Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak bercakap (bersuara dll), senyap: Badri ~ sahaja kerana tidak tahu apa yg hen­dak dicakapkan; terbuang dlm ~ di­singkirkan dgn senyap-senyap; 2. tidak ber­gerak-gerak atau berbuat apa-apa: sedangkan benda yg ~ lagi engkau baling tidak kena, inikan pula benda yg bergerak; ~ tak ~ dgn senyap-senyap, tidak diheboh-hebohkan; ~ macam batang kayu ki tidak bergerak-gerak; ~ membatu ki tidak bercakap-cakap (mem­bisu); ~ ubi lagi kental, ~ besi lagi sentil = bukannya ~ penggali berkarat, melainkan ~ ubi berisi prb diam orang yg berilmu itu berfikir, se­mentara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja; kalau tak bermeriam, baiklah ~ prb orang yg miskin dan lemah itu tidak usahlah banyak kehendak; yg disangka tidak menjadi, yg ~ boleh ke dia prb orang yg bertunangan tetapi akhirnya berkahwin dgn orang lain; sediam sama (spt, macam) senyapnya: mereka diam ~ kuburan di waktu subuh; diam-diam dgn tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit: dgn ~ sahaja dia keluar dr negeri Daha; ~ lepu prb pada zahirnya baik dan jujur tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali; ~ ubi (berisi) prb pendiam tetapi banyak berfikir atau berpengetahuan; berdiam = ~ diri = berdiam-diam 1. tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): mereka berdua ~ sebentar; di dlm berdiam-diam begitu, sebenarnya dia berfikir; 2. ki tidak melakukan sesuatu, tidak mengambil apa-apa tindakan: kita tidak mesti ~ diri, kita mesti membela diri kita sendiri; berdiamkan; ~ diri berdiam diri: ia ~ dirinya barang ke mana diterbangkan oleh burung itu; mendiami tidak menegur (menyapa dll), memulau: kami diami sahaja orang-orang yg membelot kpd persatuan kami; mendiamkan, memperdiamkan 1. mem­buat (menjadikan, membiarkan) diam: ibu ~ adikku yg merengek; 2. menjadikan tidak bergerak, mematikan utk seketika (benda bergerak dll): gelora marah itu di­diam­kannya sahaja; 3. tidak mengendahkan (mem­­pedulikan, ambil tahu, dll), tidak meng­hebohkan: pihak Berikat tidak boleh ~ serangan yg dilakukan oleh pihak Fasis ke atas negara-negara yg kecil; ada pun jika kita perdiamkan perkara ini, nescaya buruk padahnya; terdiam tidak bersuara (bergerak dll) lagi: Datuk Ujang dan polis itu mengangguk lagi tetapi sejurus kemudian ~ semula; melihat guru datang, murid-murid darjah itu pun terus ~; pendiam (orang yg) tidak suka bercakap-cakap: Zaini itu seorang murid yg ~ tetapi lekas dapat menangkap ajaran gurunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak bercakap (berbunyi, bersuara dll): Semua murid ~ apabila Guru Besar masuk ke bilik darjah. 2 tidak bergerak dan tidak berbuat apa-apa: Semasa kanak-kanak itu ~, eloklah kita ambil gambarnya. ~ membatu tidak bercakap-cakap; membisu. diam-diam 1 tidak memberitahu sesiapa pun; dgn atau secara sulit: Dia berkahwin ~ saja. 2 dgn diam: Budak itu disuruh duduk ~ sementara ibunya memasak. berdiam, = ~ diri 1 tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): Dia ~ diri di balik tabir itu semasa polis mencarinya. 2 ki tidak berbuat apa-apa; tidak bertindak: Kita tidak harus ~ terhadap penghinaan itu. mendiamkan 1 membuat (menjadikan) diam: Dia ~ adiknya yg menangis itu dgn memberinya gula-gula. 2 menjadikan tidak bergerak: Dia ~ tangannya drpd menganyam tikar itu sebentar. 3 membiarkan saja; tidak mempedulikan: Didiamkannya saja perkara yg kecil-kecil itu. terdiam terhenti bercakap (bergerak, bersuara dll): Semuanya ~ apabila mendengar pekikan meminta tolong. pendiam orang yg tidak suka bercakap-cakap: Walaupun dia ~, dia bagus dlm pelajarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diam I

Puisi
 

Bila maharaja diam di hutan,
     Tebu dan jagung rosak binasa;
Lama ditinggal wajah tuan,
     Rindu ditanggung setiap masa.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Diam-diam lepu.

Bermaksud :

Musuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan. lepu = ikan laut.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
connivance<i>n passive assent to wrongdoing,i> bekerjasama secara diam-diam; with the ~ of, dgn kerjasama secara diam-diam: <i>he escaped from prison with the ~ of the prison officials,i> dia melarikan diri dr penjara dgn kerjasama secara diam-diam pegawai-pegawai penjara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
back stairs, back-stair(s)<i>adji> secara /diam-diam, senyap-senyap/: ~ <i>deals,i> urusan-urusan secara diam-diam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creep~ up, /mendekat, merapat/ secara diam-diam: <i>he crept up and, unobserved, took the keys that were hanging on the wall,i> dia mendekat secara diam-diam dan tanpa dilihat orang mengambil kunci yg tergantung pd dinding itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creep~ up on, a.i> approach silently or unobserved,i> /mendekati, merapati, menghampiri/ secara diam-diam: <i>a lion ~ing up on its quarry,i> seekor singa yg sedang mendekati mangsanya secara diam-diam; b. (<i>of old agei>) meningkat, merangkak: <i>old age ~s up on one unawares,i> tanpa disedari usia meningkat tua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
behave<i>vt;i> ~ os, berkelakuan baik; <i>(interj)i> jangan buat perangai: <i>sit still and ~ yourself!,i> duduk diam-diam dan jangan buat perangai!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
court<i>vti> 1. <i>woo,i> mencuba memikat: <i>he ~ed her secretly,i> dia mencuba memikat gadis itu secara diam-diam; 2. <i>try to win favour of,i> mencuba /mengambil hati, memujuk/: <i>to ~ wealthy clients,i> mencuba mengambil hati klien-klien yg kaya; 3. <i>solicit,i> memancing: <i>to ~ praise,i> memancing pujian; ~ so’s favour, mencuba mengambil hati sso; 4. <i>invite,i> menempah: <i>you are ~ing disaster by your actions,i> kamu menempah bala dgn tindak-tandukmu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
furtive<i>adj sly, stealthyi>, berdiam-diam, bersenyap-senyap; (<i>of look, glancei>) curi-curi: <i>he aroused our suspicion by his ~ behaviouri>, kelakuannya yg berdiam-diam itu menimbulkan syak wasangka kami; <i>the thief was ~ in his movementsi>, pencuri itu berdiam-diam dlm tindak-tanduknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
among(st)<i>prepi> 1. <i>surrounded by,i> a. (<i>group of peoplei>) di antara: <i>the pickpocket moved stealthily ~ the crowd,i> penyeluk saku itu bergerak secara diam-diam di antara orang ramai; b. (<i>group of thingsi>) di tengah-tengah; (<i>of personi>) di antara: <i>a lone rose ~ a bed of daisies,i> sebatang pokok mawar di tengah-tengah batas daisy; <i>sitting ~ the ruins,i> duduk di antara runtuhan; <i>they hid themselves ~ the bushes,i> mereka bersembunyi di antara semak-samun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hush~ up, diam: <i>the children ~ed up when their father walked into the room,i> budak-budak itu diam apabila bapa mereka masuk ke bilik; ~ st up, (<i>fig.i>) menyembunyikan, merahsiakan: <i>they tried to ~ up the matter,i> mereka mencuba menyembunyikan perkara itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laugh~ till one cries, ketawa hingga keluar air mata; ~ /so., st/ to scorn, mentertawakan, mengetawakan, menggelakkan: <i>such an idea would have been ~ed to scorn a few years ago,i> idea-idea begitu pasti diketawakan jika dikemukakan beberapa tahun dahulu; ~ up o’s sleeve, <i>(colloq)i> ketawa /sendiri, diam-diam/: <i>we didn’t realize at the time that he was ~ing up his sleeve at us,i> kami tdk sedar rupanya pd masa itu dia ketawa diam-diam melihat kami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas