Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.jau] | هيجاو

Definisi : 1. warna spt warna daun atau rumput (banyak peringkatnya); ~ bemban (warna) hijau yg pekat atau yg gelap spt bemban; ~ daun a) (warna) hijau spt daun; b) sj pigmen yg terdapat pd daun-daun yg hijau; ~ kepala itik Kl (warna) hijau kebiru-biruan; ~ laut hijau spt air laut; ~ muda = ~ pucuk pisang (warna) hijau yg keputih-putihan; ~ serindit (warna) hijau yg lebih muda drpd (warna) hijau pucuk pisang; ~ tua (warna) hijau yg kehitam-hitam­an; 2. ki masih mentah (dlm berbagai-bagai erti), kurang pengalaman: anak-anak itu masih ~, masih belum mengerti erti hidup; naik kuda ~ ki mabuk; menghijau 1. menjadi hijau (warnanya): padi sedang ~; 2. nampak hijau (warnanya): di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola Kolej Melayu ~ rata; menghijaukan menjadikan berwarna hijau, mewarnakan dgn warna hijau; kehijauan keadaan hijau: beberapa kawa­san yg dulunya megah dgn ~nya, kini telah berubah menjadi kawasan industri; kehijau-hijauan agak hijau warnanya: gas itu berwarna kuning ~ dan berbau sengit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.jau] | هيجاو

Definisi : warna spt warna daun. ~ laut warna hijau spt warna air laut. ~ muda warna hijau yg keputih-putihan. ~ pucuk pisang warna hijau spt warna pucuk pisang. ~ tua warna hijau yg agak gelap. menghijau 1 nampak berwarna hijau: Di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola ~ rata. 2 menjadi berwarna hijau: Pokok padi ~ di sawah. menghijaukan menjadikan berwarna hijau; mewarnai lukisan dsb dgn warna hijau. kehijauan 1 = kehijau-hijauan seakan-akan warna hijau; agak hijau warnanya. 2 keadaan atau sifat hijau: ~ sawah padi menenangkan fikirannya. penghijauan perihal atau perbuatan menghijaukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hijau
Rujuk :mentah

Puisi
 

Hijau-hijau daun keladi,
     Mari makan di pagi hari;
Hendak dikesal tak guna lagi,
     Cari lain sebagai ganti.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Air laut hijau siapa celup?

Bermaksud :

Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
greenadj 1. (of colour) hijau: ~ fodder, foder hijau; ~ apples are imported from Australia and the United States, epal hijau diimport dr Australia dan Amerika Syarikat; 2. covered with foliage, menghijau, kelihatan hijau: the ~ countryside, desa yg menghijau; 3. unripe, muda: ~ fruit, buah muda; 4. inexperienced, gullible, hijau, mentah, kurang pengalaman: the girl is so ~ that she will believe anything, budak perempuan itu terlalu mentah hinggakan dia mempercayai apa saja; 5. (rhet) flourishing, vigorous, fresh, segar: his memories of his youth are still ~, kenangan masa remajanya masih segar; 6. sickly looking, pale, pucat: he turned ~ when the sea got rougher, dia kelihatan pucat apabila laut menjadi semakin bergelora; 7. (of group or political party) pencinta alam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greenn 1. ( colour) hijau: a beautiful shade of ~, warna hijau yg cantik; 2. vacant area of grassland in village etc, padang: a funfair is to be held on the village ~, pesta ria akan diadakan di padang kampung itu; 3. (on golf-course) kawasan green: the 13th ~, kawasan green ke-13; 4. (in pl), a. edible leaves, sayur-sayuran: she makes sure her family eats ~s everyday, dia memastikan keluarganya makan sayur-sayuran setiap hari; b. decorative foliage, daun-daun hijau: she arranged some ~s in the vase, dia menyusun daun-daun hijau di dlm jambangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greeneryn tumbuh-tumbuhan hijau: I like to be surrounded by ~, saya suka dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
evergreenadj 1. having leaves all the year round, malar hijau: ~ tropical plants, tumbuh-tumbuhan tropika malar hijau; 2. ever enduring, sepanjang zaman: ~ songs, lagu-lagu sepanjang zaman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greenhornn (colloq) 1. inexperienced, gullible person, approp n + yg /masih hijau, kurang berpengalaman/: the officer complained that his platoon is full of ~s, pegawai itu mengadu yg platunnya penuh dgn askar-askar yg masih hijau; 2. (US) immigrant, pendatang baru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greennessn 1. being green, kehijauan: the ~ of the grass, rumput yg kehijauan; 2. (fig.) masih /hijau, mentah/: his ~ made him a target for practical jokes, oleh krn dia masih hijau dia menjadi sasaran gurau senda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greensandn pasir hijau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bottle-greenn hijau botol.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blowflyn langau hijau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
green vitrioln vitriol hijau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas