Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ring] | کريڠ

Definisi : 1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): saluran air yg membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; 2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi): digosoknya dgn sehelai kain yg ~ hingga berkilat; sudah pun ~ kain yg dijemur itu; ikan ~ ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dgn air gula); 3. tidak mendapat hujan yg agak mencukupi (bkn daerah, kawa­san, dsb), tidak turun hujan utk jangka waktu yg berpanjangan (bkn musim), kemarau: kawasan ~; musim ~; 4. sudah tidak datang haid lagi; 5. tidak berwang (lagi), habis (wang dll): saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; 6. habis, putus: sejarah tidak ~ dgn peristiwa; ~-~ air tidak kering sama sekali, lembap; ~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat ter­kejut); ~ embun pagi hari kira-kira pukul 8 ­9 pagi; tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dll); ~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); ~ kersang kering tidak subur (bkn tanah); ~ ringkai kering sekali (bkn sesuatu yg dijemur); mengering menjadi kering; mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering; mengeringkan menjadikan kering, meng­usahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); kekeringan 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; pengeringan perihal (perbuatan dsb) menge­ringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah; pengering alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ring] | کريڠ

Definisi : bunyi spt bunyi loceng basikal; berkering berbunyi spt bunyi loceng basikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ring] | کريڠ

Definisi : sj ikan laut, Centriscus scutatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ring] | کريڠ

Definisi : 1 tidak berair: daun ~; Baju yg dijemur itu sudah ~. 2 tidak turun hujan; kemarau: musim ~. 3 ki habis wangnya; tidak berwang. mengering menjadi kering. mengeringkan menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. kekeringan 1 sifat atau keadaan kering. 2 (telah) menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3 ki kehabisan wang. pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengering atau mengeringkan: Getah keping itu dijadikan beralur-alur atau berbunga utk mempercepat proses ~. pengering alat utk mengeringkan sesuatu: ~ rambut; balang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kering (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang, dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi,
Berantonim dengan basah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,

3. Dalam konteks durian
bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,

Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan,

Puisi
 

Kucing kurus menggaru papan,
     Papan bernama papan jati;
Kurus kering bukan tak makan,
     Kurus kering memakan hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Kering tempayan,
     cebok pun jauhlah.

Bermaksud :

Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
inexhaustibleadj 1. that cannot be used up, tdk /habis-habis, akan habis/; (of spring) tdk /akan kering, kering-kering/: an ~ supply of wheat, bekalan gandum yg tdk akan habis; ~ patience, sabar betul, terlalu sabar: her patience seems ~, dia nampaknya sabar betul; so’s patience is not ~, sso bukannya sabar sangat: “My patience is not ~,” she said, “Saya ini bukannya sabar sangat,” katanya; 2. untiring, tdk kenal /lelah, penat/: he is ~ in his endeavours, dia tdk kenal lelah dlm usahanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bone-dryadj kering-kontang, kering-kerontang: a ~ well, telaga yg kering-kontang; (of clothes) kering ringkai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drydrpd telaga minyak itu sudah kering sekarang; 8. without sufficient rainfall, kering: we have had a very hot, ~ summer, musim panas kali ini kering dan berbahang; for the wild animals, life is difficult in the ~ season, bagi binatang-binatang liar, kehidupan sukar dlm musim kering; ~ climate, iklim kering; 9. (colloq) thirsty, tekak [sso] kering, [sso] kering tekak, haus, dahaga: I’m so ~ I could drink a gallon of water, kering betul tekak saya, segelen air pun saya boleh minum; 10. having little saliva, kering: his mouth felt ~ after the injection, mulutnya berasa kering selepas dia diberi suntikan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dryadj 1. not watery, kering: come and stand over here where the ground is ~, mari berdiri di tanah yg kering ini; ~ land, land that is not under water (esp the sea) darat: they were relieved when they reached ~ land, mereka berasa lega apabila sampai di darat; 2. not damp or wet, kering: are the clothes ~ yet?, adakah baju-baju itu sudah kering?; he stood in front of the fire until he was ~, dia berdiri di hadapan api sehingga kering; 3. having lost moisture, kering: my lips are ~ and cracked, bibir saya kering dan pecah-pecah; the ground was ~ and dusty, tanah itu kering dan berdebu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
desiccatedadj kering: ~ coconut, kelapa kering.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
driedadj kering: ~ fruit, buah-buahan kering.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drip-dryadj titis kering: a ~ shirt, kemeja titis kering.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
emaciatedadj kurus kering: the prisoners were ~ and listless, banduan-banduan itu kurus kering dan tdk bermaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dry-shodadj (old-fashioned) kasut [sso] kering: the children are at least ~, kasut kanak-kanak itu sekurang-kurangnya kering;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dry~ up, a. become dry, (menjadi) kering: the streams all dried up during the drought, semua anak sungai itu menjadi kering semasa kemarau; b. (UK) dry dishes, mengelap pinggan: he usually helps to ~ up after dinner, dia selalunya menolong mengelap pinggan selepas makan malam; c. cease, run out, kehabisan, habis: his ideas seemed to up after he moved here, dia kehabisan idea setelah berpindah ke sini; ~ st up, make st dry, mengeringkan sst: the heat of the summer dried up the creeks, haba musim panas telah mengeringkan caruk-caruk itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas