Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ra/] | جارق

Definisi : jarak I 1. jauh atau ruang (renggang) antara dua tempat, benda, dsb: kampung itu kira-kira sekilometer ~nya dr bandar; 2. ark jari-jari bulatan; ~ dekat meliputi jarak yg dekat; ~ padang jarak yg diperlukan oleh pesawat udara utk berlepas dan mendarat dgn selamat di lan­­dasan; ~ pandang = ~ pelihatan ukuran yg digunakan utk menentukan jarak yg mem­bolehkan seseorang yg normal pe­lihatannya melihat sesuatu objek dgn jelas; ~ tumpuan kanta (cermin) jarak di antara pusat kanta (cermin) dgn tumpuan; ~ umur per­bezaan umur; ~ serasa hilang, bercerai serasa mati prb sanak saudara itu kalau berdekatan saling berbantah, kalau berjauhan mereka berkasih-kasihan; berjarak 1. mempunyai jarak, berjauh, be­renggang: rumah-rumah itu ~ sekurang-kurangnya 20 meter di antara satu dgn lain; 2. terpisah, menjauhi; menjarak bergerak (jauh) drpd yg satu lagi, menjauh, terpisah: kalau prisma diisi dgn dua sulfida maka perasingan cahaya-ca­haya berwarna akan lebih ~; menjaraki 1. membuat berjarak; 2. men­jauhi; menjarakkan menjauhkan, memisahkan, merenggangkan: dr satu hari ke satu hari, Lora makin ~ diri drpd Norman; terjarak terjauh dr, terpisah dr, terenggang dr; penjarakan perbuatan menjarakkan, pen­jauhan, pemisahan, perenggangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ra/] | جارق

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek, buahnya dibuat minyak), Ricinus communis; minyak ~ a) minyak yg dibuat drpd buah jarak pagar (biasanya utk pelita dsb); b) = ~ benggala minyak utk mencuci perut; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha spp.; ~ belanda (keling, melaka, pagar putih) sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha curcas; ~ cina sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha mul­tifida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ra/] | جارق

Definisi : ruang (sela) di antara dua benda atau dua tempat: ~ di antara meja dgn pintu itu dua meter. menjarakkan menjauhkan; memisahkan: Sekarang ia selalu ~ diri dr kawan-kawannya. sejarak dlm jarak tertentu; sejauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.ra/] | جارق

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya dpt dibuat minyak), Ricinus communis. minyak ~ a. minyak yg dibuat drpd buah jarak (biasanya digunakan utk minyak pelita dll). b. minyak utk mencuci perut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jarak
Kata Terbitan : berjarak, menjarakkan, terjarak, penjarakan,

Puisi
 

Bukit Beguk barat Melaka,
     Anjing menyalak ayam hutan;
Buah jarak tidak kusangka,
     Jarak menjadi buah rambutan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Duduk meraut ranjau,
     tegak meninjau jarak.

Bermaksud :

Selalu bekerja tidak berhenti-henti.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
distancen 1. length of space between two points, jarak: measure the ~ between point A and point B, ukur jarak antara titik A dan titik B; the ~ between a person’s eyes, jarak antara mata sso; the ~ between the two towns is 42 kilometres, jarak antara kedua-dua bandar itu ialah 42 kilometer; long - ~ runner, pelari jarak jauh; 2. space of time, /jangka, jarak/ /waktu, masa/: he looked back over a ~ of 25 years, dia memandang ke belakang ke jangka waktu lebih 25 tahun; 3. state of being distant, dr jauh: ~ lends enchantment to the view, dr jauh pemandangan itu kelihatan sangat indah; 4. route, course, sepanjang jarak: he ran the ~ in record-breaking time, dia berlari sepanjang jarak itu dlm masa yg memecahkan rekod; 5. reserve, unfriendliness, kerenggangan, hubungan renggang: there is a great ~ between the two cousins, hubungan antara kedua-dua sepupu itu amat renggang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bowshotn jarak sepemanah; within ~, dlm jarak sepemanah; out of ~, di luar jarak sepemanah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intervaln 1. ( intervening period) jarak waktu; (short spell) waktu selang: the ~ between the two events, jarak waktu antara dua peristiwa itu; during the three-week ~..., semasa jarak waktu selama tiga minggu itu...; the ~s between the races were short, jarak waktu antara perlumbaan itu singkat; the weather was cloudy, with brief ~s of sunlight, cuaca mendung dgn waktu selang cuaca cerah yg seketika; 2. intermission, /masa, waktu/ rehat: he went into the foyer during the ~, dia ke ruang legar semasa waktu rehat; 3. (mus) jeda;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apart(when distance is specified) jaraknya antara satu dgn yg lain, jarak antara [n]; (modifying main v) berjauhan antara satu dgn yg lain, /dgn, dlm/ jarak; (modifying main v and distance specified) jaraknya antara satu dgn yg lain, dgn jarak: in the up-country districts the houses are usually far ~, rumah-rumah di daerah pedalaman biasanya berjauhan antara satu dgn yg lain; two points four centimetres ~, jarak empat sentimeter antara dua titik; the seedlings were planted wide ~, anak benih itu ditanam berjauhan antara satu dgn yg lain; holes dug six feet ~, lubang-lubang yg digali dgn jarak enam kaki;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
equidistantadj sama jarak: the equator is ~ from the Poles, khatulistiwa sama jarak dr kedua-dua kutub.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
distanceat a ~, dr jauh; (when specified) dr jarak: the noise of the machinery could be heard at a ~ of one kilometre, bunyi bising mesin itu dapat didengar dr jarak satu kilometer; be /a considerable, quite a, some/ ~ (from), (agak) jauh: the post office is quite a ~ from here, pejabat pos itu agak jauh dr sini; for a ~ of, sejauh: the river is navigable for a ~ of 100 miles, sungai itu boleh dilalui sejauh 100 batu; from a ~, dr jauh; (when the distance is specified) dr jarak: he observed her from a ~, dia memerhatinya dr jauh; the house can be seen from a ~ of 50 metres, rumah itu dapat dilihat dr jarak 50 meter; go the ~, approp v + sehingga tamat: he is taking part in the cross-country but I doubt if he will go the ~, dia akan mengambil bahagian dlm acara rentas desa tetapi saya tdk yakin dia boleh meneruskan larian sehingga tamat; in the ~, di kejauhan: they heard the sound of thunder in the ~, mereka terdengar bunyi guruh di kejauhan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
earshotn; within ~, dlm jarak pendengaran; out of ~, di luar jarak pendengaran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intervalat ~s of, a. (rel to time) setiap, selang: the trains run at ~s of ten minutes, kereta api berlepas setiap sepuluh minit; b. (rel to distance) dgn jarak... antaranya: trees are planted at ~s of four metres along the road, pokok-pokok itu ditanam dgn jarak empat meter antaranya di sepanjang jalan tersebut; at / brief, short / ~, sekejap-sekejap; at regular ~s, a. (rel to time) sering, selalu: they visit us at regular ~s, mereka sering mengunjungi kami; b. (rel to distance) pd jarak yg sama antaranya; at varying ~s, a. (rel to time) dgn jarak waktu yg berbeza-beza; b. (rel to distance) dgn jarak yg berbeza-beza antaranya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apartadv 1. away from one another, a. (of persons) berjauhan; (when distance is specified) /dgn, dlm/ jarak [ n ] antara satu dgn yg lain: to sit far ~, duduk berjauhan; the sentries stood two feet ~, pengawal itu berdiri dgn jarak dua kaki antara satu dgn yg lain; b. (of person’s feet, legs) terkangkang: to stand with o’s feet ~, berdiri terkangkang; c. (of towns, buildings, plants, etc) berjauhan antara satu dgn yg lain, jarak antara [n ];Kamus Inggeris-Melayu Dewan
half-milern pelari jarak setengah batu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas