Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.las] | کلس

Definisi : 1. bilik (tempat) belajar, bilik darjah: murid-murid masuk ke ~ beramai-ramai; 2. perkumpulan utk mempelajari sesuatu; ~ lukisan (tarian, jahit-menjahit, masakan, dll) perkumpulan yg bertujuan mempelajari seni lukis (seni tari, jahit-menjahit, cara-cara me­masak, dll); ~ persediaan kelas tempat penuntut-penuntut diberi latihan khas sebelum mengikuti pelajaran yg khusus atau mendalam; 3. peringkat, tingkatan (pelajaran yg diikuti): pelajar-pelajar ~ rendah; 4. golong­an atau kumpulan (dlm masyarakat) yg berbeza antara satu sama lain atas ciri-ciri tertentu (spt taraf hidup, kedudukan sosial berdasarkan asal keturunan dll): beliau meramalkan berlakunya pertentangan ~ atau golongan-golongan dlm masyarakat; 5. golongan, kumpulan (berdasarkan per­samaan pelbagai sifat yg tertentu): manusia termasuk dlm ~ binatang mamalia; 6. baha­gian, kategori, kumpulan (berdasarkan ting­katannya yg tertentu): pemborong-pemborong ~ E; ~ atasan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling tinggi, mis kaum bangsawan; ~ bawahan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling rendah, mis buruh, petani dsb; ~ dewasa perkumpulan yg terdiri drpd orang-orang dewasa utk belajar membaca dan menulis; ~ ekonomi kelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah; ~ kambing bp tingkatan (taraf) yg paling rendah, kelas (bahagian) yg paling murah bayaran yg di­kenakan kpd penonton (di panggung wayang dll); ~ kata (Lin) golongan kata; ~ menengah golongan masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan, termasuklah ahli perniagaan dan profesional spt peguam, akauntan, doktor dsb; ~ pertengahan kelas menengah; berkelas termasuk dlm kelas (golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu): memang terdapat jurang sosial yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah; berkelas-kelas berasing-asing dlm kedu­dukan (ada yg tinggi dan ada yg rendah tarafnya), berpangkat-pangkat, bertingkat­tingkat: yg menarik hatinya ialah masyarakat di situ masih ~; mengelaskan membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kpd berbagai-bagai golongan (kumpulan, tingkatan, dll), menen­tukan kelas sesuatu: ahli-ahli kimia ~ bahan-bahan kimia mengikut suatu sistem tertentu; pengelasan perihal atau perbuatan me­ngelaskan, pembahagian (pengasingan) kpd kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll); ~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kpd jenis (kumpulan) tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.las] | کلس

Definisi : antara pasang dan surut; mengelas pasang perbani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.las] | کلس

Definisi : ; mengelas; ~ daging mengem­pukkan daging seketika (sebelum digoreng). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.las] | کلس

Definisi : 1 ruang (di sekolah dsb) tempat belajar; bilik darjah: Apabila guru masuk ke dlm ~, semua murid berdiri dan memberi hormat. 2 kumpulan bagi mempelajari sesuatu: ~ dewasa kumpulan orang dewasa yg belajar membaca dan menulis; ~ tarian kumpulan orang yg belajar seni tari. 3 kumpulan yg termasuk dlm sesuatu golongan (taraf, jenis, peringkat dll) tertentu: ~ menengah; ~ atasan. ~ ekonomi kelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah. ~ kata golongan kata. ~ kambing a. pangkat atau taraf yg paling rendah. b. bahagian (tempat) yg paling murah di panggung wayang. ~ sosial kelas (golongan) dlm masyarakat yg bertingkat-tingkat menurut taraf hidup, asal keturunan dsb. berkelas termasuk dlm kelas, golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu: Terdapat jurang yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah. berkelas-kelas berpangkat-pangkat; bertingkat-tingkat; berperingkat-peringkat: Tidaklah benar bahawa hanya di negara kapitalis saja manusia hidup ~. mengelaskan membahagi-bahagikan sesuatu kpd golongan atau kumpulan tertentu: Pustakawan ~ buku-buku kpd beberapa kumpulan. pengelasan perbuatan atau hal mengelaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelas (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkatan, golongan, kumpulan, bahagian, kategori;,
Kata Terbitan : sekelas, berkelas-kelas, mengelaskan, pengelasan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
classn 1. order of society, kelas, golongan: the upper ~, kelas atasan; the working ~, kelas pekerja; 2. group of persons taught together, kelas; 3. teaching session, kelas: the history ~, kelas sejarah; 4. (of university degree, examination results) kelas: first ~ honours, kepujian kelas pertama; 5. division according to quality, kelas: economy ~, kelas ekonomi; 6. category, kelas: pine trees belong to the evergreen ~, pokok pain termasuk dlm kelas malar hijau; 7. (colloq) distinction, kelas: her performance had no ~, persembahannya tdk ada kelas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
first-classadv dlm kelas satu: we flew ~, kami terbang dlm kelas satu; n kelas satu; (of mail) mel kelas satu: you can’t sit here sir, this is ~, encik tdk boleh duduk di sini, ini kelas satu; ~ gets there quicker, mel kelas satu lebih cepat sampai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
first-classadj 1. of the best type, a. (of accomodation etc) kelas satu: a ~ ticket to Istanbul, tiket kelas satu ke Istanbul; two weeks in a ~ hotel, menginap dua minggu di hotel kelas satu; this train only has one ~ carriage, kereta api ini mempunyai hanya satu gerabak kelas satu; b. (of mailing system) kelas pertama: a ~ postage stamp costs 29 pence, setem kelas pertama berharga 29 pence; ~ mail reaches its destination within 24 hours, mel kelas pertama sampai ke destinasinya dlm masa 24 jam; c. (of academic degrees) kelas /satu, pertama/: ~ honours in mathematics, kelas satu dgn kepujian dlm matematik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bantamweightn 1. (boxer) petinju kelas bantam; 2. (wrestler) ahli gusti kelas bantam; 3. (class, category), (kelas) bantam: ~ champion, juara (kelas) bantam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
classlessadj tdk berkelas, tanpa kelas: ~ society, masyarakat tanpa kelas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
economy4. (of class of air travel) kelas ekonomi; (attrib) ekonomi: ~ class, kelas ekonomi; 5. (of packaged product), (attrib) ekonomi: ~ pack, pek ekonomi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cut-glassadj upper-class, kelas atasan: the Duchess has a typical, ~ accent, Duchess itu bercakap dgn telor kelas atasan yg tipikal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
evening classn kelas malam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
class-roomn kelas, bilik darjah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cabin classn kelas kabin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas