Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lus] | هالوس

Definisi : 1. tidak besar (kasar), kecil-kecil: tepung yg ~; daging itu dicencang ~; gula ~; garam ~; 2. sangat kecil ukuran kelilingnya (bkn jarum, benang, dll), lwn kasar: dawai yg ~; 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin: kulit mukanya ~; papan itu diketam sehingga ~; 4. berbudi bahasa yg baik, beradab, bersopan-santun: budi pekerti yg ~; dgn lemah-lembut lagi ~ ia mengeluarkan kata-katanya; 5. kelihatan elok dan rapi (hasil drpd kerja yg teliti), sempurna (hasilnya): raga itu ~ buatannya; 6. dgn teliti, dgn cermat atau hati-hati, secara terperinci: dia tahu apa yg perlu dilakukannya secara ~ tanpa me­nyinggung sesiapa; 7. tidak langsung atau terang-terangan tetapi dalam atau tajam maksudnya (bkn percakap­an, sindiran, dll); sindiran yg ~ sindiran yg tidak terang-terang (tersembunyi atau secara berkias); perintah ~ perintah dlm bentuk nasihat (tidak terang-terang); 8. tidak garau tetapi tinggi (bkn suara dll): suaranya ~; 9. tidak dapat dilihat (diraba) spt roh; orang ~ orang bunian; suara ~ a) suara yg tinggi; b) ilham; halus-halus dgn meneliti segala butir yg berkaitan, dgn teliti, secara terperinci: undang-undang yg telah didebat serta difikir ~ oleh ahli-ahli parlimen yg dipilih oleh rakyat; berhalus (bercakap dsb dgn) bersopan-san­tun, berlembut: kalau bercakap biarlah ~ sedikit; menghalusi 1. memperlakukan dll dgn halus (tidak dgn keras dll): budak nakal itu tidak boleh dihalusi sepanjang masa; 2. menipu dgn cara yg sangat licin; ~ musuh menipu musuh; 3. mengkaji (menyiasat, menyelidiki, memeriksa) dalam-dalam atau secara terpe­-r­inci: perkara itu tidak perlu dihalusi lagi; sesudah kita rakamkan rumus-rumus yg di atas, kita perlu ~ beberapa perkara lagi; menghaluskan menjadikan halus; memperhalus 1. menjadikan lebih halus: ia ~ alis matanya; 2. menjadikan lebih sempurna: cara penyampaiannya perlulah diperhalus, disisip dan dijalin melalui bahasa atau dialog yg menarik; kehalusan keadaan yg halus (perbuatan, sifat dll): ~ bahasa; penghalusan perihal (perbuatan dsb) meng­halusi, menghaluskan, atau memperhalus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.lus] | هالوس

Definisi : 1 tidak kesat; lembut; licin (apabila dipegang): Kulitnya hitam tetapi ~. Papan itu diketam sehingga ~. 2 tidak kasar, kecil-kecil; lumat (bkn pasir dll): benang yg ~; pasir yg ~. 3 dibuat dgn teliti (cermat, hati-hati): Barang-barang rotan itu begitu cantik dan ~ buatannya. 4 tidak garau; tinggi (suara): Suaranya ~. 5 berbudi pekerti yg baik; bersopan; beradab: Dia mengeluarkan kata-kata­nya dgn lemah lembut lagi ~. 6 tidak dpt dilihat atau dirasa: orang ~ orang bunian. berhalus melakukan sesuatu dgn sopan santun, tertib dll; berbudi bahasa: Mereka sentiasa ~ apabila berbicara. menghalusi menyelidik atau memeriksa dgn teliti: Sebelum membuat sebarang kesimpulan, kita perlu ~ perkara itu dahulu. meng­haluskan menjadikan halus: Dia ~ mata penselnya. memperhalus menjadikan lebih halus: Dia ~ mata pensel yg telah diraut oleh adiknya. kehalusan keadaan atau sifat halus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halus (adjektif)
1. Bersinonim dengan kecil: seni, renik,
Berantonim dengan kasar

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan licin, gebu, lembut, rapi, elok,
Berantonim dengan kesat

3. Dalam konteks kelakuan
bersinonim dengan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, elok, baik, lemah lembut, halim,
Berantonim dengan kasar

4. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan rapi, sempurna, kemas, cermat, teliti, elok, bagus,
Berantonim dengan gabas

5. Dalam konteks sindiran
bersinonim dengan tidak langsung, tidak terus terang, berlapik, beralas,

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, merdu, gemersik, indah, sedap,
Berantonim dengan garau

Kata Terbitan : halus-halus, berhalus, menghalusi, menghaluskan, kehalusan,

Puisi
 

Saya bertemu Kuala Halus,
     Rumah dinaik di dalam puan;
Badan saya semadi kurus,
     Bawa berahi denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Melekatkan kersik ke buluh.

Bermaksud :

Pekerjaan yang dilakukan dengan susah payah tetapi sia-sia. (Bandingkan dengan: Menampalkan kersik ke buluh). kersik = pasir kasar, batu kerikil halus-halus.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fine1adv 1. (colloq) quite well, elok, baik: he’s going away for a week and that suits me ~, dia akan pergi selama seminggu dan ini elok bagi saya; 2. finely, halus-halus: cut up the vegetables very ~, potong sayur itu halus-halus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fine14. consists of very small particles, halus; (of mist, smoke) tipis: ~ sand, pasir yg halus; clouds of ~ dust rose up when he entered the empty house, habuk yg halus berkepul-kepul naik apabila dia memasuki rumah yg kosong itu; 5. having very small holes, halus (matanya): ~ fishing nets, jala ikan yg halus matanya; ~ sieve, tapisan yg halus; 6. delicate, subtle, halus: a ~ difference in meaning, perbezaan makna yg halus; he made a few ~ adjustments to the car’s engine, dia membuat beberapa penyesuaian yg halus pd enjin keretanya; the ~r details of the argument escaped him, dia tdk dapat menangkap butiran-butiran yg halus dlm perdebatan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
delicateadj 1. soft, exquisite, fine, a. (in texture, quality, etc) halus: the ~ skin of a baby, kulit bayi yg halus; of ~ workmanship, halus buatannya; as ~ as silk, sehalus sutera; her ~ fingers, jari-jemarinya yg halus; b. (in workmanship) halus buatannya: ~ French lace, kain renda Perancis yg halus buatannya; 2. easily made ill, frail, mudah sakit, lemah resam tubuhnya: she was a ~ child who needed extra care, dia seorang kanak-kanak yg mudah sakit dan memerlukan jagaan yg lebih; in ~ health, lemah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hair-lineadj halus: ~ cracks in the ceiling, retak halus pd siling; ~ fracture, retak halus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frizzyadj (ber)keriting halus: ~ hair, rambut keriting halus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fine-spunadj spun to a fine thread, dipintal halus: ~ cotton, benang kapas yg dipintal halus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fine1b. visually appealing, indah, sangat cantik; (of animal) cantik: some of the ~st views in Malaysia are to be found in Sabah, sesetengah pemandangan yg paling indah di Malaysia terdapat di Sabah; that’s a ~ black stallion I just saw in your field, tadi saya nampak seekor kuda jantan hitam yg cantik di padang kamu; 2. (delicate in texture, structure, etc) halus; (delicately made) halus buatannya: she has ~ skin, kulitnya halus; ~ features, raut muka yg halus; ~ silk, sutera yg halus; ~ porcelain bowls, mangkuk tembikar yg halus buatannya; 3. very thin, slender, halus: ~ thread, benang yg halus; she could not read the instructions because the print was too ~, dia tdk dapat membaca arahan itu krn hurufnya terlalu halus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
joineryn 1. trade of joiner, pertukangan kayu halus; 2. work done by joiner, (hasil) kerja kayu halus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gossamern 1. very thin, soft, filmy cloth, (kain yg) nipis dan halus: a ~ veil, tudung muka yg nipis dan halus; 2. filmy cobweb, sarang labah-labah; 3. flimsy like gossamer, nipis: the ~ thin wings of a butterfly, sayap rama-rama yg nipis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exquisiteadj 1. extremely beautiful, sangat /cantik, indah/; (of face) cantik bagai diraut, sangat cantik: she bought some ~ lace for her wedding dress, dia membeli kain renda yg sangat cantik utk gaun pengantinnya; the design on the silverware is ~, corak pd barang perak itu sangat cantik;2. showing a high degree of artistic skill, sangat halus buatannya; (of workmanship) sangat halus: an ~ piece of jewellery, barang kemas yg sangat halus buatannya; (fml) intense, acute, amat sangat: ~ pain, kesakitan yg amat sangat; ~ joy, kegembiraan yg amat sangat; 4. delicate, sensitive, sangat halus: he has ~ taste, dia mempunyai cita rasa yg sangat halus; 5. extremely fine, sangat halus: the ~ beauty of the vase, keindahan jambangan itu yg sangat halus; his father was a man with ~ manners, bapanya sangat halus sopan santunnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas