ; mencurah 1. mengalir dgn deras dan banyak, mencucur: hujan turun ~ dr langit; 2. ki datang dgn banyaknya: tentera Jepun kelihatan ~ masuk ke daerah Brunei; apabila harga getah naik, wang ~; mencurah-curah 1. mengalir dgn deras, banyak dan dlm tempoh yg agak lama: hujan masih turun ~ dan kilat sabung-menyabung; 2. ki datang dgn banyaknya dan tidak putus-­putus: mudah-mudahan ia beroleh rezeki yg ~; mencurahi 1. mencucuri, menyirami (me­nyimbahi, menumpahi) dgn banyaknya: hujan lebat ~ seluruh negeri; 2. ki memberi banyak-banyak, mengurniai banyak-banyak, menganugerahi banyak-banyak: Tuhan akan ~ kamu kurnia dan rahmat; mencurahkan 1. mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpah­kan) dgn banyaknya; mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; 2. ki mengeluarkan banyak-­banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dll): ia ~ segala perasaan dukanya kpd kakaknya; 3. ki memberikan banyak-banyak, menyumbangkan: apakah tidak ada kewajiban bagiku utk ikut serta ~ tenaga? 4. menumpukan, memusatkan (fikiran): biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kpd perempuan; tercurah dicurahkan, ditumpukan, tertum­pah: bunyi piring berlaga itu diselang-selangi pula oleh bunyi deruan air ~; curahan 1. yg dicurahkan; 2. aliran (air) yg jatuh atau turun dgn deras, aliran mencurah: bilas bersih-bersih tetapi cepat-cepat di bawah ~ air yg banyak; 3. ki sesuatu yg diberikan (disumbangkan) dgn banyak dan berterusan: setiap usaha memerlukan ~ tenaga utk mencapai matlamatnya; pencurahan perihal atau perbuatan mencu­rahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.rah] | چوره

Definisi : ; mencurah 1 mengalir dgn banyaknya serta deras: Hujan yg ~ turun sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air. 2 ki datang atau terdapat dgn banyaknya: Apabila Israel mengalami kekalahan di tangan Arab, bantuan dr Amerika Syarikat ~ tiba. mencurahi 1 mencurah di atau pd dgn banyaknya; menyirami; menum­pahi: Hujan lebat ~ sawah dan ladang. 2 ki mengurniai atau memberi seseorang banyak-banyak: Moga-moga Tuhan akan ~ kamu dgn rahmat. mencurahkan 1 menuang sesuatu banyak-banyak; menumpahkan: Emak ~ air ke longkang. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak (ttg rahsia dll); memberikan banyak-ba­nyak: Beliau telah banyak ~ tenaga dan wang ringgit utk menubuhkan syarikat itu. tercurah tertumpu; tertumpah: Segala kasih sayangnya ~ kpd anak tunggalnya. curahan apa-apa yg dicurahkan atau yg tercurah. pencurahan perbuatan (hal dsb) mencurahi atau mencurahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata curah


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
beat~ against, a. (of rain) memukul(i); (if heavy) mencurah-curah memukul(i): the heavy rain was ~ing against the window panes, hujan lebat mencurah-curah memukuli kaca tingkap; b. (of waves) memukul(i), melanda, /menghempas, mendampar, membanting/ ke, membalun: the waves ~ against the shore, ombak menghempas ke pantai; ~ st against, memukulkan, memukul-mukulkan sst /ke, pd /: he tried to remove the dirt by ~ing the sack against the wall, dia mencuba membuang habuk dr karung itu dgn memukul-mukulkannya ke dinding;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drenchingadj lebat, turun mencurah-curah: ~ rain, hujan lebat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cloudburstn hujan yg mencurah-curah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
avalanchen 1. runtuhan + approp n: many people were killed in the ~, banyak orang yg terbunuh dlm runtuhan salji itu; 2. (fig.) datang mencurah-curah; (of words, questions, etc) hamburan: an ~ of fan mail, surat peminat yg datang mencurah-curah; an ~ of questions, hamburan pertanyaan; /inundated with, overwhelmed by, etc/ an ~ of, dihujani, dibanjiri: he was inundated with an ~ of congratulatory messages, dia dihujani surat ucap tahniah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bucketvi 1. move jerkily, melambung-lambung: the jeep ~ed along the bumpy road, jip itu melambung-lambung di sepanjang jalan yg tdk rata itu; 2. (of rain) turun mencurah-curah: it’s been ~ing down since early this morning, hujan turun mencurah-curah sejak awal pagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burst(of laughter, applause, etc) ledakan; (of violence) cetusan: a ~ of heavy rain, hujan lebat yg tiba-tiba turun mencurah-curah, c. violent expression, outburst, (of emotion) ledakan, meledak; (of tears) tiba-tiba berderai: a man given to ~s of rage, lelaki yg rasa marahnya sering meledak; d. spurt, sudden increase (in speed) pecutan; ~ of energy, tiba-tiba bertenaga; 3. volley of gunfire, tembakan yg /bertubi-tubi, berturut-turut/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bucketn 1. pail, baldi, timba; 2. bucketful, the contents of a bucket, /baldi, timba/ (penuh): a ~ of sand, sebaldi (penuh) pasir; 3. scoop of dredging-machine, grain-elevator, etc, timba; 4. (in pl) large quantities of (rain, blood, etc ), [hujan, darah, dll] yg mencurah-curah; come down in ~s, turun mencurah-curah; /cry, weep/ ~s, (colloq) menangis beria-ia; kick the ~, (sl) kojol;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
floodn 1. great overflow of water, banjir, bah: the heavy rain has caused widespread ~s, hujan lebat menyebabkan banjir besar; the F~, Banjir, Bah; be in ~, banjir: the river is in ~, sungai itu banjir; 2. also flood tide, rising tide, air pasang; be at the ~, sedang pasang; 3. large quantities (of enquiries, criticisms, etc) dibanjiri: there was a ~ of enquiries after the TV programme, selepas rancangan itu, stesen TV tersebut dibanjiri pertanyaan; be in ~s of tears, menangis dgn air mata sso mencurah-curah: she was in ~s of tears after the exam results were published, dia menangis dgn air matanya mencurah-curah setelah keputusan peperiksaan itu diumumkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cat~ - and-dog, spt kucing dgn anjing; let the ~ out of the bag, /membuka, membocorkan, memecahkan/ rahsia; like a ~ on /hot bricks, a hot tin roof /, spt cacing kepanasan; play ~ and mouse with so., mempermainkan sso, rain ~s and dogs, hujan turun /mencurah-curah, selebat-lebatnya/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drenchvt (usu pass.) make thoroughly wet, (person, animal), (basah) /kuyup, lencun/; (clothes, shoes, etc) lencun; (ground, field, etc) lencun: we were completely ~ed by the time we reached the house, kami basah kuyup apabila sampai di rumah; the ground was ~ed after the heavy downpour, tanah di situ lencun selepas hujan turun mencurah-curah; be ~ed to the skin, basah /kuyup, lencun/; get ~ed, basah /kuyup, lencun/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas