Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ger.ga.ji] | ݢرݢاجي

Definisi : alat yg bergerigi pd matanya utk memotong kayu dll; ~ aneka gergaji yg berbagai-bagai jenis matanya yg boleh ditukar-tukar; ~ balak (baluk) gergaji utk membuat papan dll; ~ belah gergaji utk memotong kayu mengikut hala urat; ~ belakang besi sj gergaji tangan yg bilahnya drpd besi keras dgn belakangnya disokong oleh bingkai keluli atau loyang, dan digunakan utk kerja-kerja kayu; ~ beregu sj gergaji dgn dua atau lebih mata yg dipasang pd bingkai atau pd aci gergaji talam, dan digerak ke hadapan dan ke belakang secara menegak atau mendatar utk membelah balak; ~ besar gergaji yg bingkainya merupakan bentuk huruf H; ~ besi gergaji utk memotong logam; ~ busar sj gergaji lengkuk yg berbingkai kayu dgn bilah nipis, dan digunakan utk memotong lengkuk pd kayu; ~ gelung sj gergaji dgn satu atau dua mata drpd keluli nipis yg berbentuk gelung, dan digunakan utk membelah balak; ~ kerat gergaji utk memotong kayu melintang urat; ~ kerawang gergaji utk membuat ukiran; ~ lengkuk sj gergaji tangan yg terdiri drpd bingkai keluli berbentuk U dgn bilah yg halus dan digunakan utk memotong lengkuk yg sempit pd papan nipis; ~ lengkuk halus sj gergaji lengkuk yg kecil dan digunakan utk memotong bahagian yg rumit, membulatkan bucu kayu, atau membuat reka bentuk tertentu; ~ lengkung sj gergaji tangan dgn bilah keluli yg nipis, dipasang pd bingkai logam yg melengkung, dan digunakan utk menebang pokok-pokok kecil; ~ lubang kunci sj gergaji yg bilahnya runcing pd bahagian hujung dan digunakan utk membuat lubang, memotong bucu, dll; ~ pengerat = ~ potong pepat sj gergaji yg digunakan utk memotong pepat kayu merentasi ira; ~ pita = ~ tali gergaji yg matanya berlingkar; ~ potong pepat sisi sj gergaji yg terdiri drpd rangka yg mengandungi beberapa keping gergaji talam, utk memotong atau membuang bahagian papan yg serong supaya sisi papan itu pepat; ~ racik sj gergaji (gelung atau talam) yg digunakan utk meracik dan menggergaji balak segi, kayu racik, dan kayu sayung; ~ rantai sj gergaji berjentera mudah alih yg mata pemotongnya terlekat pd rantai yg berputar, dan digunakan utk menebang pokok dan memotong tual kayu balak; ~ saber sj gergaji berjentera dgn bilah yg nipis dan pendek, dan digunakan utk memotong lengkung, membuat lubang, dll; ~ talam sj gergaji drpd keluli tegar yg bulat, pipih, yg berputar pd aci bermotor, dan digunakan utk memotong bahagian tepi atau hujung kayu; ~ tangan gergaji kecil yg dipegang dgn sebelah tangan; ~ tebuk gergaji yg matanya tidak lebar; spt ~ dua mata prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak; bergergaji sudah dipotong dgn gergaji (bkn balak, kayu dsb); menggergaji 1. memotong dgn gergaji; 2. berjalan serong ke kiri; penggergajian tempat menggergaji kayu; penggergaji orang yg menggergaji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ger.ga.ji] | ݢرݢاجي

Definisi : alat drpd besi tipis yg bergerigi tajam dan digunakan utk memotong kayu dll. ~ balok gergaji besar yg ditarik oleh dua orang utk membuat papan. ~ belah gergaji yg bergigi serong dan digunakan utk memotong kayu mengikut hala urat kayu. ~ besi gergaji utk memotong besi. ~ jig gergaji utk memotong lengkung-lengkung dalam dan luar yg rumit (pd kayu, plastik dan keping-keping logam yg tipis). ~ kasar gergaji yg tebal bilahnya. ~ kerat gergaji utk memotong kayu melintang urat. ~ piring gergaji yg dpt digunakan utk melakukan bermacam-macam kerja spt membelah, mengerat lintang, membuat tingkat, melurah, mengerat rencong dsb. ~ pita gergaji yg mempunyai bilah yg panjang kecil dan dibuat drpd pita keluli yg dpt dilenturkan dan bergerigi di sepanjang sebelah tepinya. ~ seni gergaji yg berbilah tipis. ~ tangan gergaji kecil yg hanya dipegang dgn sebelah tangan apabila menggunakannya. menggergaji memotong dgn menggunakan gergaji. ~ racik menggergaji (memotong) sekeping kayu tebal utk dijadikan beberapa keping yg sama besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gergaji

Puisi
 

Kalau ada aral di jalan,
     Kami kerat dengan gergaji;
Kalau tiada mara di jalan,
     Lambat bangat datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
handsawn gergaji tangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fretsawn gergaji pengukir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hack-sawn gergaji besi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gang sawn gergaji beregu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
circular sawn gergaji bulat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chain-sawn gergaji rantai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bow-sawn gergaji busur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cross-cut sawn gergaji pengerat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jigsawn 1. (saw) gergaji jig; 2. see JIGSAW PUZZLE.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
check4. stopping, terhentinya: a ~ in the production sawn timber, terhentinya pengeluaran kayu gergaji; 5. supervision, control, pengawasan: a close ~ on the staff is necessary, pengawasan yg rapi thdp kakitangan adalah perlu; 6. test, inspection, pemeriksaan: a ~ on goods leaving the factory, pemeriksaan barang-barang yg dibawa keluar dr kilang; to make a ~ on students’ progress, membuat pemeriksaan thdp kemajuan penuntut-penuntut; 7. standard of verifying, ukuran: this experiment is a ~ on mine, eksperimen ini merupakan ukuran kpd eksperimen saya; 8. (US) tick, tanda semakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas