Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kecil (sempit) di tengah-tengah: pinggangnya ~; 2. = ~ tanah tanah yg sempit antara benua dan semenanjung dll; 3. = ~ bukit jalan di celah bukit: Kabul ada jalan raya melalui ~ Khyber yg menghubungkan bandar itu dgn Peshawar; 4. sudah halus hingga hampir putus (tali dll); 5. tegang, berbahaya (mungkin akan pecah perang dll), meruncing: perhubungan antara kedua-dua negara itu ~; ~ menanti putus, biang menanti tembuk prb, Mn perkara yg hampir selesai; ~ putus, biang tembuk prb, Mn perkara yg telah putus dan tidak dapat diubah lagi; menggenting 1. menjadi genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menjadi genting (tegang), menegang: perhubungan mereka semakin ~; menggentingkan 1. menyebabkan genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menyebabkan genting (tegang), menegangkan; kegentingan perihal atau keadaan genting, ketegangan; pergentingan tempat yg genting, genting; manahan jerat di ~ prb mencari keuntungan drpd kesukaran orang; penggentingan perihal atau perbuatan menggentingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kecil atau sempit pd bahagian tengahnya: Pinggangnya ~. 2 = segenting kawasan tanah kecil yg menghubungkan dua tanah besar: Amerika Selatan dan Amerika Utara dihubungkan oleh ~ Panama. 3 jalan sempit di celah-celah pergunungan atau bukit: Kalau kita hendak pergi ke Temerloh, kita terpaksa melalui ~ Sempah. 4 hampir putus (ttg tali dll). 5 berbahaya; tegang (keadaan spt akan berlaku peperangan dll); tidak mesra (ttg perhubungan dsb); runcing: Polis dan tentera berkawal rapi utk menghadapi keadaan yg ~ itu. menggenting 1 menjadi genting; menjadi hampir putus: Tiap-tiap bakteria itu ~ di tengah-tengahnya dan kemudian bercerai menjadi dua. 2 menjadi tidak mesra (ttg perhubungan dll): Perhubungan antara dua negara itu semakin hari semakin ~. menggentingkan 1 menyebabkan (menjadikan) kecil atau sempit di tengah-tengah; menyebabkan hampir putus: Tarikan yg kuat telah ~ tali itu. 2 menyebabkan tidak mesra (ttg perhubungan dll); menegangkan; meruncingkan (keadaan). kegentingan keadaan genting; ketegangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genting I

Peribahasa

Genting putus,
     biang tembuk.

Bermaksud :

Perkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
crucial<i>adji> 1. <i>critical,i> genting: <i>the ~ moment,i> saat genting; <i>a ~ period,i> masa yg genting; 2. (<i>colloqi>)<i> important,i> penting: <i>the next few months will be ~ in our efforts towards peace,i> beberapa bulan yg akan datang adalah penting dlm usaha kita utk mencapai perdamaian; <i>a ~ issue,i> isu yg penting; 3. <i>decisive,i> penentu: <i>the ~ game of the tournament,i> perlawanan penentu dlm pertandingan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
critical<i>adji> 1. <i>fault-finding,i> kritis: <i>she was ~ of my work,i> dia kritis thdp kerja saya; 2. <i>exercising, involving, based on analytical evaluation,i> kritis: <i>~ thinking,i> pemikiran kritis; <i>a ~ analysis,i> analisis kritis; <i>~ writings,i> karya kritis; 3. <i>crucial,i> genting, kritis; (<i>medi>) genting, kritikal: <i>at that ~ moment...,i> pd saat genting itu...; <i>this will be a ~ year for the company,i> tahun ini merupakan tahun yg genting bagi syarikat ini; <i>the patient’s condition is said to be ~,i> pesakit itu dikatakan berada dlm keadaan genting; <i>be of ~ importance,i> amat penting; 4. (<i>phys & mathi>) genting.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Khyber Pass<i>ni> Genting Khyber.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
critical temperature<i>ni> suhu genting.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
critical state<i>ni> keadaan genting.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
critical pressure<i>ni> tekanan genting.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
critical point<i>ni> titik genting.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
critical period<i>ni> tempoh genting.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
critical mass<i>ni> jisim genting.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
critical angle<i>ni> sudut genting.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas