Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lu.gur] | ݢلوݢور

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya beralur-alur kulitnya dan boleh dimakan), Garcinia atnoviridis; asam ~ asam keping; 2. = awan ~ alur (sbg ukiran);bergelugur mempunyai ukiran gelugur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lu.gur] | ݢلوݢور

Definisi : 1 nama sj pokok atau buahnya (buahnya beralur-alur dan dpt dibuat asam), Garcinia spp.. 2 ukiran yg beralur-alur pd kaki meja dll. 3 lekuk atau alur memanjang pd aci (biasanya pd bahagian hujung) utk memungkinkan dua batang aci disambung dan berpusing serentak. bergelugur ada gelugurnya: Besi galvani ~ dijadikan bahan utk membuat bumbung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelugur

Puisi
 

Asam kandis asam gelugur,
     Kena dengan asam rumbia;
Tuan menangis di pintu kubur,
     Rasa nak balik ke dunia.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
corrugated papern kertas gelugur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas