Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dus.ta] | دوستا

Definisi : 1. bohong, tidak benar: katanya dia se­dang sakit tetapi itu adalah ~ semata-mata; 2. = berdusta berkata yg tidak benar: masih kecil lagi sudah pandai ~; mendusta membuat dusta, bercakap bohong, berkata tidak benar; mendustai membuat dusta kpd, berbohong kpd, membohongi: tidak baik kita ~ orang tua kita; mendustakan menganggap dusta (tidak benar, bohong): janganlah hendaknya anak-anak kita tergamak ~ ajaran alim ulama itu; kedustaan perihal dusta, sesuatu yg dusta, kebohongan: kejujuran adalah sesuatu amanah, dan ~ adalah suatu khianat; pendustaan perihal mendustai, pem­bo­hongan: ~ dan pembohongan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW; pendusta orang yg suka berdusta, pem­bohong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dus.ta] | دوستا

Definisi : tidak benar (bkn perkataan dll); bohong: Tuduhan itu ~ semata-mata kerana tidak ada buktinya. berdusta berkata tidak benar; berbuat dusta: Kalau dr kecil sudah pandai ~, apa lagi kalau sudah besar. mendustai membuat dusta kpd (terhadap); bercakap bohong kpd: Kita dilarang ~ sesiapa saja. mendustakan menganggap dusta (bohong); membohongkan: Janganlah ~ ajaran-ajaran agama. kedustaan perihal dusta; sesuatu yg dusta: Kejujuran ialah amanah dan ~ ialah khianat. pendustaan perbuatan mendustai atau mendustakan: ~ dan pembohongan dilarang sama sekali. pendusta orang yg (suka atau selalu) mendustai orang lain; pembohong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dusta


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
blatantadj glaringly obvious, terang-terangan: a ~ lie, dusta yg terang-terangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
absolute4. outright, unmitigated, a. (of lie, nonsense, etc) sama sekali, semata-mata: an ~ lie, dusta semata-mata; b. (of person) benar-benar, betul-betul: an ~ idiot, benar-benar tolol; 5. perfect in quality or nature, sempurna, tdk bercela: ~ beauty, kecantikan yg sempurna; 6. (tech) mutlak: ~ pressure, tekanan mutlak; ~ density, ketumpatan mutlak; ~ cost, kos mutlak; ~ volume, isi padu mutlak; in ~ terms, secara mutlak: prices remained the same in ~ terms but increased by 5% relatively, harga-harga tetap sama secara mutlak, tetapi naik dgn 5% secara relatif.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
falsehoodn 1. untruthfulness, kepalsuan: to distinguish truth from ~, membezakan kebenaran drpd kepalsuan; 2. lie, dusta; /tell, utter/ ~, berbohong, berdusta; 3. lying, pembohongan, pendustaan, berbohong, berdusta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
falselyadv 1. incorrectly, (dgn) salah: he has ~ translated the article, dia telah salah menterjemahkan artikel itu; 2. untruthfully, dusta, bohong: to speak ~, bercakap bohong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deliberateadj 1. intentional, disengajakan, sengaja /dibuat, dilakukan/: a ~ attempt to upset the plan, percubaan yg sengaja dilakukan utk merosakkan rancangan itu; the ~ use of four-letter words, penggunaan kata-kata lucah yg disengajakan; a ~ lie, dusta yg disengajakan; 2. careful, unhurried, perlahan-lahan: a politician should be ~ in his speech, ahli politik harus berucap perlahan-lahan; to walk with ~ steps, berjalan perlahan-lahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
baldadj 1. without hair (ref to person, head) botak; 2. without feathers, fur, tdk berbulu: there is a ~ spot on the animal’s back, ada tompok tdk berbulu pd belakang binatang itu; 3. without trees etc, gondol: a ~ mountain, gunung yg gondol; 4. not covered with grass, tdk berumput: ~ patches on the field, tompok-tompok tdk berumput di padang; 5. without leaves, gondol: ~ trees, pokok-pokok yg gondol; 6. (of tyre) botak, tdk berbunga, licin; 7. plain, sahaja, hanya ... sahaja: a ~ statement of fact, hanya pernyataan fakta sahaja; 8. blatant, terang-terangan, tdk berselindung-selindung: a ~ lie, dusta yg terang-terangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas