Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hai.ra.nan] | کحيرانن

Definisi : 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia ter­cengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihirau­kan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hai.ra.nan] | کحيرانن

Definisi : = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan; sangat hairan: Dia tercengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu. 2 keadaan atau rasa hairan: Keadaan pelik itu menimbulkan ~ di kalangan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hairan
1. Bersinonim dengan aneh
( ganjil, pelik, luar biasa, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kagum
( takjub, terpesona, terkejut, terperanjat, kaget, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghairankan, terhairan-hairan, kehairanan,

Peribahasa

Seperti rusa masuk kampung.

Bermaksud :

Tercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau terkejut oleh gong).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
astonishmentn 1. amazement, kehairanan, rasa hairan: ~ was written on his face, kehairanan terbayang di wajahnya; in ~, dgn hairannya, kehairanan: he looked at me in ~, dia memandang saya dgn rasa hairan; to so’s ~, sso hairan: to my ~, he jumped into the river, saya hairan apabila dia terjun ke dlm sungai itu; 2. cause of amazement, /(sst, sso)/ yg menghairankan: he is a never-ending ~ to his parents, dia sentiasa menghairankan ibu bapanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
amazementn kehairanan, kekaguman; in ~, dgn /hairan, kagum/: to stare at so. in ~, merenung sso dgn hairan; to so’s ~, yg /sungguh menghairankan, mengagumkan/ sso: to his ~ the girl did not even utter a word of protest, yg sungguh menghairankannya ialah bahawa gadis itu tdk membantah sama sekali.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas