Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[din.ding] | دينديڠ

Definisi : 1. penutup (penyekat) ruang, ba­ngunan, bilik, dll yg dibuat drpd kayu, bata, dll; sebuah gambar tergantung di ~; lampu ~ lampu yg disangkutkan di dinding; 2. sesuatu yg menyerupai dinding: ~ abdomen; ~ kambi papan (kayu) pd kaki dinding; ~ sel selaput yg menyelaputi sel; ~ tepas dinding yg dibuat drpd pelepah daun kumbar; ~ teretas, tangga terpasang prb bukti yg cukup utk menyatakan sesuatu hal; jadi ~ tasak peti permainan prb orang harapan raja dan orang besar-besar; berdinding, berdindingkan menggunakan (memakai) dinding: rumah panjang itu beratapkan daun bertam dan ~ kulit kayu; mendinding 1. memasang (melekatkan) din­ding: ayah saya tidak ada, dia pergi ~ rumah Pak Ngah Talib; 2. berupa dinding, spt dinding: bukit-bukit yg dipenuhi hutan tebal ~ ke sebelah barat kampung saya; mendindingi merupakan dinding (utk me­nyekat, melindungi, menahan, menutup, me­rintang, dll), menjadi dinding pd: pokok bunga di sekeliling perigi itu ~ orang yg mandi drpd pelihatan orang ramai; pakatan SEATO ditubuhkan utk ~ kemaraan kuasa Komunis; mendindingkan menggunakan sesuatu spt dinding; ~ tangan meletakkan tangan di atas dahi supaya tidak silau dll; terdinding tersekat oleh dinding, tersekat, terlindung: jikalau iman tidak teguh, segala godaan syaitan mungkin tidak ~ lagi; pendindingan perihal atau perbuatan men­dinding(i) atau mendindingkan; pendinding penutup, penyekat, penghalang, pelindung: agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yg sebenar, tetapi juga merupakan ~ drpd godaan hawa nafsu; doa ~ doa utk melindungi diri drpd mara bahaya; kain ~ miang, wang ~ malu prb berbuat (menggunakan) sesuatu biarlah kena pd tempatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[din.ding] | دينديڠ

Definisi : 1 penutup keliling rumah, bilik, ruang dll yg dibuat drpd papan (tembok, pelupuh dsb): ~ rumahnya dibuat drpd kayu yg mahal. 2 sesuatu yg menyerupai dinding 1: ~ abdomen. ~ sel kulit tipis (selaput) yg menyelaputi sel. berdinding menggunakan atau mempunyai dinding: Rumah itu belum ~ tetapi sudah ada penghuninya. berdindingkan ada sesuatu sbg dinding: Pondok itu beratapkan rumbia, ~ buluh. mendinding 1 memasang dinding: Kerja ~ dijalankan pd sebelah pagi. 2 menjadi sbg dinding (penyekat, pelindung dsb): Mereka tidak dpt lari lagi kerana terjebak di antara gaung yg ternganga di sebelah kiri dan bukit yg ~ di sebelah kanan. mendindingi merupakan dinding (utk melindungi, menyekat, menutup dll): Pokok besar itu ~ kami drpd panas cahaya matahari. mendindingkan memasang sesuatu sbg dinding; menggunakan sesuatu spt dinding: Mereka ~ zink-zink di kawasan itu utk mengadakan pertunjukan. ~ tangan meletakkan tangan di dahi atau pd atas mata supaya tidak silau. terdinding tersekat oleh dinding; terlindung. pendindingan perbuatan (hal dsb) mendinding, mendindingi atau mendindingkan. pendinding penyekat; penutup; penghalang; pelindung: doa ~ doa utk melindungi diri drpd bahaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinding

Puisi
 

Rumah besar dinding pelupuh,
     Hulu jarang hilir jarang;
Mana hati tidakkan rusuh,
     Di hulu sayang di hilir sayang.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Jadi dinding lasak peti manian.

Bermaksud :

Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
earthenadj 1. made of earth, (dibuat drpd) tanah: ~ walls, dinding-dinding tanah; 2. made of baked clay, (dibuat drpd) /tanah, tanah liat/: an ~ pot, periuk tanah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coatvt cover, conceal, [various translations]; (with finishing, protecting layer) menyalut: the walls were ~ed with cheap paint, dinding-dinding itu dicat dgn cat murah; the floor was ~ed with varnish, lantai itu telah divarnis; to ~ sheets of iron with tin, menyalut kepingan besi dgn timah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
depictvt menggambarkan, melukiskan: scenes from the Ramayana were ~ed on the walls of the temple, peristiwa-peristiwa dlm hikayat Ramayana digambarkan pd dinding-dinding kuil itu; the plight of the refugees as ~ed in his writings, nasib pelarian spt yg digambarkan di dlm tulisan-tulisannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fittedadj 1. (of carpet) dr dinding ke dinding; 2. (of furniture) terbina dalam: a ~ cupboard, almari terbina dalam; 3. (of room) berperabot terbina dalam: a ~ kitchen, dapur yg berperabot terbina dalam; 4. (of sheet) sama sendat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
carpetn 1. thick fabric covering for floor, hamparan, permaidani: wall-to-wall ~, hamparan dr dinding ke dinding; 2. rug, permaidani, ambal, hamparan; 3. covering (of leaves etc) hamparan, litupan: hidden under a ~ of dead leaves, tersorok di bawah hamparan daun-daun kering;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bafflevt 1. confound, (act.) membingungkan; (pass.) kebingungan, bingung: the case ~d the police, kes itu membingungkan polis; he was ~d by the girl’s aggressive attitude, dia kebingungan oleh sikap agresif gadis itu; ~ (all) description, tdk /terperikan, tergambarkan/; ~ the imagination, tdk /terbayangkan, tergambarkan/ dlm fikiran; ~ the intelligence, membingungkan; 2. impede, menyekat: walls that ~ sound, dinding-dinding yg menyekat bunyi; 3. frustrate, (act.) mengecewakan, menggagalkan; (pass.) kecewa, gagal: they were ~d in all their efforts, mereka kecewa dlm segala usaha mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drum~ wall, dinding bulat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hanging walln dinding gantung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fire walln dinding kebakaran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cell walln dinding sel.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas