Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ruh] | ݢوروه

Definisi : bunyi bising di langit (yg biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar; ~-gemuruh berbunyi spt guruh, berdegar-degar; harapkan ~ di langit, air tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan sesuatu yg belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan; tak ada ~ pd orang pekak, tak ada kilat pd orang buta prb orang bodoh tidak tahu akan erti kiasan dan sindiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.ruh] | ݢوروه

Definisi : bunyi kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; bunyi petir yg kuat; guntur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guruh

Puisi
 

Guruh dan petir penuba limbat,
     Pandan terjemur lindung bayang;
Dua tiga mencari ubat,
     Badan bertemu nan kok senang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Harapkan guruh (= guntur) di langit,
     air tempayan ditumpahkan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar, c. Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar, d. Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
harbingern sign of st approaching, pengarak, tanda akan datangnya: thunder at sea is a ~ of the rainy season, guruh di laut merupakan pengarak musim tengkujuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clap 1n 1. loud, explosive noise, dentum(an), dentam(an): the ~ of thunder, dentuman guruh; 2. sound of striking palms together, tepukan: the audience gave him a good ~, penonton-penonton memberinya tepukan gemuruh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grumblen 1. complaint, sungutan, rungutan: she took no notice of her brother’s ~s, dia tdk mempedulikan sungutan adiknya; 2. rumble, bunyi deram-derum; (of stomach) bunyi [perut] berkeroncong: they heard the distant ~ of thunder, mereka terdengar bunyi deram-derum guruh di kejauhan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crackn 1. fissure, split, rekahan: we could see through a ~ in the wall, kami dapat melihat menerusi rekahan di dinding; 2. slight split accompanied by thin lines, retak: a cup full of ~s, cawan yg banyak retaknya; 3. sudden, sharp noise, [various translations]: the ~ of a rifle shot, bunyi letupan senapang; the ~ of thunder, bunyi dentuman guruh; the ~ of a whip, bunyi lecutan cemeti; 4. attempt, percubaan: his first ~ at writing a book, percubaan pertamanya menulis buku; 5. see WISECRACK;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
distanceat a ~, dr jauh; (when specified) dr jarak: the noise of the machinery could be heard at a ~ of one kilometre, bunyi bising mesin itu dapat didengar dr jarak satu kilometer; be /a considerable, quite a, some/ ~ (from), (agak) jauh: the post office is quite a ~ from here, pejabat pos itu agak jauh dr sini; for a ~ of, sejauh: the river is navigable for a ~ of 100 miles, sungai itu boleh dilalui sejauh 100 batu; from a ~, dr jauh; (when the distance is specified) dr jarak: he observed her from a ~, dia memerhatinya dr jauh; the house can be seen from a ~ of 50 metres, rumah itu dapat dilihat dr jarak 50 meter; go the ~, approp v + sehingga tamat: he is taking part in the cross-country but I doubt if he will go the ~, dia akan mengambil bahagian dlm acara rentas desa tetapi saya tdk yakin dia boleh meneruskan larian sehingga tamat; in the ~, di kejauhan: they heard the sound of thunder in the ~, mereka terdengar bunyi guruh di kejauhan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas