Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.si.han] | کاسيهن

Definisi : 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau mem­bangkitkan perasaan hiba: “Tengoklah dia itu, ~!”; “Tolonglah pak cik, ~lah!”; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.si.han] | کاسيهن

Definisi : 1 menaruh perasaan hiba atau belas: Orang itu pun ~ melihat singa tsb, lalu dicabutnya duri dr kaki singa itu. 2 kata seru utk menyatakan perasaan hiba: ~! Siapa yg mencuri wangmu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Beli tin ke Kota Batu,
     Kelapa muda tidak berminyak;
Sudah miskin dagang piatu,
     Minta kasihan orang banyak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menangiskan gajah berusung.

Bermaksud :

Kasihan yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kasihan gajah berusung).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
compassionn belas kasihan: he looked at the barefooted orphan with ~, dia memandang anak yatim yg berkaki ayam itu dgn belas kasihan; /have, take/ ~ on, menaruh belas kasihan pd.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clemencyn (fml) 1. leniency, belas kasihan: appeals for ~, rayuan memohon belas kasihan; 2. (of weather) kenyamanan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
compassionateadj penuh belas kasihan: a ~ man, seorang yg penuh belas kasihan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clementadj (fml) 1. lenient, bersifat belas kasihan: a ~ judge, hakim yg bersifat belas kasihan; 2. (of weather) nyaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appealingadj 1. pleading, merayu(-rayu); (of look, eyes) meminta belas kasihan: he ignored her ~ cries, dia tdk mengendahkan tangisannya yg merayu-rayu itu; to look at so. with ~ eyes, memandang sso dgn mata yg meminta belas kasihan; 2. attractive, menarik; (of little animal, young child) comel: an ~ story, kisah yg menarik; his personality is not exactly ~, keperibadiannya tdk begitu menarik; an ~ little rabbit, arnab kecil yg comel.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
compassionate leaven cuti belas kasihan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hard-heartedadj tdk mempunyai rasa belas kasihan, berhati batu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
destitutebe ~ of, tdk mempunyai: the officials were ~ of sympathy, pegawai-pegawai itu tdk mempunyai rasa belas kasihan; he was utterly ~ of new ideas, dia tdk mempunyai gagasan baru langsung; the ~, orang yg /papa (kedana), miskin, melarat/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blessedadj 1. worthy of blessing, dirahmati Tuhan (hendaknya): ~ are the merciful, dirahmati Tuhan hendaknya orang yg mempunyai rasa belas kasihan; 2. confounded (euphem) bertuah: those ~ bells never stopped ringing, loceng-loceng bertuah itu tdk pernah berhenti berbunyi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brutaladj 1. viciously cruel, kejam: it was a ~ crime, itu jenayah yg kejam; a ~ murderer, pembunuh yg kejam; 2. harsh, severe, menyeksakan, teruk: a ~ winter, musim sejuk yg menyeksakan; 3. merciless, tanpa belas kasihan: ~ frankness, sifat terus terang tanpa belas kasihan; 4. undeniable but harsh, pahit: the ~ truth, kebenaran yg pahit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas