Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. banyak harta (wang dsb): bak kata adat, tuah dek sisik, ~ dek pendapatan; ia berasal drpd keluarga yg ~ juga; orang ~ a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; 2. = Maha K~ Maha Besar, Maha Berkuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha K~; 3. = ~ dgn (sesuatu) banyak mempunyai atau mengandungi (dlm berbagai-bagai erti): buah betik ~ dgn vitamin A dan C; negeri yg ~ dgn sumber alam; seorang lelaki tua yg ~ dgn pengalaman; bahasa yg ~ bahasa yg banyak kata-katanya (ungkapannya dll); ~ anak banyak anak; ~ hati (orang yg) mulia hatinya, dermawan, pemurah; ~ hutang (orang yg) banyak hutangnya; ~-raya kaya sekali (besar), sangat kaya; (orang) ~ baru (orang yg) baru menjadi kaya; hendak ~ berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani; kalau ibu ~, anak jadi puteri, kalau anak ~, ibu jadi budak prb perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak; orang baru ~ jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi prb sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah; orang ~ suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia prb orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian); tak ~ oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang prb hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang; mengayakan menjadikan kaya (berharta atau berwang banyak); memperkaya 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyak­nya (luasnya dsb), memperbanyak atau mem­perluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera; terkaya kaya sekali, paling kaya; kekayaan 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; pemerkayaan perbuatan (proses) menjadi­kan sesuatu bertambah (makin) kaya: kemasukan pengaruh bahasa asing memang memainkan peranan penting dlm ~ bahasa Indonesia; pengayaan perihal (usaha, proses, dsb) me­ngayakan: pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~ atau peluasan perbendaharaan kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw seperti, sebagai, macam: ~ anjing liar bergerombolan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : seri kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 banyak mempunyai harta (wang dll): Dialah yg ~ sekali di kampung ini. 2 mempunyai kuasa (bkn Tuhan): Tuhan Maha ~. 3 banyak mempunyai sesuatu (spt zat, vitamin): Buah betik ~ dgn vitamin A dan C. ~ hati suka menolong orang miskin dll; mulia hati. ~-raya sangat kaya. mengayakan menjadikan atau menyebabkan kaya. memperkaya menjadikan bertambah kaya; menyebabkan semakin kaya. terkaya kaya sekali; paling kaya. kekayaan 1 perihal (keadaan) kaya: Berita ~ Melaka sampai ke sana. 2 kekuasaan; kebesaran: keadilan dan ~ Tuhan. 3 segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang. pengayaan perbuatan atau hal mengayakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pisang raya samanya raya,
     Pisang kulilit masak di hujung;
Tuan kaya samalah kaya,
     Kami miskin mencari untung.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.

 

Lihat selanjutnya...(93)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
filthy~ rich, (colloq) kaya-raya, kaya /betul, sungguh/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creaminessn 1. quality of being rich in cream, /kaya, penuh/ dgn krim: the ~ of the custard, kastard yg kaya dgn krim; 2. (of voice) kelunakan; 3. (of colour) putih kuning; 4. quality of being soft and smooth, kelembutan dan kehalusan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gosemakin kaya; i. continue without change, berterusan: this state of affairs can’t ~ on forever, keadaan ini tdk boleh berterusan selama-lamanya; j. continue (doing st) terus: he ~es on trying, dia terus mencuba; k. continue living, terus hidup; l. be turned on, dipasang: the lights ~ on at 6.30 p.m., lampu-lampu dipasang pd pukul 6.30 petang; m. act according to, judge by, [various translations]: there’s not enough evidence to ~ on, tdk ada bukti yg cukup utk dijadikan asas bertindak; we cannot ~ on his account entirely, kita tdk boleh bertindak berdasarkan ceritanya sahaja; be ~ne on so., tergila-gilakan sso; ~ on /holiday, a picnic, etc/, pergi /bercuti, berkelah, dll/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gildedadj 1. covered with thin layer of gold or gold paint, bersepuh (air emas): a ~ dome, kubah bersepuh air emas; 2. wealthy and upper-class, kaya raya: he had a ~ youth, semasa muda dia kaya raya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dissoluteadj tdk bermoral: the ~ rich, orang-orang kaya yg tdk bermoral.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fortunen 1. wealth, large sum of money, harta /yg banyak, kekayaan/, kekayaan: he inherited a ~ from his aunt, dia mewarisi harta yg banyak drpd ibu saudaranya; a man of ~, orang yg sangat kaya; come into a ~, tiba-tiba memperoleh kekayaan; cost (so.) a ~, /terlalu, sangat/ mahal: the house costs him a ~, rumahnya terlalu mahal; make a ~, menjadi sangat kaya; a small ~, setambun wang: she spent a small ~ on clothes, dia menghabiskan setambun wang utk membeli pakaian; marry a ~, berkahwin dgn orang yg sangat kaya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
formerlyadv dahulu(nya), dulu(nya): he was ~ wealthy, dahulu dia kaya-raya; Kota Kinabalu, ~ Jesselton, is the capital of Sabah, Kota Kinabalu, dulunya Jesselton, ialah ibu negeri Sabah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
formulatevt 1. devise, merumuskan: they ~d a plan for the relief of the flood victims, mereka merumuskan rancangan utk membantu mangsa-mangsa banjir; 2. express (st) in particular wording, mengungkapkan: “the rich get richer and the poor get poorer” is how I would ~ it, “yg kaya makin kaya, yg miskin bertambah miskin” begitulah cara saya akan mengungkapkannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apevt meniru: to ~ the life-style of the rich, meniru gaya hidup orang kaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
enrichvt 1. make rich, (act.) mengayakan, memperkaya; (pass.) menjadi kaya: his dealings on the stock market have ~ed him considerably, urusniaganya di pasaran saham telah mengayakannya; 2. improve the quality of, memperkaya: food manufacturers often ~ their products with additional vitamins, pengilang makanan sering memperkaya keluaran mereka dgn vitamin tambahan; soil ~ed with manure, tanah yg diperkaya dgn baja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas