Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ram]/[ḥa.ram] | حرام

Definisi : 1. hukum tegahan (dlm Islam) yg di­janjikan ganjaran pahala bagi orang yg mematuhinya dan dosa bagi orang yg meng­ingkarinya: babi ~ dimakan oleh orang Islam; tidak peduli halal ~ tidak mengendah­kan hukum; 2. ditegah (terlarang) oleh undang-undang, tidak sah (di sisi undang-undang): dia ditangkap kerana masuk secara ~ ke negeri ini; kumpulan ~; rumah ~ rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan atau milik orang lain tanpa kebenaran, rumah kilat; tanah ~ tanah yg diduduki atau dikerjakan tidak dgn izin kerajaan (tuannya); 3. suci, tidak boleh dikerjakan hal-hal yg tidak menentu; Tanah H~ Mekah dan Madinah; Masjidil~ masjid Mekah; 4. bp sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul: ~, aku tidak tahu-menahu langsung mengenai perkara itu; 5. bp sedikit pun, langsung (tidak), sama sekali (tidak): ia lari terus, ~ tidak menoleh ke belakang; sehingga hampir waktu senja, jejak babi tunggal tidak juga ditemui, malah berbau pun ~; 6. bp tidak ada, tiada (satu antara yg banyak): ~ seorang pun di antara pengunjung kamar itu tahu bahawa mereka sedang dikepung; ~ jadah (zadah) a) (kata makian) anak yg tidak sah (lahir di luar nikah); b) (kata makian secara am) celaka: lori ~ jadah itu bukan kenal jenis makhluk; mengharamkan memandang (menganggap, menyatakan) haram (tidak halal), melarang, menegah: agama Islam ~ penganut-pe­nganutnya minum arak, berjudi dan me­lakukan beberapa perbuatan lain; 2. tidak membenarkan (mengizinkan, melulus­kan, dsb), menetapkan (mengisytiharkan) sbg me­langgar undang-undang, menegah: keraja­an telah ~ penerbitan buku itu; 3. berteguh hati (berazam) utk tidak melakukan sesuatu: dia ~ dirinya drpd memasuki tempat yg terkutuk itu lagi; pengharaman tindakan atau ketetapan me­ng­­haramkan (melarang, menegah, menolak), pelarangan, penegahan: ~ minuman keras adalah atas sebab-sebab moral dan kesi­hatan; beberapa buah negara men­cadang­kan ~ senjata-senjata atom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ram]/[ḥa.ram] | حرام

Definisi : 1 ditegah atau tidak dibenarkan oleh agama Islam; tidak halal: Daging babi ~ dimakan oleh orang Islam. 2 ditegah atau dilarang oleh undang-undang; tidak sah: Bapanya ditangkap kerana terlibat dlm kumpulan ~. mengharamkan 1 memandang (menetapkan) haram; mengatakan haram; melarang; menegah: Agama Islam ~ orang-orang Islam meminum arak atau berjudi. 2 melarang drpd melakukan sesuatu; menegah: Kerajaan telah ~ orang ramai membaca majalah itu. pengharaman perbuatan atau hal mengharamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haram
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan ditegah
( dilarang, dicegah, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sungguh-sungguh, betul-betul, beriya-iya, benar-benar, sedikit pun, langsung,
(kata tugas:)

Kata Terbitan : mengharamkan, pengharaman,

Puisi
 

Pisau kecil hulunya gewang,
     Jatuh ke kaki haram tak luka;
Dara kecil permainan abang,
     Jatuh hati haram tak lupa.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Makan masak mentah.

Bermaksud :

Orang yang tidak menghiraukan halal atau haram.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bastardn 1. illegitimate child or adult, anak /haram, luar nikah, gampang/; (contemptuous) haram jadah; 2. (colloq), (used as term of abuse) keparat, celaka, anak haram, bangsat, (anak) gampang, haram jadah: he’s a real ~, keparat betul dia; 3. (colloq) st difficult, unpleasant, sial betul: this ~ of a job, sial betul kerja ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
illicitadj haram: ~ gambling, perjudian haram; ~ intercourse, persetubuhan haram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bootlegadj haram: ~ whiskey, wiski haram;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
illegaladj menyalahi undang-undang; (attrib) haram, menyalahi undang-undang: what you did was ~, apa yg kamu lakukan menyalahi undang-undang; ~ publication, penerbitan haram; ~ practice, amalan yg menyalahi undang-undang; ~ activities, kegiatan yg menyalahi undang-undang; ~ immigrant, pendatang tanpa izin; (formerly) pendatang haram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bootlegn arak haram;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
godG~ damn you, haram jadah, celaka kamu; G~ help so., Tuhan melindungi sso; G~’s gift to women, jantan nombor satu di dunia: he thinks he is G~’s gift to women, dia fikir dia jantan nombor satu di dunia; G~ willing, jika dizinkan Tuhan; (in Islam) Insya-Allah, jika diizinkan Allah; by G~, (colloq) Ya Tuhan, Ya Rabbi; for G~’s sake, tolonglah; good G~, my G~, oh G~, G~ in Heaven, Ya Tuhan; (in Islam) Ya Allah, Ya Rabbi; /how, what, why/ in G~’s name, [not translated]: why in G~’s name didn’t you go to the police?, kenapalah kamu tdk pergi pd polis?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gainill-gotten ~s, perolehan haram;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bootleggern pembuat dan pengedar arak haram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bootlegvi & vt membuat dan mengedarkan arak haram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bastardadj 1.,/b> illegitimate, haram, gampang, luar nikah; 2. abnormal, irregular in size, appearance, etc, [various translations ]: ~ sugar , gula sedang; ~ file, kikir kasar; ~ type, taip tak tara; 3. not genuine, tdk /tulen, jati, asli/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas