Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.rap] | هارڤ

Definisi : 1. sl hasrat (kehendak) utk mendapat sesuatu, hasrat supaya terjadi sesuatu: maka sekarang ~ beta sekalian orang besar masing-masing menjaga pekerjaannya; 2. = harap­lah hendaklah, mintalah, pohonlah: ~ mak­lum; ~ cemas bimbang (ragu-ragu, khuatir); ~ hati hasrat hati (keinginan hati); ~ putus (hilang) ~ berasa kecewa sama sekali, putus asa; harapkan harap akan; ~ anak buta mata sebelah, ~ teman buta kedua-duanya prb setiap pekerjaan harus diawasi sendiri (jangan diharapkan pd orang lain); ~ guruh di langit air di tempayan ditumpahkan prb melakukan pekerjaan yg tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yg sudah dimiliki); harap-harapan sentiasa berharap (menanti-nantikan), sentiasa rindu (akan); berharap berhasrat (dan sedia menunggu) utk mendapat sesuatu atau agar terjadi (terbit dsb) sesuatu, meminta (dgn sedikit sebanyak jangkaan) supaya terjadi sesuatu: janganlah pula kamu ~ yg doktor itu dapat mengubat penyakit kamu dgn serta-merta; berharapkan berharap akan: mereka ~ perlindungan, kasih sayang, dan pimpinan; mengharap, mengharapkan 1. berharap akan, menginginkan, menjangka akan men­dapat (memperoleh): kami sudah tidak dapat membeli beras dan sayur-sayuran lagi, ikan jangan diharap; rakyat ~ pimpinan drpd mereka yg dianggap pandai; 2. percaya akan, menggantungkan nasib dll kpd, mem­percayai: maka dukacitalah ia sebab kehi­lang­an orang yg diharapkannya; memang orang itu tidak boleh diharap; terharap-harap sentiasa mengharap(kan); ~ saja menjangka-jangka tetapi tidak mem­peroleh, tidak berjaya (kecewa); harapan 1. sesuatu atau seseorang yg diharap(kan): memang tidak ada ~ yg cita-citanya akan berjaya; 2. perihal mengharap­kan: ~nya utk mendapat bantuan telah hilang; 3. = orang ~ orang yg diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan: hanyan orang tua itu ~nya; pemuda ~ bangsa pemuda yg diharap akan memimpin dan memajukan bangsa; membilang ~ terus berharap, tidak putus-putus harapan; penuh ~ besar harapan; Pulau H~ Id Pulau Sumatera; putus ~ putus harap; ~ hati harap hati; berharapan mempunyai harapan (yg besar); pengharapan hal atau perbuatan mengha­rap­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rap] | هارڤ

Definisi : keinginan utk mendapat sesuatu; keinginan atau hasrat supaya terjadi sesuatu. berharap ingin utk mendapat sesuatu atau supaya terjadi sesuatu: Ibu bapanya ~ agar dia berjaya dlm peperiksaan itu. mengharapkan 1 berharap akan mendapat sesuatu atau berlakunya sesuatu; menghajati; mengingini: Dia tidak mahu mati di atas tilam, tetapi ~ mati syahid di medan perjuangan sbg pahlawan Islam. 2 percaya akan; menggantungkan nasib dll kpd: Memang orang itu tidak dpt diharapkan. terharap-harap selalu mengharapkan. harapan 1 orang atau sesuatu yg diharapkan: Dialah ~ gurunya kerana dia bijak, berani dan tegas. 2 hal berharap: Memang ada ~ bahawa cita-citanya akan tercapai. pengharapan perbuatan atau hal mengharapkan: ~ utk mendapat bantuan telah tidak ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harap
Kata Terbitan : berharap, mengharapkan, terharap-harap, harapan,

Puisi
 

Harap-harap kelapa puan,
     Tidak puan kelapa bali;
Harap ke mari kepada tuan,
     Tuan nak tolak ke mana lagi.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Disuruh dituruti,
     berserah sekehendak hati.

Bermaksud :

Harap-harap percaya tidak.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hopefullyadv 1. with hope, dgn penuh harapan: the hungry children looked at us ~, kanak-kanak yg lapar itu memandang kami dgn penuh harapan; 2. it is hoped, harap-harap: ~ it won’t rain, harap-harap hari tdk hujan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
despondentadj putus /asa, harap(an)/; (of expression, look) spt orang yg berputus /asa, harap(an)/: he has been ~ since he lost his job, dia putus harapan semenjak dia hilang pekerjaannya; she had a ~ look about her, dia kelihatan spt orang yg berputus asa; /look, appear/ ~, kelihatan berputus /asa, harap(an)/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hopevt (ber)harap: I ~ he will win, saya berharap dia akan menang; I ~ that you are well, saya harap kamu sihat; I ~ and pray that you’ll return safely, saya berharap dan berdoa agar kamu akan pulang dgn selamat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hellb. (ironic) not at all, jangan harap: “Did he get you a birthday present?” “Like ~ he did”, “Dia belikan kamu hadiah utk hari jadi?” “Jangan harap”; not a hope in ~, tiada harapan langsung: you haven’t got a hope in ~ of arriving in time, kamu tdk ada harapan langsung boleh sampai pd waktunya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
anticipativeadj expectant, terharap-harap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forgetI hope you will not ~ your promise, saya harap kamu tdk akan melupakan janji; I’d like to introduce you to ... I’m sorry, I’ve forgotten your name!, saya ingin memperkenalkan saudari dgn ... maaf, saya terlupa nama saudara!; you’d better ~ me as soon as possible, lebih baik kamu melupakan saya secepat mungkin; 2. omit, neglect to buy, bring, etc, (ter)lupa + approp v: don’t ~ to tip the driver, jangan lupa memberi tip kpd pemandu itu; have you forgotten my passport?, kamu terlupa mengambil pasport saya?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flesh~ and blood, a. human, manusia biasa: don’t expect me to solve all your problems; I’m only ~ and blood, jangan harap saya dapat menyelesaikan segala masalahmu; saya ini hanya manusia biasa; b. blood relatives, darah daging; in the ~, orangnya: I’ve never met him in the ~, saya belum pernah berjumpa dgn orangnya; make so’s ~ /creep, crawl/, /mengerikan, menyeramkan/ sso, membuat sso geli-g(el)eman: spiders always make her ~ creep, labah-labah selalu membuatnya geli-geleman; more than ~ and blood can stand, tdk tertanggung dik badan; /pleasures, sins, etc /of the ~, /kenikmatan, dosa/ hawa nafsu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cleanb. remove rubbish, dirt etc so as to leave a place clean, [various translations]: I wish you would ~ up this mess, saya berharap-harap sangat kamu akan membersihkan tempat yg berselerak ini; to ~ up food spills, mengelap tumpahan makanan; he ~ed up the broken glass at once, dia membuang serpihan kaca itu dgn segera; c. make place free from crime, corruption, vice, etc, membersihkan sst (drpd kegiatan yg tdk menyenangkan): the new Inspector General of Police took immediate action to ~ up the city, Ketua Polis Negara yg baru mengambil tindakan segera utk membersihkan bandar itu drpd kegiatan yg tdk menyenangkan; d. (colloq) make (money) kaut, sapu bersih: he ~ed up a cool million at the casino, dia sapu bersih sejuta ringgit di kasino itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hope~ for, expect, mengharap-harapkan: the house we bought was not what we had ~d for, rumah yg kami beli bukanlah yg kami harap-harapkan; ~ for the best, berharap: the doctor says there’s very little chance of recovery. All we can do is ~ for the best, doktor mengatakan bahawa harapan utk sembuh sangat tipis. Yg boleh kita buat hanyalah berharap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hold 1 ~ off, a. (of rain, storm, etc) tdk turun: I hope the storm will ~ off until I reach home, saya harap ribut tdk akan turun sehinggalah saya sampai ke rumah; b. (of st seasonal) tdk tiba, terlewat: the monsoon held off till April, angin monsun tdk tiba sehingga bulan April; c. delay, bertangguh: the editor held off printing the story until he got confirmation of it, editor itu bertangguh menyiarkan cerita itu sehingga mendapat pengesahan tentangnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas