Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.lar] | جالر

Definisi : ; ubi ~ ubi yg pokoknya melata; berjalaran, berjalar-jalar merayap, melata (bkn pokok dll), bergerak (perlahan), merayap ke sana ke mari (bkn ular, lipan, dsb): cacing ~ ke sana ke mari di dlm bekas itu; akar ~ sj tumbuhan, akar gegerit besi; menjalar 1. bergerak perlahan(-lahan), merayap: ulat itu ~ ke arahnya; 2. (tumbuh) melata (bkn tumbuh-tumbuhan spt pokok labu, kacang panjang, dll): tumbuh-tumbuhan yg ~; 3. merebak (api dll); 4. merebak, menular (bkn penyakit dll): wabak taun telah ~ ke daerah selatan pulau itu; 5. meluas, berkembang merebak (meluas): gerakan antikerajaan oleh kaum Buddha telah ~ di Vietnam Selatan; perkembangan ini kemudiannya ~ ke luar Eropah; menjalari 1. menjalar di: ular-ular ~ peti-peti kaca itu; rumpai telah ~ timbunan kayu itu; 2. merebak (melarat) ke: api telah ~ keseluruhan kawasan itu; 3. menulari, merebak ke, menjangkiti: demam selesema ~ ramai pelajar; menjalarkan 1. menjadikan (membiarkan) menjalar; 2. menjangkitkan, merebakkan, meluaskan; terjalar seakan-akan (spt) menjalar; jatuh ~ jatuh terlungkup; jalaran tempat menjalar (tumbuh-tumbuhan dll); penjalaran perihal menjalar (tumbuh-tum­buhan dll); penjalar (Bio) tumbuhan yg tumbuh melata di atas tanah atau memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis pokok labu dan tembikai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.lar] | جالر

Definisi : ; berjalaran 1 merayap-rayap ke sana ke mari (bkn ular, lipan, cacing dll): Saya sangat takut melihat ular yg ~ di Zoo Negara itu. 2 memanjang di atas tanah (bkn tumbuh-tumbuhan spt keledek, kangkung); melata: Pokok keledek saya hidup ~ di atas tanah. menjalar 1 berjalan merayap-rayap: Ulat itu ~ di atas bajunya. 2 tumbuh melata: Ada tumbuh-tumbuhan yg ~. 3 merebak atau berjangkit (bkn api, penyakit, pengaruh dll); menular: Api telah ~ ke kedai sebelah. menjalari 1 menjalar pd (bkn binatang atau tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang itu ~ pagar rumahnya. 2 menjalar di (serata tempat); merebak; menulari (bkn api, penyakit dsb): Api telah ~ rumah-rumah yg berdekatan. menjalarkan 1 membuat (membiarkan) supaya menjalar: Ali ~ ulat itu di atas sehelai daun. 2 merebakkan; meluaskan: Ada pihak yg mencuba ~ pengaruhnya di kampung-kampung. penjalaran perbuatan (hal dsb) menjalar atau menjalarkan (pengaruh, tumbuh-tumbuhan dsb): ~ kebudayaan asing dlm masyarakat kita mestilah dicegah. penjalar ist tumbuh-tumbuhan yg tumbuh secara menjalar di atas permukaan tanah atau memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis pokok labu dan tembikai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalar
Kata Terbitan : berjalaran, berjalar-jalar, menjalar, menjalarkan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
grow~ over, melitupi: creepers have ~n all over the fence, tumbuhan jalar telah melitupi seluruh pagar itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grow~ apart, a. tumbuh menjarak: the two sections of the creeper have ~n apart, kedua-dua cabang tumbuhan jalar itu tumbuh menjarak; b. (fig.), [hubungan] semakin renggang: the two friends grew apart after leaving school, hubungan kedua-dua sahabat itu semakin renggang selepas mereka berhenti sekolah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hang~ down, bend downward, trail, a. (gen) terjuntai-juntai: the creepers hung down from the balcony, tumbuhan jalar itu terjuntai-juntai dr langkan itu; b. (of hair) mengurai, terurai: her hair hung down to her waist, rambutnya mengurai hingga ke pinggang; c. (of branch due to the weight of its fruits) meluyut: the branches hung down with the weight of the oranges, dahan-dahan meluyut krn lebatnya buah-buah oren itu; ~ down o’s head, /menekurkan, menundukkan/ kepala, tunduk: the boy hung down his head in shame, budak lelaki itu menekurkan kepalanya krn malu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kind2b. (non-standard) some sort of, semacam: to have a ~ of feeling that..., ada semacam rasa bahawa...; the creepers formed a ~ of roof, tumbuhan jalar itu mempunyai bentuk semacam bumbung; c. (placed between "thiKamus Inggeris-Melayu Dewan
insinuate~ os into, a. cause os to be accepted by stealthy, artful means, secara licin + approp v: it did not take him long to ~ himself into the boss’s favour, dlm masa yg sekejap saja, dan secara licin, dia dapat mengambil hati ketuanya; she managed to ~ herself into the confidence of the kampong people, dia secara licin dapat membuat orang-orang kampung itu percaya padanya; b. enter gradually and stealthily, menyelinap masuk: the creeper ~s itself into every cranny, tumbuhan jalar itu menyelinap masuk ke dlm setiap lubang; ~ st into, menyelinapkan sst ke dlm: to ~ fear and suspicion into so’s mind, menyelinapkan perasaan takut dan curiga ke dlm fikiran sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas