Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.ga] | هرݢ

Definisi : 1. nilai sesuatu barang dgn (kiraan) wang: kalau adapun barang itu ~nya mahal; letak ~ bp a) menetapkan harga; b) menetapkan harga (nilai) yg tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang itu sangat-sangat dikehendaki); tarik ~ bp a) meletakkan harga yg tinggi; b) (bkn pihak yg menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) meng­ambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kpd pihak yg meng­hendakinya; 2. ki kehormatan (diri), maruah: kami tahu ~ diri kami; 3. ki faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan: nasihat yg baik sudah tidak ada ~nya lagi; ~ benderol Id a) meterai yg berbentuk pita yg menyatakan harga (rokok dll); b) = ~ pemerintah = ~ E. Z. Id harga yg ditetapkan oleh kerajaan; ~ beli (pembelian) harga pd ketika membeli; ~ borong harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara borong, biasanya lebih murah drpd harga runcit; ~ bumbung (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga siling; ~ damai harga yg masih boleh ditawar (lwn harga tetap atau harga mati); ~ diri maruah, kehormatan diri; ~ gelap harga yg tidak menurut ketetapan kerajaan; ~ gila Id, bp harga yg terlalu murah atau terlalu mahal; ~ jualan (Eko) harga barang di kedai, harga yg ditetapkan oleh penjual; ~ kos (Eko) harga barang yg dijual oleh pengeluar kpd penjual; ~ lantai (Eko) harga paling rendah yg ditentukan (dibenar­kan); ~ mati = ~ pasti = ~ tetap harga yg muktamad; ~ melawan bp, Id harga yg lebih murah drpd harga penjual lain; ~ modal harga pokok; ~ namaan harga yg tertera pd saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yg sebenar); ~ pasar harga barang di kedai, harga jualan; ~ pasaran (Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentu­kan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham; ~ penutup (Eko) harga terakhir sesuatu saham dsb yg diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan harian ditutup; ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli (drpd pengeluar dsb); ~ runcit harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara runcit; ~ runtuh harga murah yg ditawarkan oleh pusat membeli belah utk melariskan barang jualan dlm musim tertentu (biasanya musim perayaan); ~ senarai (Eko) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dsb); ~ siling (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga bumbung; ~ tunai harga jika dibayar tunai; ada rupa ada ~ prb harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya; seharga 1. sama harganya (dgn); 2. harga­nya, dgn harga: membeli barang ~ lima ringgit; berharga 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); menghargai 1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan: barang jual­annya dihargainya terlalu tinggi; aku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; 2. memberikan peng­hor­matan (pujian, sanjungan, dsb), meng­anggap penting (berfaedah): penerbit belum tahu ~ karya pengarang; khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang; 3. menghormati, memuliakan, mengendahkan: dia tidak ~ orang tuanya; menghargakan 1. menawarkan barang yg hendak dijual (dgn menyatakan harganya): membeli barang tidak ditawarnya lagi, seberapa dihargakan orang dibelinya; 2. menghargai; terharga, terhargakan, terhargai; tidak ~ tidak ternilai; penghargaan perihal atau perbuatan meng­hargai, penghormatan, penyanjungan; ha­diah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[har.ga] | هرݢ

Definisi : 1 nilai sesuatu barang yg ditentukan dgn wang: Dia membeli satu kilogram ikan kembung dgn ~ sepuluh ringgit. 2 ki kehormatan (diri); nama baik: Dia tahu akan ~ dirinya. ~ borong harga barang yg dibeli secara borong (banyak-banyak). ~ jual (jualan) harga barang-barang yg dijual kpd pengguna. ~ kos ist a. perbelanjaan atau kos utk mengeluarkan sesuatu barang. b. harga barang jika dibeli secara borong (biasa­nya drpd pengeluar kpd penjual). ~ mati (tetap) harga barang yg tidak dpt ditawar lagi. ~ pasaran harga jualan. ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli. ~ runcit harga barang yg dibeli secara runcit (sedikit-sedikit dan lebih mahal drpd harga borong). ~ siling harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa. ~ tunai harga barang jika dibayar tunai. berharga 1 mempunyai harga; bernilai: Dia membeli sebuah kereta yg ~ tujuh puluh ribu ringgit. 2 tinggi nilainya; berfaedah; bermanfaat; pen­ting: Tugas penting bagi sesebuah muzium adalah mengumpulkan dan memelihara barang-barang yg ganjil, ~ dan ada nilai sejarahnya. menghargai 1 memberikan atau menentukan harganya; menilai: Dia tidak mahu menjual keretanya kerana orang ~nya terlalu rendah. 2 memuliakan; menghormati; menganggap penting; mengendahkan: Sbg ~ jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dianugerahi kehormatan “Order of Merit” oleh Raja England dlm tahun 1907. Nasihatnya tidak dihargai orang. terharga ternilai: tidak ~ tidak ternilai. penghargaan perihal (perbuatan) menghargai; penghormatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,

Puisi
 

Kemas rumah di waktu senja,
     Anak buaya naik mencuri;
Emas intan ada harga,
     Budi bahasa sukar dicari.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bagai kambing harga dua kupang.

Bermaksud :

Tingkah lakunya seperti anak-anak.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
force~ st up, (price), (act.) menyebabkan [harga] naik, menaikkan [harga]; (pass.) [harga] naik: the government ~d up the price of tobacco, kerajaan menaikkan harga tembakau; petrol prices were ~d up by the crisis in the Middle East, harga minyak naik krn krisis di Timur Tengah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
declinen kemerosotan: a ~ in population, kemerosotan jumlah penduduk; the ~ of the British Empire, kemerosotan Empayar British; a ~ in share prices, kemerosotan harga-harga saham; the ~ of so’s strength, kemerosotan tenaga sso; be on the ~, sedang merosot: our sales performance is on the ~, prestasi jualan kami sedang merosot; /go, fall/ into ~, merosot;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
discountn diskaun, potongan harga: a ~ of 10%, potongan harga sebanyak 10%; ~ rate, kadar diskaun; at a ~, a. dgn /harga diskaun, potongan harga/: the goods were sold at a ~, barang-barang itu dijual dgn harga diskaun; b. (fig.) tdk dihargai: is courtesy at a ~ today?, adakah budi bahasa tdk dihargai lagi sekarang?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cost~ price, harga kos; at ~, dgn harga kos: to sell at ~, menjual dgn harga kos; at any ~, at all ~s, dgn apa cara sekalipun: we must finish this work at all ~s, kita mesti siapkan kerja ini dgn apa cara sekalipun; count the ~, mengira akibatnya: he worked hard without counting the ~ to his health, dia bekerja kuat tanpa mengira akibatnya kpd kesihatannya; to o’s ~, setelah mengalami pengalaman pahit: I learnt to my ~ not to trust all and sundry, setelah mengalami pengalaman pahit saya menyedari bahawa tdk semua orang boleh dipercayai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
half-priceadj & adv /separuh, setengah/ harga: ~ goods, barang-barang separuh harga; everything is being sold at ~, semua barang dijual separuh harga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cut-priceadj 1. (of goods) turun harga; 2. (of store, garage, etc) barangan turun harga: ~ shop, kedai barangan turun harga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dearadv dgn harga yg mahal: to sell ~, menjual dgn harga yg mahal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cheapadv dgn harga yg murah: he bought it ~, dia membelinya dgn harga yg murah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
costn 1. price, charge, harga: the ~ of each book, harga setiap buku; 2. outlay, expense, kos: ~ of production, kos pengeluaran; fixed ~, kos tetap; labour ~s, kos buruh; marginal ~, kos marginal; 3. (in pl), (leg.) kos: the plaintiff was awarded ~s, plaintif itu dibayar kos; 4. sacrifice, pengorbanan: the ~ in human lives and suffering was great, pengorbanan dr segi jiwa dan penderitaan adalah besar; at the ~ of, sehingga mengorbankan: he saved his friend from the gallows at the ~ of his own life, dia menyelamatkan sahabatnya drpd tali gantung sehingga mengorbankan nyawanya sendiri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
figureat a /high, low/ ~, dgn harga yg /tinggi, rendah/: the car sold at a ~ lower than expected, kereta itu dijual dgn harga yg lebih rendah drpd yg dijangkakan; 3. (in pl), (colloq) arithmetic, kira-kira: he is good at ~s, dia pandai dlm kira-kira; 4. statistics, perangkaan: can you give me the ~s for 1989?, bolehkah kamu memberi saya perangkaan tahun 1989?; 5. bodily shape, /bentuk, susuk/ /badan, tubuh/, potongan badan: she has a slender ~, bentuk badannya langsing; keep o’s ~, menjaga /bentuk, potongan/ badan; lose o’s ~, bentuk badan sso rosak: if you keep eating as much as that, you’ll lose your ~, kalau kamu terus makan sebanyak itu, nanti bentuk badanmu rosak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas