Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[er.ti] | ارتي

Definisi : 1. maksud yg terkandung dlm sesuatu perkataan (ayat, peribahasa, ungkapan, lambang, kiasan, dll), makna: kata “pekerja” telah digunakan sbg pengganti kata “kuli” pd zaman kolonial, dan mempunyai ~ tertentu dlm masyarakat bahasa Indonesia; 2. ki guna, faedah, kepentingan: lebih baik diam sahaja, jika itu memberi ~ kpd penghidupan kita sekarang; ~ kata makna (konsep) kata, maksud, takrif; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg biasanya atau sebenarnya); ~ (yg) mendatang erti lain yg terbit drpd sesuatu makna asal; seerti serupa atau sama ertinya; kata ~ kata yg ertinya sama atau hampir-hampir sama dgn kata (kata-kata) yg lain; bererti 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna: sering kali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya, bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah, mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn: membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat;keberertian keadaan bererti: ~ sosial drpd iltizam mereka yg sentiasa berubah; mengerti mengetahui atau memahami erti (kepentingan dll) yg terkandung (dlm perkataan, ucapan, perbuatan, dll): ia menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yg dilihatnya;dimengerti difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya): buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi utk ~ akan isinya; mengertikan 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2. membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti;ertian tafsiran; pengertian 1. fahaman, tanggapan (gambar­an) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[er.ti] | ارتي

Definisi : 1 maksud yg terkandung dlm sesuatu kata, ayat, peribahasa, lambang dll; makna: Cuba terangkan ~ perkataan ini. 2 guna; faedah: Kekayaan tidak ada ~nya bagi orang yg sudah sakit tenat. ~ kata makna sesuatu kata; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg sebenarnya). bererti 1 mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2 ertinya; maksudnya: Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3 berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. mengerti dpt menangkap atau dpt memahami erti sesuatu kata (ayat, isyarat dll): Dia ~ akan apa-apa yg dikatakan oleh gurunya. mengertikan 1 menerangkan erti sesuatu (kata dll); memberikan ertinya: kata-kata Inggeris yg diertikan dlm bahasa Melayu. 2 menjadikan orang dll mengerti: Memang susah ~ orang bodoh. pengertian 1 pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2 tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. seerti sama ertinya: kata ~ kata(-kata) yg sama atau yg hampir-hampir sama ertinya; sinonim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata erti


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
full-blownadj 1. fully developed, dlm erti kata yg sebenar: a ~ war, peperangan dlm erti kata yg sebenar; 2. (usu liter.) in full bloom, kembang mekar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knowinglyadv 1. in a manner suggestive of secret information, dgn penuh erti: to look ~ at so., memandang sso dgn penuh erti; 2. deliberately, dgn sengaja: to ~ hurt so., menyakiti hati sso dgn sengaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
figurativeadj not literal, kiasan: the ~ uses of the word “hot”, penggunaan kiasan perkataan “hot”; ~ language, bahasa kiasan; in the ~ sense of the word, dlm erti kiasan kata itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
amountvi; usu ~ to, a. reach a total of, jumlah [sst], [sst] berjumlah: he wanted to know what his debts ~ed to, dia hendak mengetahui jumlah hutangnya; the bill ~ed to one hundred ringgit, bil itu berjumlah seratus ringgit; b. mean, dimaksudkan oleh, maksud, erti; (st) sama seperti, bererti: this is what his statement ~s to, inilah yg dimaksudkan oleh kenyataannya itu; what he did ~ed to embezzlement, yg dilakukannya itu sama seperti penggelapan wang; ~ to little, tdk banyak ertinya; ~ to nothing, tdk bererti: his arguments ~ to nothing, hujah-hujahnya tdk bererti; it ~s to the same thing, itu sama sahaja; will /not, never/ ~ to /much, anything/, tdk akan berjaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fargo ~ /to do st, towards st/, membantu, menolong: the money donated by their neighbours will go ~ to pay for the hospital bills, wang yg diderma oleh jiran-jiran mereka akan membantu mereka membayar bil hospital; in so ~ as, insofar as [various translations]: your suggestion is useful in so ~ as pensioners are concerned, cadangan tuan berguna setakat pesara-pesara sahaja; she is different from the rest in so ~ as she seems unimpressed by any show of wealth, dia berbeza drpd yg lain dlm erti kata dia tdk kagum dgn kekayaan; so ~, /setakat, sejauh/ ini: so ~ his work has been satisfactory, setakat ini, kerjanya memuaskan; so ~ and no further, setakat ini dan tdk lebih drpd ini; so ~ so good, setakat ini tdk ada apa-apa masalah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
conveyvt 1. carry, transport, a. (gen) membawa: the ferry ~s cars and passengers across the river, feri itu membawa kereta dan penumpang ke seberang sungai; b. (by pipeline, channel, etc) menyalurkan: water is ~ed by open channels to smaller reservoirs, air disalurkan melalui salur terbuka ke takungan yg lebih kecil; 2. make known, memberikan: the sentence does not ~ the intended meaning, ayat itu tdk memberikan erti yg dimaksudkan; this photograph will ~ some idea of the suffering of the people, gambar ini akan memberikan sedikit gambaran ttg penderitaan rakyat; 3. communicate, menyampaikan: to ~ a message to so., menyampaikan pesanan kpd sso; 4. (leg.) memindah hak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
emptyadj 1. containing nothing, kosong: there are several ~ boxes outside, ada beberapa kotak kosong di luar; my purse is ~, beg duit saya kosong; 2. destitute of people or human activity, lengang: the street was ~ at night, jalan itu lengang pd waktu malam; 3. carrying no load, passengers, etc, kosong: an ~ wagon, gerabak kosong; 4. vacant, unoccupied, kosong: the house has been ~ for six months, rumah itu telah kosong selama enam bulan;5. without effect, force, significance, kosong; (of pleasure) tanpa /erti, makna/: ~ promises, janji-janji kosong; an ~ dream, impian kosong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas