Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pa] | همڤا

Definisi : 1. kosong, tidak berisi: ketika pagi hari dilihatnya lukahnya ~; padi yg ~ itu dibuangkan; 2. = ~ hati ki kecewa: alangkah ~ hatinya apabila orang yg ditunggunya tidak kunjung tiba; 3. ki tidak ada hasil, sia-sia, gagal: rombongan peminangan itu pulang dgn ~ kerana peminangan mereka ditolak; dgn tangan ~ tidak berhasil, tidak mendapat apa-apa; 4. ki tidak berilmu, bodoh, dungu: tidak ada gunanya bertanya pd orang yg ~; ~ beras butir-butir padi yg tidak berisi; ~ berat padi yg tidak cukup penuh isinya (hujung padi); ~ hati gagal, kecewa; ~ udara Id tidak berisi udara; yg ~ biar terbang yg bernas biar tinggal prb yg tidak berguna itu biarlah hilang tetapi yg baik biarlah tinggal; berhampa; ~ tangan tidak mendapat apa-apa (hasil); menghampakan 1. mengosongkan: perahu­nya itu dihampakannya dan diperbaikinya; 2. membiarkan (pulang dll) dgn tangan hampa, mengecewakan; 3. menimbulkan rasa hampa: mati yg ~; kehampaan 1. perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai dsb se­suatu yg dihajati atau dicita-citakan), keke­cewaan: kebanyakan para orientalis me­nyatakan ~ mereka terhadap kekurangan tradisi kesusasteraan Islam; ia pergi dlm ~; 2. ki ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pa] | همڤا

Definisi : 1 tidak berisi (bkn padi); kosong: Padi yg ~ itu dibuangnya. 2 tidak berjaya mencapai cita-cita; kecewa; gagal; sia-sia: Akhirnya, pd 17 Januari 1912, pasukan Kapten Scott itu pun sampailah di Kutub Selatan dan alangkah ~nya mereka kerana bendera Norway telah sedia berkibar di situ. menghampakan 1 membuat menjadi hampa; mengosongkan. 2 menyebabkan berasa hampa atau kecewa; membiarkan pulang dll dgn tangan kosong (tidak berhasil dll); mengecewa­kan: Dia meminta maaf kerana telah ~ harapan ayahnya. kehampaan keadaan atau perasaan hampa; kekosongan; kekecewaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampa (adverba)
1. Bersinonim dengan kosong: tidak berisi, lompong, keropong, gerohong,
Berantonim dengan berisi

2. Bersinonim dengan kecewa: putus asa, putus harap, patah hati, tercanggung,

3. Bersinonim dengan sia-sia: gagal, tidak berhasil, tidak berjaya,
Berantonim dengan berjaya

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bodoh, dungu, tidak berilmu,

Kata Terbitan : menghampakan, kehampaan,

Puisi
 

Apa guna padi hampa,
     Padi hampa dimakan ulat;
Apa kurang kepada hamba,
     Kapal di laut gedung di darat.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Menjual petai hampa.

Bermaksud :

Membual; omong kosong.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
empty6. vacant, not expressive, hampa: he was disturbed to see her ~ gaze, dia terganggu melihat renungannya yg hampa; 7. (colloq) hungry, lapar: I’m feeling rather ~, let’s have lunch, saya berasa lapar sedikit, mari kita makan tengah hari; on an ~ stomach, /semasa, ketika/ perut kosong; 8. devoid, tanpa: a life ~ of happiness, kehidupan tanpa kebahagiaan; 9. without sense or knowledge, foolish, tdk /berakal, berotak/: an ~ head, kepala tdk berakal; 10. (colloq) drained of emotion, hampa: the experience has left him with an ~ heart, pengalaman itu menjadikan hatinya hampa; 11. (math) kosong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disillusionedadj kecewa, hampa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disappointedadj 1. unhappy because expectation is not fulfilled, kecewa, hampa: he’s ~ that you turned down the offer, dia kecewa krn kamu menolak tawaran itu; 2. frustrated, hancur: ~ hopes, harapan yg hancur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dashedadj (euphem) see DAMNED (senses 2. & 3.); be ~, berasa /hampa, kecewa/: he was somewhat ~ by the news, dia berasa agak kecewa mendengar berita itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disappointvt 1. fail to fulfil hope, expectation of, (act.) mengecewakan, menghampakan; (pass.) kecewa, hampa: they ~ed us by not coming as planned, mereka mengecewakan kami krn tdk datang spt yg dirancang; she is unreliable and will ~ you, dia tdk boleh diharapkan dan akan mengecewakan kamu; 2. frustrate, (act.) menghancurkan; (pass.) hancur: to ~ a person’s plans, menghancurkan rancangan sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disappointmentn 1. so., st disappointing, mengecewakan: the play was a ~, drama itu mengecewakan; 2. unfulfilment of expectation, kekecewaan: she has suffered many ~s in life, dia telah banyak mengalami kekecewaan dlm hidupnya; to so’s ~, sso berasa /kecewa, hampa/: to his ~, the tickets for the show were sold out, dia berasa hampa krn tiket utk pertunjukan itu telah habis dijual.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dash4. spatter, memercikkan: a passing motorcycle ~ed muddy water on the sidewalk, motosikal yg lalu itu memercikkan air lumpur ke laluan tepi jalan; 5. pour, splash, menyimbahkan: they ~ed water into his face, mereka menyimbahkan air ke mukanya; to ~ sand over the flames, menyimbahkan pasir ke api; 6. frustrate, destroy, a. (hope, dream), (act.) memusnahkan, menghancurkan; (pass.) musnah, hancur: the weather ~ed her hopes of playing tennis, cuaca buruk menghancurkan harapannya utk bermain tenis; b. (spirits), (act.) mematikan; (pass.) mati; 7. daunt, discourage, (act.) mengecewakan, menghampakan; (pass.) berasa /kecewa, hampa/: he was somewhat ~ed by her refusal to go out with him, dia berasa agak kecewa apabila gadis itu enggan keluar dengannya; 8. mix, mencampurkan: brandy ~ed with water, brandi yg dicampurkan dgn air;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas