Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.dis] | ݢاديس

Definisi : 1. anak perempuan yg sudah baligh (sudah boleh berkahwin), anak dara: pemuda itu berasa gelisah kerana ditinggalkan berdua sahaja dgn seorang ~; 2. masih perawan, belum disetubuhi (dicemari laki-laki): walaupun sudah lama bergaul mesra dgn laki-laki ia masih tetap ~; sudah hilang ~nya bukan anak dara lagi; 3. Id tidak pernah beranak atau bertelur (binatang), dara: ayam ~; kuda ~;~ besar gadis yg berumur kira-kira 18 tahun; ~ kecil gadis muda yg berumur kira-kira 13 tahun; ~ sunti anak dara kecil yg belum baligh; ~ tanggung gadis yg sedang besarnya; ~ tua perawan yg sudah tua; bagai ~ julung bersubang prb angkuh atau terlalu gembira (kerana mewah, keturunan diraja, dll); bagai ~ julung menumbuk prb rajin kerana baru sahaja mengerjakan sesuatu pekerjaan; spt ~ sudah berlaki prb anak dara yg kelakuannya kurang sopan (mencarut, mencuri, dll);bergadis masih perawan; tidak ~ tidak perawan lagi; menggadis masih tetap anak dara, belum mahu berkahwin; kegadisan perihal gadis, kedaraan, keperawanan: meskipun digoda oleh pemuda sebaya, ~ mereka tetap terpelihara;kegadis-gadisan bertingkah laku sbg gadis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.dis] | ݢاديس

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Cinnamomum parthenoxylon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.dis] | ݢاديس

Definisi : 1 anak perempuan yg sudah boleh berkahwin; anak dara: Muka ~ itu ditenungnya tepat-tepat. 2 anak perempuan yg belum berkahwin dan masih suci atau masih ada daranya: Walaupun umurnya sudah 35 tahun, tetapi ia masih ~. ~ besar anak perempuan yg berumur kira-kira 18 tahun. ~ kecil anak perempuan yg berumur kira-kira 13 tahun. ~ sunti anak perempuan yg belum baligh. ~ tua anak perempuan yg sudah tua dan belum berkahwin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gadis

Puisi
 

Ayam putih manuk siapa,
     Gadis Melaka atas bumbungan;
Tubuhlah putih anak siapa;
     Manislah mata si peruntungan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti gadis sudah berlaki.

Bermaksud :

Anak perawan yang pemalas dan pengotor.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hero-worshipvt memuja(-muja): how the girls ~ him, betapa gadis-gadis itu memujanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lasciviousadj penuh berahi: he watched the girls with ~ eyes, dia memandang gadis-gadis itu dgn mata penuh berahi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gigglevi mengekek, (ketawa) berdekit-dekit: the girls were talking and giggling, gadis-gadis itu bercakap-cakap dan ketawa berdekit-dekit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
go~ off into, [various translations]: the teenage girls went off into shrieks of laughter, gadis-gadis belasan tahun itu ketawa terkekeh-kekeh; she went off into a dead faint at the sight of the blood, dia jatuh pengsan apabila melihat darah; ~ off with, (colloq) a. run away together, lari dgn: he went off with his neighbour’s wife, dia lari dgn isteri jirannya; b. take without permission, melarikan: she went off with my book, dia melarikan buku saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drool~ over, a. show pleasure in anticipation of, terliur; b. show excessive interest in, menggilai: the girls ~ over the new rock group, gadis-gadis itu menggilai kumpulan rock yg baru itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
emotionalismn1. emotional nature, quality, penuh /emosi, perasaan/; (of person) sifat terlalu mengikut perasaan: a speech marked by ~, ucapan yg penuh emosi; the ~ of adolescent girls, sifat gadis-gadis remaja yg terlalu mengikut perasaan; 2. (in art, ethics, etc) unsur-unsur emosi: the ~ in the early 19th century works, unsur-unsur emosi dlm karya-karya awal abad ke-19.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
go~ out, a. leave house, shelter, etc, keluar: don’t ~ out in this weather, jangan keluar dlm cuaca begini; he is too shy to ~ out with girls, dia terlalu malu utk keluar dgn gadis-gadis; b. (of light, fire) become extinguished, padam, mati: the light went out before I could find my keys, lampu itu padam sebelum saya menjumpai anak kunci saya; the fire went out, api itu padam; c. (of tide) surut: the tide has ~ne out, air sudah surutKamus Inggeris-Melayu Dewan
act5. behave, berkelakuan: he has been ~ing rather peculiarly lately, dia berkelakuan agak ganjil akhir-akhir ini; to ~ like an idiot, berkelakuan spt orang bodoh; how to ~, mengatur laku, menjaga tingkah laku: the young ladies were taught how to ~ at formal parties, gadis-gadis itu diajar ttg cara-cara mengatur laku di majlis rasmi; 6. pretend, berpura-pura: she’s only ~ing, dia berpura-pura sahaja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
girl2. young woman, gadis: ~s have much more freedom these days, gadis sekarang mempunyai lebih banyak kebebasan; 3. (colloq) woman regardless of marital status, perempuan, wanita: a working ~, wanita yg bekerja; 4. (colloq & old-fashioned) lady-love, buah hati, kekasih: he hopes to marry his ~ as soon he gets a job, dia berharap dapat mengahwini kekasihnya sebaik sahaja dia mendapat pekerjaan; 5. daughter, anak perempuan: they have a ~ and two boys, mereka mempunyai seorang anak perempuan dan dua orang anak lelaki;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flower-girln 1. flower seller, gadis penjual bunga; 2. (US) (at wedding) gadis pembawa bunga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas