Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ga] | جاݢ

Definisi : 1. dlm keadaan tidak tidur atau sudah bangun (drpd tidur): kanak-kanak itu masih ~; semalam suntuk saya ~; 2. kawal, awasi (supaya sesuatu tidak hilang dll): Ali, engkau ~ baik-baik barang itu! ~ malam berkawal (pd waktu malam); rumah ~ rumah tempat orang berkawal; wang ~ Id wang cadangan (wang yg disimpan utk digunakan apabila kekurangan wang dsb); 3. orang yg berkawal (mengawas): seorang ~ tercegat di depan bank itu; ~ kereta bp atendan letak kereta; berjaga 1. tidak tidur (kerana sesuatu hal, sakit, dsb): Ahmad ~ hingga ke pagi; 2. berawas: pihak polis sedang ~ di kawasan perompakan itu; berjaga-jaga 1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dll), merayakan (per­kahwinan dll) beberapa hari berturut-turut: maka raja pun mulai ~ akan mengah­winkan anakanda baginda dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas: mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu; men­jaga 1. mengawal, mengawas: Parlimen ~ dan mengawal bagaimana wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; tembok itu dibina utk ~ bahaya bah; 2. memelihara, membela, mengasuh: dia ~ ketiga-tiga orang anaknya; 3. memberi perhatian kpd, me­melihara: tiap-tiap orang patut ~ ke­si­hatan dirinya sendiri; 4. berikhtiar atau berusaha (supaya): kita mestilah ~ ber­sung­guh-sung­guh supaya perkara spt itu tidak akan berlaku lagi; menjagakan membangunkan (drpd tidur), menggerakkan: ibu ~nya pd pukul enam pagi; terjaga 1. terbangun atau tersedar (drpd tidur): dia ~ drpd tidur kerana bunyi bising itu; 2. terkawal, terpelihara: setiap tutur katanya ~; jagaan 1. pengawasan, kawalan: orang itu masih dlm ~ polis; 2. peliharaan, belaan: budak itu di bawah ~nya; kejaga-jagaan tidak dapat tidur semalam suntuk; penjagaan hal atau perbuatan menjaga; penjaga 1. orang yg mengawas (mengawal, memberi perlindungan, dll): sekolah itu sudah dibuka oleh ~nya; 2. penunggu, hantu (atau makhluk halus) yg menunggu sesuatu tempat (spt pohon, batu, sungai, dll): orang kampung itu percaya bahawa pohon besar itu ada ~nya; 3. orang yg sangat cermat (berhati-hati); 4. ark wang jaga-jaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ga] | جاݢ

Definisi : (dlm keadaan) tidak tidur; bangun (drpd tidur): Anak itu sudah ~ drpd tidurnya. berjaga 1 tidak tidur kerana sesuatu hal: Ibu itu ~ sampai pagi kerana anaknya sakit kuat. 2 berkawal utk menjaga keselamatan. berjaga-jaga 1 berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2 tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. menjaga 1 mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal: Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2 memelihara; mengasuh: Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3 memberi perhatian yg sungguh-sung-guh; mengikhtiarkan; mengusahakan: Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? menjagakan membangunkan drpd tidur; menggerakkan; mengejutkan: Ia ~ suaminya apabila terdengar olehnya bunyi orang mengetuk pintu. terjaga 1 terbangun (drpd tidur); terkejut: Ia ~ pd pukul lima pagi lalu pergi mandi. 2 terpelihara; terlindung: Keselamatan mereka sentiasa ~. jagaan kawalan: Orang salah itu di bawah ~ polis. penjagaan perbuatan menjaga (mengawasi, memelihara dll); pengawalan. penjaga 1 orang yg menjaga (memberi perlindungan, memelihara dll): ~ kedai itu orang India. 2 hantu atau orang halus yg dipercayai menunggu sesuatu tempat (pohon, busut dll); penunggu: Orang-orang di situ percaya bahawa busut itu ada ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Malam ini kumbang mengejar,
     Jaga-jaga bunga yang di pasu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Berkubu sebelum alah.

Bermaksud :

Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
care~ of, di alamat; have a ~, (old-fashioned) hati-hatilah, jaga-jaga; /in, under/ /the ~ of so., so’s ~/, di bawah /jagaan, penjagaan/ sso; take ~, berhati-hati, berjaga-jaga, bercermat-cermat; take ~ of, a. see to, mengurus: my secretary will take ~ of the travelling arrangements, setiausaha saya akan mengurus segala hal ttg perjalanan; b. look after, menjaga: she is old enough to take ~ of herself, dia sudah cukup dewasa utk menjaga dirinya (sendiri); with ~, dgn /hati-hati, cermat, teliti/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bewarevi (usu imper) awas: trespassers ~!, penceroboh, awas!; ~ of, awas, jaga-jaga, hati-hati: ~ of the dog, awas! anjing; ~ of pickpockets!, awas! penyeluk saku.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
easyadv; ~ come, ~ go, (of money) mudah dapat, mudah habis; ~ does it, (colloq) baik-baik, jaga-jaga, hati-hati; go ~, a. (on so.) jangan berkeras: go ~ on the girl; she’s had no experience, remember?, jangan berkeras thdp budak itu; ingat, dia tdk ada pengalaman; b. (on st), [various translations]: go ~ on the brandy; you’ve already had too much to drink, kurangkan minum brandi itu; kamu sudah terlalu banyak minum;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alert/keep, put/ troops etc on the ~, /memerintahkan, mengarahkan, menyuruh/ pasukan tentera dll /bersiap sedia, berawas-awas, berjaga-jaga/; on the ~, dlm keadaan /berjaga-jaga, berawas-awas, berwaspada, bersiap sedia/: they were on the ~ for any sudden attack, mereka berada dlm keadaan berjaga-jaga sekiranya berlaku serangan mengejut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
awakeadj 1. no longer asleep, sudah jaga; 2. not yet asleep, masih jaga;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alertadj 1. vigilant, berjaga-jaga, berawas-awas, berwaspada: the possibility of an attack kept them all ~, kemungkinan berlakunya serangan membuat mereka sentiasa berjaga-jaga; ~ to, cepat menyedari: ~ to the problem of racial polarisation, cepat menyedari adanya masalah polarisasi ras; 2. mentally perceptive, responsive, a. (of person) peka dan pintar; b. (of mind) cerdas; 3. prompt, brisk, cepat: ~ in answering questions, cepat menjawab soalan-soalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hook~, line and sinker, bulat-bulat: he fell for the story, ~, line and sinker, dia menerima cerita itu bulat-bulat; by ~ or by crook, (colloq) dgn apa cara sekalipun; (get) off the ~, lepas: he likes to blame others so that he can get off the ~, dia suka menyalahkan orang lain supaya dia lepas; how he managed to get off the ~, I really don’t know, bagaimana dia boleh lepas drpd tugas itu, saya pun tdk tahu; /let, get/ so. off the ~, melepaskan sso: I’ll let you off the ~ this time but you’d better watch out in future, kali ini saya lepaskan kamu tetapi masa-masa yg akan datang, jaga-jaga; take, leave /telephone, receiver/ off the ~, membiarkan gagang telefon di tepi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
guard~ o’s tongue, jaga mulut sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
half-awakeadj antara tidur dgn jaga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laurellook to o’s ~s, lebih /berhati-hati, berjaga-jaga/ agar kedudukan sso tdk tergugat: with all the new talent around him, he will have to look to his ~s, dgn munculnya bakat-bakat baru, dia harus lebih berhati-hati agar kedudukannya tdk tergugat; rest on o’s ~s, berpuas hati dgn kejayaan sso: he has been resting on his ~s and hasn’t achieved much this year, dia berpuas hati dgn kejayaannya dan tdk banyak yg dicapainya tahun ini; /win, gain/ o’s ~s, /memperoleh, mencapai/ kejayaan: he has won many ~s in his profession, dia telah memperoleh kejayaan yg banyak dlm profesionnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas