[hen.dap] | هندڤ
Definisi : ; serangan ~ serangan secara bersembunyi; menghendap merendahkan diri (membongkok dsb) atau menyembunyikan diri (menyorok) supaya tidak kelihatan (dgn maksud hendak mengintai, menangkap, dsb): mereka berjalan ~ melalui pinggir hutan itu; ~ di balik lalang sehelai prb menyembunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang; menghendapkan menyembunyikan supaya tidak diketahui orang, menyorokkan, menggelapkan (wang dll); terhendap-hendap terbongkok-bongkok (kerana hendak bersembunyi, mengintai, dll), tersorok-sorok: ketika ia sedang ~ ia dilihat oleh askar-askar peronda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[hen.dap] | هندڤ
Definisi : ; menghendap membongkok atau menyeludup supaya tidak dilihat orang; menyembunyikan diri dgn maksud hendak mengintai, menyerang dll: Budak-budak itu ~ di balik pokok pagar. menghendapkan menyembunyikan sesuatu supaya tidak diketahui orang; menyorokkan; menggelapkan. terhendap-hendap terbongkok-bongkok (kerana hendak bersembunyi, mengintai dll); tersorok-sorok: Ketika ia sedang ~, ia dilihat oleh askar peronda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)