Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.rang] | کارڠ

Definisi : 1. sj batu kapur yg terjadi drpd bahan­bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; 2. timbunan batu kapur: batu ~; bunga ~ sj karang lembut yg dapat digunakan utk menggosok badan dll, span; penyakit ~ (karang-karang, karangan) penyakit pd saluran kencing disebabkan oleh bahan-bahan yg membatu; tinjau ~ anjung di perahu utk meninjau kalau-kalau ada karang; tulang ~ Id tulang yg rupanya spt karang; karang-karangan berbagai-bagai karang; berkarang 1. mengandungi karang, ada karangnya; 2. sudah lama benar (bkn penya­kit); 3. ark mencari karang: ia bertemu dgn Merah Silu ~ di pantai; terkarang ark terlanggar pd karang; karangan = perkarangan batu karang: laut ini terlalu cemar, banyak ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rang] | کارڠ

Definisi : sunting, gubahan (bunga dll); berkarang digubah (disusun, dicucuk, dsb) hingga kelihatan indah atau menarik (bunga, permata, manik, dll): bunga ~; intan ~; mengarang 1. menyusun dsb (bunga, per­mata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), men­cipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan; karang-mengarang perihal mengarang (cerita dll), perbuatan (pekerjaan) mengarang; mengarangkan mengarang utk seseorang; terkarang (sudah) dikarang: sebuah senarai Melayu-Cina yg dikatakan ~ sebelum kurun ke-15; karangan 1. gubahan bunga, cucukan (manik dsb), susunan: di atas meja, terletak sebuah ~ bunga yg indah; 2. ciptaan (cerita, lagu, dll), karya: novel itu ialah ~ Samad Said; 3. re­kaan, khayalan; 4. sl ahli, pandai, tukang: maka oleh ~ itu, ditarahnyalah kepala budak itu; 5. yg dikarang oleh, gubahan, ciptaan: antologi cerpen ~ beberapa orang penulis muda; kepengarangan perihal yg berkaitan dgn pengarang: usia ~ seseorang pengarang, haruslah berpanjangan; pengarang 1. tali (benang dll) utk menga­rang manik (bunga dll): bagai manik putus ~; 2. orang yg mengarang cerita (lagu, sajak, dll), penggubah (lagu dll), pencipta; 3. orang yg menyunting karangan utk diterbitkan (disiarkan); ~ berita orang yg menyunting berita dlm akhbar; ~ bersama orang yg bersama-sama mengarang (sesebuah buku dll); ~ gigi gusi; ~ jantung kekasih, buah hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rang] | کارڠ

Definisi : pd waktu yg akan datang, tidak lama lagi, nanti, kelak: ~ barulah tahu; malam ~ malam nanti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.rang] | کارڠ

Definisi : , = karangan batu kapur yg bermacam-macam bentuknya yg terdapat di dasar laut. karang-karangan berbagai-bagai karang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.rang] | کارڠ

Definisi : ; berkarang digubah (ttg bunga); diikat (ttg mutiara dsb): bunga ~; berlian ~. mengarang 1 mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2 membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. karang-mengarang hal-hal ttg mengarang cerita dll. karangan 1 sesuatu yg dikarang; hasil mengarang; gubahan bunga; ikatan permata. 2 dikarang oleh (bkn cerita, lagu dll): Novel itu ~ A. Samad Said. pengarang 1 tali atau benang yg digunakan utk mengarang manik (bunga dll). 2 orang yg mengarang atau menulis cerita (novel dll): Beliau ~ yg terkenal di negara kita. ~ jantung buah hati; kekasih. sidang ~ kumpulan orang yg bertanggungjawab menyelenggarakan karangan utk diterbitkan; redaksi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.rang] | کارڠ

Definisi : bp waktu yg akan datang; tak lama lagi; sebentar lagi; kelak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Cik Malik mengarang bunga,
     Mari karang tali rotan;
Minta tabik pada semua,
     Saya nak karang hikayat syaitan.


Lihat selanjutnya...(17)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
gallstonen batu karang; (tech) batu hempedu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coraln (batu) karang; ~ necklace, kalung merjan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coral reefn terumbu karang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coral islandn pulau karang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hornyadj 1. like horn, bak tanduk: ~ coral, karang bak tanduk; 2. callous, berkematu, berbelulang: ~ hands, tangan yg berkematu; 3. (sl) bernafsu: feeling ~, berasa bernafsu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
break~ out /in, into/ /spots, a rash/, keluar /bintik-bintik, ruam/: if she eats lobster she ~s out in a rash, kalau makan udang karang, dia keluar ruam; her hands broke out into spots, tangannya keluar bintik-bintik; ~ out /in, into/ a sweat, mula /berpeluh, berkeringat/: his forehead broke out into a sweat, dahinya mula berpeluh; ~ out into /laughter, cheering, etc/, tiba-tiba /tertawa, bersorak, dll/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dartvi 1. rush, meluru: to ~ up the stairs, meluru menaiki tangga; he ~ed in and snatched the book from my hand, dia meluru masuk lalu merampas buku itu dr tangan saya; a fawn ~ed out of the thicket, seekor anak rusa meluru keluar dr belukar; the fish ~ed among the corals, ikan-ikan itu meluru-luru di celah-celah batu karang; 2. fly swiftly, terbang dgn lajunya: swallows ~ing about in the sky, burung layang-layang yg terbang dgn lajunya ke sana ke mari di udara;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
expose b. cause to be uncovered or unprotected, (act.) menyebabkan terdedah, mendedahkan; (pass.) terdedah: the floods had washed away the top soil, exposing bare rock, banjir telah menghanyutkan bunga tanah, menyebabkan batu gondol terdedah; this change of position ~d the soldiers to enemy fire, pertukaran kedudukan ini mendedahkan askar-askar kpd serangan tembakan musuh; at low tide part of the coral reef is ~d, semasa air surut, sebahagian drpd terumbu karang itu terdedah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
featuren 1. part of face, bahagian muka: her eyes are her most striking ~, matanya ialah bahagian mukanya yg paling menarik; 2. (in pl) the face as a whole, /raut, roman/ muka, wajah: a man of stern ~s, lelaki yg mempunyai raut muka yg garang; 3. characteristic, ciri; (of person) sifat: the peculiar ~s of a language, ciri tersendiri sst bahasa; the coral reefs are an interesting ~ of the coast, terumbu karang merupakan ciri menarik pantai itu; patience was one of his outstanding ~s, kesabaran adalah salah satu sifatnya yg teristimewa; geographical ~, /bentuk, ciri/ alam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bringe. utter st, mengucapkan sst: she was so shocked she could hardly ~ out a word, dia begitu terkejut sehingga hampir tdk dapat mengucapkan sepatah kata pun; f. produce st, mengeluarkan sst; (of author), /menghasilkan, mengarang/ sst; (of publisher) menerbitkan sst: the company will be ~ing out a new brand of shampoo in early May, syarikat itu akan mengeluarkan syampu jenama baru pd awal bulan Mei; ~ so. out in, menyebabkan sso + approp v: don’t give him any lobster as it will ~ him out in a rash, jangan beri dia makan udang karang krn ini akan menyebabkan dia mendapat ruam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas