Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ya] | داي

Definisi : 1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~ berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu; tipu ~ tipu muslihat; ~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~ fikir kekuatan atau keupayaan utk menggunakan akal fikiran; ~ ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk bergerak; ~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran utk mengingat sesuatu atau seseorang; ~ juang kemampuan utk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dgn gigih; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ tahan kemampuan utk mempertahankan diri atau bertahan drpd sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dsb); ~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) utk memelopori sesuatu; sedaya = sedaya upaya; berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budi­nya; tujuannya supaya kita berdisiplin, ber­sistem dan ~ menyelesaikan sesuatu per­soalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); memperdaya, memperdayakan, men­daya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mem­pengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb); terdaya termampu, bertenaga, ber­ke­mam­puan, berkeupayaan: jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka setiap petang; terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu; kedayaan kebolehan membuat sesuatu; perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti; pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ya] | داي

Definisi : ; barat ~ mata angin atau arah di antara barat dgn selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ya] | داي

Definisi : 1 tenaga; kekuatan; kemampuan: Dia kehabisan ~ utk mendaki bukit itu. 2 akal; ikhtiar; muslihat: Dia mencari ~ hendak menipu orang itu. ~ cipta kebolehan mencipta. ~ fikir keupayaan atau kekuatan utk menggunakan akal fikiran. ~ ghaib kuasa ghaib. ~ graviti kuasa (tarikan) antara dua benda, terutamanya kuasa yg menarik benda-benda ke bumi. ~ guna kemampuan utk mendatangkan hasil atau faedah: Peladang dan pesawah berusaha utk meningkatkan ~ guna tanah mereka. ~ ingatan keupayaan atau kekuatan utk mengingat sesuatu atau seseorang. ~ juang kemampuan utk mempertahankan atau mencapai sesuatu dgn sungguh-sungguh. ~ kuda satuan utk mengukur tenaga enjin dll. ~ penarik a. kebolehan utk menarik sesuatu. b. kebolehan utk menarik hati orang lain. ~ sawat kuasa atau tenaga yg dikeluarkan (dihasilkan) oleh sesuatu pesawat. ~ utama (usaha) kegiatan atau usaha utk memulakan sesuatu. berdaya bertenaga; berupaya; mampu: Samad tidak ~ hendak mengangkat peti itu. Dia tidak ~ hendak membayar hutang-hutangnya. mendayai 1 memberi daya (kekuatan) kpd. 2 mengenakan pengaruh pd; mempengaruhi. 3 mengenakan tipu helah pd; mengakali. memperdaya melakukan tipu helah (muslihat); menipu: Dlm cerita kanak-kanak, sang kancil selalu ~ binatang-binatang hutan yg lain. terdaya berkemampuan membuat sesuatu; berupaya; bertenaga; terbuat: Tidak ~ olehnya mengangkat tong yg berat itu. terperdaya tertipu: Perempuan itu telah ~ oleh rayuan dan pujukan lelaki yg tidak bertanggungjawab itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daya

Puisi
 

Apa daya bajuku ini,
     Begini lemah lagi berlari;
Apa daya hatiku ini,
     Makin dihibur makin berahi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Hendak seribu daya,
     tak hendak seribu upaya.

Bermaksud :

Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
alluren daya /penarik, tarikan/: she exercised all her ~ on him, dia menggunakan seluruh daya penariknya utk memikat lelaki itu; the old house has an indefinable ~, rumah tua itu mempunyai daya tarikan yg sukar hendak diterangkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glamour, (US) glamorn 1. the often illusory excitement and attraction of st, daya tarikan, glamor: the ~ of Hollywood, daya tarikan Hollywood; there is no ~ in nursing, tdk ada glamor dlm bidang kejururawatan; 2. alluring beauty, charm, daya tarikan, glamor; (attrib), (dated) penuh /glamor, daya tarikan/: a woman with ~, wanita yg mempunyai daya tarikan; a ~ boy, pemuda yg penuh glamor.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intellectualadj 1. a. of the intellect as opposed to the emotions, intelektual, daya fikir: ~ faculties, fakulti intelektual, ~ powers, kuasa daya fikir; b. needing, appealing to, using the intellect, intelektual, approp v + daya fikir: he is interested in more ~ pursuits, dia berminat dlm aktiviti-aktiviti yg merangsang daya fikir; the discussion was too ~ for him; he was really out his depth, baginya perbincangan itu memerlukan daya fikir yg terlalu tinggi or terlalu intelektual; dia langsung tdk memahaminya; ~ topics, tajuk-tajuk yg intelektual, perbincangan intelektual; 2. having, exhibiting high intellect, intelektual: she could be described as an ~ poet, dia dapat dikatakan sbg penyair yg intelektual;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
endurancen daya ketahanan: he has great powers of ~, dia mempunyai daya ketahanan yg tinggi; ~ test , ujian ketahanan; /past, beyond/ ~ , (sso) tdk tahan: your rudeness is beyond ~, saya tdk tahan dgn sikap biadabmu itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intellectn 1. mental power, daya fikir, intelek: a man of high ~, orang yg tinggi daya fikirnya; 2. quality of being brilliant, very clever, kebijakan, bijak; 3. person of great reasoning power, intelektual, intelek : the great ~s of our time, tokoh-tokoh intelektual zaman ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
imaginationn 1. act, power of creating mental images, (daya) imaginasi: the child has a lively ~, anak itu mempunyai daya imaginasi yg cergas; if you would only use your ~..., kalau kamu menggunakan imaginasimu...; 2. st imagined, hayalan: there is no ghost in this house; it’s just your ~, tdk ada hantu dlm rumah ini; itu hanyalah khayalanmu; don’t let your ~ run /wild, away with you/, jangan fikir yg bukan-bukan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bat1off o’s own ~, (colloq) a. on o’s own initiative, atas /daya usaha, inisiatif/ sendiri, dgn /daya usaha, inisiatif/ sendiri; b. without approval from anyone, /pandai-pandai sendiri, memandai-mandai/ (sahaja): since you did it off your own ~ I will not pay for the extra cost, krn kamu melakukannya pandai-pandai sendiri sahaja, saya tdk akan membayar kos tambahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
concentrationn 1. act of focussing, penumpuan: power of ~, daya penumpuan; the ~ of industrial development around the capital city, penumpuan pembangunan perindustrian di sekitar ibu negeri itu; 2. accumulation, tumpuan: the increasing ~ of power in the politburo, tumpuan kuasa yg semakin bertambah pd politburo; 3. focussing of mental activities, daya penumpuan: memorising o’s lines requires great ~, menghafaz skrip memerlukan daya penumpuan yg tinggi; 4. (tech) kepekatan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
allurementn 1. st that allures, tarikan: the ~ of city life, tarikan kehidupan kota; 2. charm, daya /penarik, tarikan/: her ~ is in her style, daya tarikannya terletak pd gayanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
force3. so., st that exerts influence, kuasa: religion is a powerful ~ in shaping society, agama ialah kuasa yg kuat dlm membentuk masyarakat; ~s of nature, kuasa-kuasa alam; 4. (phys) daya: ~ of gravity, daya graviti; magnetic ~, daya magnet; 5. (mil, police) pasukan: police ~, pasukan polis; 6. legal power of binding, kuatkuasa: the ~ of an agreement, kuatkuasa perjanjian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas