Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dut] | کدوت

Definisi : kerut (pd kulit dll), renyuk-renyuk (pd kain, kertas, dll), ropol (pd kain); berkedut berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya mengham-pirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; mengedut menjadi berkedut (berkerut, ber­lipat-lipat, beropol-ropol); mengedutkan menjadikan berkedut atau berlipat-lipat (kulit dll), mengerutkan (kulit dll), meropolkan (kain dll): ia duduk termenung, sambil ~ dahinya memikirkan perkara tersebut; kedutan lipat-lipatan (pd kulit, kain, dll), renyuk-renyuk (pd kertas dll): jahitan pd ~ kain itu hendaklah teguh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dut] | کدوت

Definisi : ark; mengedut merentap, meragut, merampas, merebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dut] | کدوت

Definisi : Jw ark getaran atau denyutan urat (dipercayai mengalamatkan sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dut] | کدوت

Definisi : , = kedutan kerut (pd kulit); renyuk (pd kain, kertas dsb); ropol (pd kain dll). (penyakit) ~ daun penyakit pd tumbuh-tumbuhan yg menyebabkan daun menjadi berkedut-kedut oleh sebab virus. berkedut tidak licin; berkerut: Bajunya ~. Dahinya ~ memikirkan sesuatu. mengedut menjadi berkedut (berkerut). mengedutkan menjadikan berkedut; mengerutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedut (kata nama)
1. Dalam konteks kain
bersinonim dengan ropol, renda, lipat, kusut, ronyok, kumal berkerumuk,

2. Dalam konteks kertas
bersinonim dengan renyuk, berkerumuk, kumal,

3. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan keresot, kerut, keretot, lisut, kempis, susut, kecut, kerdut, kesut, kerepot, gelembur, lisu, kerunyut, gedeber, kerunyut,

Kata Terbitan : berkedut, mengedut, mengedutkan, kedutan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
gathern (usu in pl) kedut lepas, kedutan, kedut-kedut: she made ~s at the sleeves of the dress, dia membuat kedutan pd lengan baju itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creasen 1. line made, a. (by crushing) kesan /renyuk, ronyok/, kedut: to iron out the ~s in the dress, menyeterika kedut-kedut pd baju itu; b. (by folding, pressing) kesan lipatan; (on leg of trousers, sleeve, etc) said, lipatan: the ~ in your trousers is not straight, said seluar kamu tdk lurus; 2. wrinkle (esp on face) kedut: ~s on the old man’s face, kedut-kedut di muka orang tua itu; 3. (cricket) paduk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
iron~ st out, a. flatten (creases in clothes etc) by ironing, /menggosok, menyeterika/ sst: she ~ed out the wrinkles in her dress, dia menyeterika kedut-kedut pd bajunya; b. remove, put right (problems, misunderstandings, difficulties) menyelesaikan: he tried to ~ out the differences between them, dia mencuba menyelesaikan perselisihan pendapat antara mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
agedadj 1. old, tua: an ~ man, seorang lelaki tua; the ~, orang-orang tua: a home for the ~, rumah utk orang-orang tua; 2. of, characteristic of old age, tanda tua: ~ wrinkles, kedut-kedut tanda tua; 3. of the age of, berumur, berusia: a boy ~ twelve, budak lelaki yg berumur dua belas tahun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exaggeratevt 1. enlarge (st) beyond the truth, membesar-besarkan: as usual she ~d her difficulties, spt biasa dia membesar-besarkan kesukarannya; 2. cause to appear more obvious, menonjolkan lagi [sst]: the gathers ~s the largeness of her bosom, kedut-kedut itu menonjolkan lagi buah dadanya yg besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crinklen wrinkle, kedut; (in paper, material) renyuk, ronyok, kedut: to smooth out the ~s in the paper, melicinkan renyuk-renyuk pd kertas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fullnessn 1. condition of being satiated, penuh(nya), kekenyangan: he had an uncomfortable feeling of ~ after the meal, dia berasa tdk selesa krn perutnya penuh selepas makan; 2. (of part of person’s body) kemontokan, montok, penuh: the gathers emphasised the ~ of her breasts, kedut-kedut itu menyerlahkan kemontokan buah dadanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crow’s-footn (usu in pl) kedut di sudut mata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gatheredadj (of dress etc) berkedut lepas, dibuat berkedut-kedut: a ~ skirt, skirt berkedut lepas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
furrown 1. trench made by a plough, alur; 2. deep groove on the forehead etc, kerut, kedut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas