Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.jah] | ݢاجه

Definisi : 1. sj mamalia dlm famili Elephantidae (berbadan besar dan mempunyai belalai dan gading); ~ Asia = ~ India, Elephas maximus; ~ Afrika, Loxodonta afrikana; ilmu (hikmat, mantera) ~ mantera yg menjadikan gajah jinak; 2. buah catur yg jalannya menyerong; 3. sesuatu yg besar; badak ~ badak yg besar; nyamuk ~ nyamuk yg besar; ~ bara gajah hitam; ~ barat permainan utk kanak-kanak; ~ guling perhiasan sanggul dgn dua untai bunga melati; ~ lalang gajah yg sudah jinak (tidak liar); ~ laut sj anjing laut, Mirounga spp.; ~ menung a) binatang yg besar (terutamanya dlm cerita); b) sj usungan berbentuk ikan laut utk pengantin; ~ menyusu atap tambahan atau yg disambung pd rumah, sengkuap; ~ mina a) walrus; b) sj perhiasan (makara); ~ patah permainan teka-teki; ~ tunggal gajah yg tidak bersama­-sama kawannya (sangat liar); spt ~ putih sesuatu yg mahal tetapi tidak berguna: kebanyakan perbadanan awam adalah spt ~ putih di bumi Afrika; ~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga prb orang miskin menderita kerana mencontohi ke­hidupan orang kaya; ~ dialahkan oleh pelanduk prb orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah; ~ dipandang spt kuman prb orang yg naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya; ~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk katak prb anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan; ~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli prb mengerjakan sesuatu yg mustahak dgn tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yg tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi; ~ mati kerana gadingnya prb seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya; ~ mati meninggalkan tulang prb jasa baik seseorang yg mati dikenang juga; ~ mati tulang setimbun prb orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya; ~ seekor gembala dua prb a) seorang perempuan yg menduakan suaminya; b) dua orang memimpin satu pekerjaan; ~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit prb kalau orang besar-besar yg berselisih, rakyat yg mendapat susah; ~ turun di tengah rumah prb menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar); bangkai ~ bolehkah ditutup dgn nyiru = spt ditempuh ~ lalu prb kejadian yg besar tidak dapat disembunyikan; spt ~ masuk kampung prb seseorang yg melakukan sesuatu sekehendak hatinya; spt ~ putih ditambat prb seseorang yg merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya; spt ~ rompong belalai prb raja yg kehilangan kuasanya; gajah-gajahan 1. = main ~ main catur; 2. = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut; bergajah menaiki gajah: bala tentera ~;menggajah tampak spt gajah, kelihatan besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.jah] | ݢاجه

Definisi : gajah 1 binatang besar berkaki empat serta mempunyai belalai dan banyak juga yg bergading, Elephas maximus. 2 nama buah catur yg jalannya sentiasa menyerong. 3 ki sebutan utk sesuatu yg besar: nyamuk ~ nyamuk yg besar. ~ bara gajah yg berkulit hitam. ~ lalang gajah yg jinak. ~ laut binatang laut yg besar (terdapat di kawasan Artik) yg mempunyai sepasang taring panjang, Odobenus spp.. ~ menyusu binaan yg disambung terus pd bahagian tepi rumah. ~ mina ikan paus. ~ tunggal gajah yg terpisah dr kawan-kawannya. gajah-gajahan 1 = main ~ main catur. 2 = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi besar; untut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gajah

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Gajah berjuang sama gajah,
     pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.

Bermaksud :

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(77)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
elephantn gajah; to see pink ~s, berkhayal krn mabuk, naik kuda hijau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
black-beetlen kumbang /gajah, kelapa/, kekabuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
elephantineadj 1. (animal) gajah; 2. resembling an elephant, a. (in its enormity) raksasa:an ~ task, tugas raksasa; b. (in being ponderous) berat: the big, fat man walked with slow, ~ steps, lelaki bertubuh agam dan gemuk itu berjalan dgn langkah yg lembap dan berat; c. (in clumsiness) canggung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bulladj male, jantan: a ~ elephant, gajah jantan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
galleryn 1. covered passageway, serambi, gajah menyusu; 2. raised platform extended from interior walls of room etc, galeri: you may sit in the public ~, kamu boleh duduk di galeri utk orang awam; 3. (theat) a. uppermost tier where cheapest seats are placed, galeri; b. audience sitting here, penonton di galeri: a standing ovation from the ~, penonton di galeri berdiri utk bertepuk; play to the ~, mencuba mengambil hati para penonton; 4. long, narrow room, broad corridor, galeri: a shooting ~, galeri menembak; paintings are hung in the ~, catan-catan tergantung di galeri; 5. room, building used for exhibiting works of art, balai: art ~, balai seni lukis; 6. underground passage in a mine, kolong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bishopn 1. (in Christianity) biskop, uskup; 2. (in chess) gajah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cow 1n (female of animal kept for its milk) lembu betina; (female elephant) gajah betina; (female whale) ikan paus betina; (female seal) anjing laut betina; till the ~s come home, sehingga kucing bertanduk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bulln 1. male of a bovine animal, lembu jantan; 2. male of the elephant, whale, etc, /gajah, paus, dll/ jantan; 3. large solidly built person, orang yg besar /bagas, tegap/; 4. (Stock Exchange) bull: ~ market, pasaran bull; 5. see BULL’S EYE; 6. see BULLDOG.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
babyn 1. infant, bayi, anak kecil; 2. young (of animal), anak: an elephant and its ~, seekor gajah dgn anaknya; a ~ bear, seekor anak beruang; 3. youngest member, a. (of family) anak bongsu; b. (of group), (approp n +) yg /paling muda, termuda, muda sekali/: the ~ of the team, (orang) yg paling muda dlm pasukan itu; the ~ of the dance troupe, penari yg paling muda dlm rombongan itu; 4. (derog) childish person, (orang yg) /keanakan-anakan, kekanak-kanakan/: don’t be such a ~, janganlah begitu keanak-anakan; 5. (sl) sweetheart, buah hati; (as term of address), (cik) adik, sayang; 6. (sl) personal responsibility, concern, /tanggungjawab, tanggungan/ (sendiri): it’s your ~, itu tanggungjawabmu; 7. very small, kecil: a ~ car, sebuah kereta kecil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
finish~ /so., st / off, kill, membunuh /sso, sst/: the young elephant was so badly wounded that I had to ~ him off with my pistol, anak gajah itu cedera dgn begitu parah sehingga saya terpaksa membunuhnya dgn pistol saya; ~ st off, a. see vt (senses 3. & 5.); b. end st, /mengakhiri, menyudahi, menamatkan, menghabisi/ sst: you must ~ off your essay with a short conclusion, kamu mesti mengakhiri esei kamu dgn kesimpulan yg ringkas; ~ off so’s enthusiasm, /mematikan, mematahkan/ semangat seseorang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas