Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ tangan (bkn surat dsb) tidak dihantar melalui pos tetapi dihantar melalui orang (pembawa dsb); berhantar diiringi, dikawani, ditemani; datang tak berjemput, pulang tak ~ prb perihal orang yg tidak diendahkan; menghantar 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan mening­galkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampai­kan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukis­annya; 7. membiayai pelajaran dsb, mema­sukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, me­min­ta, me­maksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; ~ cincin = ~ tanda membawa (memberi, mengirim) cincin utk tanda pertunangan; hantar-menghantar 1. saling menghantar, kirim-mengirim, beri-memberi: setiap Hari Raya kami saling ~ kuih dan hadiah; 2. ark berturut-turut tetapi tidak teratur antaranya: ia masih hidup kerana nafasnya ~; menghantari membawa utk diberikan kpd, mengirimi: maka dihantari baginda rakyat dan gajah kuda tidak terpermanai banyak­nya; suaminya tidak ~nya surat; menghantarkan = menghantar; hantaran 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belan­ja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya; penghantaran perihal (perbuatan, kerja) menghantar (mengirim dll); penghantar 1. orang yg menghantar (me­ngirim) surat dsb; 2. orang yg membawa se­suatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar; 5. = pengantar pan­dangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 6. = pengantar sesuatu (bahasa) yg digunakan utk me­nyam­paikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah; berpenghantarkan, berpengantarkan me­ng­­­­guna­kan sesuatu (bahasa) sbg penghantar: kanak-kanak itu belajar di sekolah yg ~ ba­hasa ibundanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,

Puisi
 

Nak dulang kubagi dulang,
     Dulang bekas hantar bertih;
Nak pulang kubagi pulang,
     Pulang cik tuan gajah putih pulang


Lihat selanjutnya...(9)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
direct<i>vti> 1. (<i>fmli>) <i>address,i> mengalamatkan; 2. <i>sendi> (<i>letter, parcel, etci>) menghantar, mengirim: <i>please ~ my mail to the office,i> tolong hantar surat-surat saya ke pejabat; 3. <i>point out the wayi>, menunjukkan jalan kpd: <i>he must ~ us to the airporti>, dia mesti menunjukkan jalan ke lapangan terbang kpd kita; 4. <i>cause to turni>, menghalakan, mengarahkan: <i>the telescope was ~ed towards a certain pointi>, teropong itu dihalakan ke suatu tempat yg tertentu; <i>they were requested to ~ their attention to more pressing issues,i> mereka diminta mengarahkan perhatian pd isu-isu yg lebih mendesak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jump~ in, <i>enter st quickly,i> terjunlah, masuklah; (<i>into a vehiclei>) masuklah: <i>the water’s not cold at all, ~ in,i> air ini tdk sejuk pun, masuklah; <i>~ in, I’ll drive you to the station,i> masuklah, nanti saya hantar ke stesen; (go and) ~ in the lake, (imperi>), (<i>colloqi>) pergilah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bugger<i>ni> 1. (UK), <i>(colloq & taboo), (applied to people)i> a. <i>(showing contempt or anger)i> bodoh, babi: <i>you stupid ~! You almost killed me!,i> bodoh! Saya hampir mati tadi!; <i>that ~! He’s ruined my chances!,i> babi betul dia! Habis peluang aku!; b. <i>(showing sympathy)i> dia: <i>the poor ~ didn’t know who to turn to,i> kasihan dia. Dia tdk tahu kpd siapa hendak mengadu; c. <i>(said in jocular and friendly raillery), [various translations, sometimes not translated]: the cheeky little ~ ate my sandwich,i> budak nakal tu makan sandwic saya; <i>you lucky ~!,i> untung betul kamu!; <i>come on, old ~!, Let’s get you home,i> marilah! Kami hantar kamu pulang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas