Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : 1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah; ~ hitam daerah atau selingkungan tempat-­tempat yg dianggap berbahaya (kerana ter­dapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombo­lan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat­-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling ling­kungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb; berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : tempat yg termasuk dlm sesuatu pemerintahan atau keadaan yg sama; daerah: Kapal-kapal itu telah terbabas ke ~ perairan Siam. Malaysia termasuk dlm ~ khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kawasan (kata nama)
1. Bersinonim dengan daerah: wilayah, mukim, kampung, bahagian, seksyen, jajahan, zon, medan, kampus, gelanggang, arena,

2. Bersinonim dengan pekarangan: parak, halaman.,



Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
deforestedadj dibasmi hutan: ~ areas, kawasan-kawasan yg dibasmi hutan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forayvi menyerbu: the troops ~ed into neighbouring territories, askar-askar itu menyerbu ke kawasan-kawasan jiran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
banditryn perbuatan rompak samun: ~ is still rampant in certain areas, perbuatan rompak samun masih berleluasa di kawasan-kawasan tertentu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
detrimentaladj menjejaskan: the ~ effects of inflation are felt more keenly in the rural areas, kesan inflasi yg menjejaskan lebih dirasai di kawasan-kawasan luar bandar; be ~ to, menjejaskan; (so’s health, reputation) menjejaskan, merosakkan: the report would be ~ to his reputation, laporan itu boleh menjejaskan nama baiknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accumulatevi 1. (gen) berkumpul; (in a heap, pile, etc) berkumpul, bertimbun, berlonggok: water ~s in the low-lying areas, air berkumpul di kawasan-kawasan rendah; dust had ~d on the ledges, habuk telah berkumpul di belebas; rubbish accumulating in the back lanes, sampah yg berlonggok di lorong-lorong belakang; 2. (of asset, dividend, profit, etc) bertambah: to allow interest to ~, membiarkan faedah bertambah; 3. (of trouble, problem, disaster, etc) datang bertimpa-timpa: soon after they arrived, their troubles began to ~, sebaik sahaja mereka sampai kesusahan pun datang bertimpa-timpa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
graveyardn kawasan kubur, perkuburan; (for non-muslims), (kawasan) jirat, perkuburan, kawasan kubur; (for royalty, prophet, venerated national or war hero) permakaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
divisionn 1. (math) pembahagian, bahagi: long ~, pembahagian panjang; short ~, pembahagian pendek; 2. separation into parts, pembahagian: the ~ of a country into electoral districts, pembahagian sesebuah negara kpd kawasan-kawasan pilihan raya; 3. dividing line, pemisah: the rivers form a ~ between the two states, sungai itu menjadi pemisah antara kedua-dua negeri; 4. disagreement, split, perbezaan (+ approp n): ~ of opinion, perbezaan pendapat; the people were torn apart by a wide ~ over the Vietnam conflict, rakyat berpecah-belah krn perbezaan pendapat yg besar ttg konflik Vietnam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ground 1 3. area, land for specif purpose, kawasan: aboriginal burial ~s, kawasan pengebumian orang asli; the fishing ~s off the Norwegian coast, kawasan penangkapan ikan di pantai Norway; 4. (in pl) pekarangan: the palace ~s, pekarangan istana; 5. land with particular characteristics, kawasan tanah: level ~, kawasan tanah rata; swampy ~, tanah berpaya; 6. place or situation where st happens, tempat: the theatre is good training ~ for would-be actors and actresses, teater merupakan tempat latihan yg baik utk bakal-bakal pelakon; aspect, subject under consideration,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
districtn 1. administrative division, daerah: the ~ of Batu Pahat, daerah Batu Pahat; ~ hospital, hospital daerah; 2. area, region, kawasan: electoral ~, kawasan pilihan raya; a mountainous ~, kawasan pergunungan; residential ~, kawasan kediaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inlandadv 1. in interior of country, di (kawasan) pedalaman: the capital lies ~, ibu negeri itu di kawasan pedalaman; 2. towards interior of country, ke (kawasan) pedalaman: the army advanced ~, tentera itu mara ke kawasan pedalaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas