Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ikh.tiar] | اختيار

Definisi : Ar 1. pilihan (pertimbangan, kehendak, pendapat, dll) yg terbaik: apa ~ tuan mengenai masalah ini?; terserah kpd ~ tuan terserah kpd pertimbangan tuan; telah kehabisan ~ tidak dapat berbuat apa-apa lagi, telah hilang akal; 2. daya, upaya, usaha: segala ~ telah dijalankan tetapi penyakitnya belum juga sembuh; mencari ~ mencari jalan, mencari akal; ~ menjalani, untung menyudahi prb usaha mestilah dijalankan utk mencapai sesuatu maksud (berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib); berikhtiar berusaha, berdaya upaya: sekarang sudah sampailah masanya kita ~ membantu dia; mengikhtiarkan 1. mengusahakan, mencarikan jalan (akal, daya upaya, dll): dia telah berjanji akan ~ bantuan bagi sekolah itu; 2. memberikan pendapat (pertimbangan, nasihat, dll): kami ~ saja, diterima tidaknya terserahlah kpd mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ikh.tiar] | اختيار

Definisi : daya usaha yg dilakukan utk mencapai sesuatu: Bermacam-macam ~ telah dilakukan tetapi penyakitnya belum juga sembuh. berikhtiar mencari jalan utk mendapatkan sesuatu; berusaha: Kerajaan sekarang sedang ~ utk menolong petani-petani. mengikhtiarkan mengusahakan sesuatu supaya berhasil; mencari akal: Mereka berjanji akan ~ pengumpulan wang utk membantu pelajar itu meneruskan pelajarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikhtiar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan daya, upaya, usaha, jalan, akal;,
Kata Terbitan : berikhtiar, mengikhtiarkan,

Peribahasa

Habis akal baru tawakal.

Bermaksud :

Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. tawakal = berserah diri kepada Tuhan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
effortn vigorous attempt, usaha, ikhtiar: all ~s failed, semua ikhtiar gagal; 2. (colloq) result of effort, hasil: for a child of nine, that painting’s a pretty good ~, bagi kanak-kanak yg berumur sembilan tahun, lukisan itu merupakan hasil yg cukup baik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
last-ditchadj terakhir: a ~ effort, ikhtiar terakhir; a ~ fight with bayonets, perjuangan terakhir dgn menggunakan bayonet.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
contrivancen 1. act, faculty of contriving, ikhtiar, usaha; 2. inventive ability, ingenuity, kebolehan (mencipta): such things are still beyond human ~, perkara spt itu adalah di luar kebolehan manusia; 3. device, alat: a ~ which mechanically polishes shoes, alat yg dapat menggilap kasut secara mekanik; 4. artful scheme, helah: a ~ to mislead the police in their investigations, suatu helah utk mengelirukan polis dlm siasatan mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas