Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.méj] | ايميج

Definisi : (iméj) 1. gambaran, cerminan, bayangan; ~ pendam imej yg telah di tangkap di atas filem atau kertas foto tetapi belum diproses dan tidak dapat dilihat; 2. keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu sebagaimana yg terpapar pd pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain: ~ negara kita sbg negara Islam amatlah baik dlm dunia Islam; ~ sesebuah kedai diukur berdasarkan reka bentuk luaran dan dalaman kedai; 3. gambaran mental atau asosiasi idea yg timbul dlm karya sastera terutamanya dlm puisi: Kassim Ahmad berjaya menggunakan mitos dan legenda Melayu sbg ~ di dlm sajak-sajaknya; imejan (Sas) penggunaan beberapa imej yg terhimpun dlm sesebuah karya sastera, penggunaan kiasan dlm tulisan; pengimejan proses membentuk atau menghasilkan imej (spt gambar dsb): ini dimungkinkan oleh sistem ~ elektronik yg canggih di atas teleskop tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.méj] | ايميج

Definisi : /iméj/ 1 gambar rupa dll yg terlintas dlm fikiran; gambaran. 2 ki pendapat orang ramai mengenai sesuatu perkara; nama baik: Sifat ini akan merendahkan ~ seseorang atau sesuatu masyarakat. berimej mempunyai imej. pengimejan proses atau perbuatan membentuk, menghasilkan dsb imej: ~ yg baik bergantung pd teknik yg sesuai dan kemahiran yg ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
imej (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan gambar: bayang-bayang

2. Bersinonim dengan citra: keperibadian, sahsiah, perwatakan, pembawaan.,



Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
corporate imagen imej korporat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
latent imagen (photog) imej pendam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
after-imagen also aftersensation, imej tinggal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
invertadj songsang: ~ configuration, konfigurasi songsang; ~ image, imej songsang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
archetypal, archetypicaladj arketip: ~ beliefs and images, kepercayaan dan imej arketip.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
distortedadj 1. caused to appear unnatural, herot-benyot; (of sound) terganggu: a ~ image, imej yg herot-benyot; 2. misrepresented, (telah) /diputarbalikkan, diputarbelitkan/: a ~ account, kisah yg telah diputarbalikkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
imagen 1. likeness of person, thing, esp sculptured, patung; (on coin) replika: beautifully carved ~s of Buddha, patung Buddha yg diukir dgn cantiknya; 2. reflection, optical counterpart of object, a. (produced by mirror etc) bayang-bayang; (tech) imej; b. (produced by lens) imej; (on cinema, television screen, etc) gambar, imej: the ~ on the screen is blurred, gambar di layar perak itu kabur; 3. close likeness, copy, salin tak tumpah; be the (very, spitting, living) ~ of so., salin tak tumpah spt sso: she’s the spitting ~ of her grandmother, dia salin tak tumpah spt neneknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
image4. mental picture, bayangan: she tried to dismiss his ~ from her mind, dia mencuba melenyapkan bayangan lelaki itu dr fikirannya; 5. general concept or opinion of person, political party, organization, etc, imej: the president hired public relations men to improve his ~, presiden itu menggaji pegawai perhubungan awam utk membaiki imejnya; 6. personification, contoh: he is the ~ of health, dialah contoh orang yg sihat; 7. metaphor, simile, imej.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
compatibleadj 1. able to live or work together harmoniously, secocok, serasi, bersesuaian, /sesuai, cocok/ antara satu sama lain: her parents were not really ~, ibu bapanya sebenarnya tdk secocok; 2. be able to exist, occur in harmony, bersesuaian, sesuai; (tech) serasi: the image that she has to present is not ~ with her personality, imej yg terpaksa ditampilkannya tdk sesuai dgn keperibadiannya; ~ blood groups, kumpulan darah yg serasi; the printer is not ~ with our computer, pencetak itu tdk serasi dgn komputer kami.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grievousadj 1. severe, parah, teruk; (of illness, pain, etc) teruk: ~ bodily harm, cedera parah; ~ wound, luka teruk; he suffered ~ injuries during the war, dia mengalami cedera parah semasa perang; ~ pain, sakit teruk; 2. serious, besar: a ~ error that cost many lives, kesilapan besar yg telah mengorbankan nyawa yg banyak; a scandal that might do ~ damage to the company’s image, skandal yg mungkin membawa kerosakan yg besar kpd imej syarikat itu; 3. full of grief, penuh hiba: a ~ cry, tangisan penuh hiba; 4. causing grief or sorrow, menyedihkan, mendukacitakan, memilukan, menghibakan: his death was a ~ loss to the nation, kematiannya merupakan kehilangan yg memilukan seluruh negara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas