Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tar] | داتر

Definisi : (sama) rata (bkn tanah, permukaan, nada, dll), tidak tinggi rendah; tanah ~ tanah rata (tidak berbukit-bukit); ~ bak lantai papan, licin bak dinding cermin prb keputusan yg adil; sedatar 1. sama rata: garisan-garisan lurus ~ yg selari dgn satu garisan yg sama adalah selari sama sendiri; 2. tidak mendalam (bkn pengetahuan dsb); ~ saja lurah dgn bukit prb tidak membezakan antara kaya dgn miskin; mendatar 1. (seakan-akan) rata: padang yg ~; 2. selari dgn permukaan bumi, melintang (tidak menegak atau lurus ke atas): garis ~; 3. bergerak dr satu tangga gaji ke satu tangga yg lebih tinggi dlm peringkat yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji ka­kitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia): ada empat kaedah pergerakan gaji bagi seseorang anggota, iaitu secara me­lintang, menegak, ~ atau statik; mendatarkan menjadikan datar, merata­kan: kawasan itu didatarkan dahulu sebelum didirikan rumah; dataran 1. kawasan (tempat, tanah) yg datar: ~ tinggi Tibet; 2. ark padang, lapangan; kedataran keadaan (sifat dsb) datar, kerata­an; pendataran perihal atau perbuatan menda­tar­­kan (meratakan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.tar] | داتر

Definisi : rata (bkn tanah, nada, sesuatu permukaan dll); tidak turun naik; tidak tinggi rendah: tanah ~ tanah yg rata (tidak berbukit-bukit). mendatar 1 bersifat datar (tidak turun naik); dlm keadaan datar; merata: Lebih mudah membajak di kawasan yg ~ drpd di kawasan yg berbukit-bukit. 2 selari dgn permukaan bumi; lw tegak: Lukis dua garisan ~ sepanjang 12 cm. mendatarkan menjadikan datar; meratakan: Ia ~ tapak rumahnya. dataran kawasan atau tanah yg datar: ~ tinggi Tibet. ~ hakis ist kawasan yg telah dihakis sehingga hampir-hampir menjadi dataran (dgn bukit-bukit rendah menandakan tapak bekas gunung). pendataran perihal atau perbuatan mendatarkan: ~ padang itu dibuat dgn traktor. sedatar sama rata: Kebanyakan sawah padi di kampung ini ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datar

Peribahasa

Tergolek di nan datar.

Bermaksud :

Mendapat bahaya yang tidak pada tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
flat1adj 1. level and horizontal, datar: the floor is not ~, lantai itu tdk datar; the house has a ~ roof, rumah itu berbumbung datar; 2. even, rata: every morning the butler smoothed the newspaper ~ with a warm iron, setiap pagi butler itu menyeterika rata surat khabar dgn seterika yg suam; 3. having little depth, thickness, leper: a ~ plate, pinggan leper; ~ cakes, kek leper; a ~ cap, topi leper; ~ shoes, kasut leper; 4. with broad, level surface, a. (of face) leper, pipih; b. (of nose) pesek, penyek, pipih; 5. (of tyre) deflated, kempis; 6. definite, bulat-bulat, mentah-mentah: he gave a ~ refusal to their request, dia menolak bulat-bulat permintaan mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flat1n 1. level surface of land, tanah /pamah, datar/: the cattle are grazing on the ~s, lembu-lembu itu sedang meragut rumput di tanah datar; 2. flat surface or part, bahagian bilah [n] yg rata; (of oar) bilah; (of hand) tapak: the ~ of a sword, bahagian bilah pedang yg rata; 3. deflated tyre, tayar /pancit, kempis/; (due to low pressure) tayar kempis; 4. (mus) not flet;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hydroplanen 1. (light, fast motorboat) pesawat peluncur; 2. (device in submarine) kemudi datar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beliefn kepercayaan: ~ in ghosts, kepercayaan pd hantu; the ~ at one time that the earth was flat, kepercayaan pd suatu masa dahulu bahawa dunia ini datar; he came in the ~ that..., dia datang dgn kepercayaan bahawa...; according to the Christian ~, menurut kepercayaan agama Kristian; her ~ in her friends, kepercayaannya thdp kawan-kawannya; our ~ that he is honest..., kepercayaan kami bahawa dia jujur...;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inhospitableadj 1. (of person), (disinclined to have guests) tdk suka menerima tetamu; (unfriendly) tdk ramah; (showing lack of hospitality esp by not giving food, shelter) tdk berbudi bahasa: it’s not that I’m ~, it’s more a case of having too much to do and not being able to cope, bukan saya tdk suka menerima tetamu, tetapi kerja saya terlalu banyak dan saya tdk dapat mengendalikan semuanya; an unsociable, ~ widow, janda yg tdk suka bergaul dan tdk ramah; don’t you agree that it was ~ of them not to offer us a cup of tea?, kamu setuju tdk kalau saya katakan mereka tdk berbudi bahasa, secawan teh pun tdk dijamukan?; 2. (of place) not suitable to live in, tdk sesuai didiami: a windswept, ~ plain, tanah datar yg keanginan dan tdk sesuai didiami.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas