Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ben.da.an] | کبنداءن

Definisi : 1. segala yg berupa benda (barang berharga dll): masyarakat yg gila ~; 2. bersifat (berupa) benda: keperluan ~; memberi sokongan semangat dan ~; 3. bersifat gila akan harta benda: manusia sekarang terlalu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ben.da.an] | کبنداءن

Definisi : 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebendaan


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
acquisitiveadj (bersifat) cenderung /memperoleh, menghimpunkan/ harta benda; (of mind) bersifat cenderung /menimba, memperoleh/ ilmu pengetahuan; an ~ /person, society/, /orang, masyarakat/ yg berkeinginan memiliki kebendaan; ~ instinct, naluri ingin milik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
debasevt 1. render base, a. (gen), (act.), /menjatuhkan, menurunkan/ nilai; (pass.) nilai [sst] /jatuh, turun/: the old way of life has been ~d by growing materialism, nilai hidup cara lama telah turun disebabkan sikap mementingkan kebendaan yg bertambah; b. (os), /merosakkan, menjatuhkan/ maruah: to ~ os by accepting bribes, merosakkan maruah diri dgn menerima rasuah; c. (style) merendahkan mutu: he ~d his style by including too many details, dia merendahkan mutu gaya penulisannya dgn memasukkan butir-butir yg terlalu banyak; d. (word, language, etc) mencemarkan; 2. (coin) menurunkan nilai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas