inspired | adj 1. moved by inspiration, penuh /inspirasi, ilham/: ~ artists, pelukis-pelukis yg penuh inspirasi; 2. produced, characterized by inspiration, brilliant, cemerlang: his performance can only be described as ~, persembahannya dapat diperikan sbg persembahan yg cemerlang; 3. very accurate, sangat bijak: an ~ guess, tekaan yg sangat bijak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
awe | n rasa kagum, kekaguman: his presence inspired ~, kehadirannya menimbulkan rasa kagum; have a feeling of ~, berasa kagum; in ~, dgn rasa kagum: they watched in ~ as the volcano belched out smoke and ashes, mereka memandang dgn rasa kagum apabila gunung berapi itu memuntahkan asap dan abu; /be, stand/ in ~ of, mengagumi, kagum akan; strike so. with ~, menyebabkan sso berasa kagum; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inspiration | n 1. influence arousing creative activity, ilham, inspirasi: Wordsworth drew his ~ from nature, Wordsworth mendapat ilham drpd alam semula jadi; he found ~ in the peace and quiet about him, dia mendapat ilham drpd alam sekelilingnya yg sunyi dan tenang; 2. source that inspires, sumber /ilham, inspirasi/: his father was his ~, bapanyalah sumber ilhamnya; 3. inspired thought, idea, ilham, inspirasi: watching the ducks in the pond, he had a sudden ~, semasa merenung itik-itik di kolam itu, tiba-tiba dia mendapat ilham; 4. process of breathing in air, inspirasi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |