Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam] | جم

Definisi : 1. sj alat utk menunjukkan (mengukur) waktu; 2. = satu ~ waktu yg lamanya 60 minit atau 1/24 hari; 3. tanda waktu, pukul: dia tiba di pejabat sebelum ~ lapan pagi; 4. ke­­tika, saat, waktu: ~ orang hendak ber­angkat ~ itulah engkau hendak mandi; ~ bicara waktu yg ditetapkan utk menerima tetamu; ~ dalaman (Komp) peranti atau isyarat denyut yg digunakan utk penyegerakan atau pembilangan dlm sistem komputer; ~ digital (Komp) 1. deretan isyarat berdenyut yg dijanakan dlm sistem digital sbg isyarat rujukan utk menyegerakkan sistem; 2. penyata waktu yg memaparkan nilai waktu dlm bentuk digital; ~ dinding sj jam yg digantungkan di dinding; ~ induk (komp) 1. sj peranti elektronik yg menjanakan isyarat masa utk digunakan sbg rujukan bagi semua pengendalian komputer yg segerak; 2. isyarat masa yg digunakan sbg rujukan utama bagi semua pengendalian komputer atau sistem segerak; ~ kawalan (Komp) jam elektronik dlm perkakasan sistem yg digunakan oleh sistem tersebut utk menentukan masa pengaliran suruhan dan data; ~ kerja masa yg ditentukan utk bekerja, waktu kerja; ~ kilowatt tenaga kerja seribu watt dlm masa satu jam (sukatan tenaga elektrik); ~ loceng jam berloceng yg boleh berbunyi pd waktu yg ditetapkan; ~ luaran (Komp) peranti atau isyarat denyut yg digunakan utk penyegerakan atau pembilangan di luar sistem utama komputer; ~ masa nyata (Komp) 1. peranti jam yg menjanakan masa yg nilainya sama dgn masa sebenar (berbanding dgn masa khayalan yg bermula apabila komputer dihidupkan atau berdasarkan masa yg ditentukan oleh atur cara); 2. isyarat jam yang ditentukan oleh masa sebenar; ~ pasir alat mengukur waktu dgn menggunakan pasir; ~ pelajaran waktu yg ditentukan utk memberi pelajaran; ~ penggera jam yg mempunyai peranti yg berbunyi apabila sampai pd waktu yg ditetapkan; ~ randik = ~ detik jam utk mengukur dgn detik; ~ saku sj jam yg diletakkan di dlm saku; ~ tangan sj jam yg dipakai di tangan; berjam-jam beberapa jam berturut-turut: ~ dia menunggu kawannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam] | جم

Definisi : 1 alat yg menunjukkan masa atau waktu: ~ dinding jam yg besar dan digantungkan di dinding; ~ randik jam yg dpt dihidupkan dan dimatikan apabila dikehendaki utk mengukur kepantasan, kekerapan dsb; ~ tangan jam yg agak kecil yg dipakai pd tangan. 2 waktu yg lamanya 60 minit: Sudah dua ~ dia menunggu adiknya keluar dr sekolah. 3 bp tanda waktu; pukul: Saya akan datang pd ~ lapan. berjam-jam beberapa jam berturut-turut; masa yg agak lama: ~ kamu makan, belum juga sudah lagi? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jam

Puisi
 

Sayang Cik Puteh menaja jam,
     Jama ditaja jama mengkuang;
Kalau boleh hidup bersama,
     Hendak mati betindih tulang.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hour~ after ~, jam demi jam, berjam-jam; by the ~, mengikut (kiraan) jam: to be paid by the ~, dibayar mengikut jam; children’s ~, rancangan kanak-kanak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hourlyadj 1. occurring every hour, setiap sejam, sejam sekali, tiap-tiap /jam, satu jam/: an ~ bus service, perkhidmatan bas setiap sejam; 2. measured by the hour, (mengikut) jam: to be paid an ~ rate, dibayar mengikut kiraan jam; 3. continual, sepanjang /waktu, masa/: they are living in ~ dread of another earthquake, mereka hidup sepanjang masa dlm kebimbangan ttg gempa bumi yg mungkin berlaku lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hourlyadv 1. every hour, /setiap sejam, sejam/ sekali, tiap-tiap /jam, satu jam/: the medicine has to be taken ~, ubat itu mesti dimakan tiap-tiap satu jam; 2. at any time, pd bila-bila masa saja: we’re expecting their arrival ~, kami menjangka ketibaan mereka pd bila-bila masa saja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
half-hourlyadj & adv setengah jam sekali, setiap setengah jam: a ~ bus service, perkhidmatan bas setengah jam sekali.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hourn 1. sixty minutes, jam: there are 24 ~s in a day, ada 24 jam dlm sehari; the man works a 40-~ week, lelaki itu bekerja 40 jam seminggu; a child needs at least 8 ~s of sleep each day, kanak-kanak memerlukan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari; in an ~’s time, dlm masa sejam; 2. a point of time, waktu, masa: he comes back at the same ~ everyday, dia pulang pd waktu yg sama setiap hari; 3. o’clock, pukul, jam: what is the ~?, pukul berapa sekarang?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jam -packedadj (colloq) penuh sesak, padat, sesak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jam2n preserve of fruit, jem.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jam1~ st on, menekan sst: to ~ on the brakes, menekan brek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jam1~ so. /in, into/ st, memasukkan sso ke dlm sst: it is not possible to ~ 30,000 spectators into the small stadium, tdk mungkin kita dapat memasukkan 30,000 penonton ke dlm stadium yg kecil itu; ~ st /in, into st/, menyumbatkan sst ke dlm sst: he hurriedly ~ed the papers into his briefcase, dia cepat-cepat menyumbatkan kertas-kertas tersebut ke dlm beg bimbitnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jam1~ so. in, memasukkan sso: we can’t ~ any more passengers in, the bus is full!, kami tdk dapat memasukkan penumpang lagi, bas ini sudah penuh!; ~ st in, menyumbatkan sst ke dalam sst: the store-room is small; if you ~ too many things in, you won’t be able to close the door, bilik stor itu kecil; jika kamu menyumbatkan terlalu banyak barang ke dalamnya, kamu tdk akan dapat menutup pintunya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas