Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ru.si] | کروسي

Definisi : 1. sj tempat duduk yg ada kaki dan tempat bersandar (dan biasanya juga tempat meletakkan tangan); 2. ki kedudukan (dlm persidangan, Parlimen, dll), jawatan: parti pembangkang mendapat beberapa buah ~ dlm Majlis-Majlis Undangan Negeri; Malaysia telah melantik wakilnya utk menduduki ~ dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; berebut ~ berebut (menerusi pilihan raya dll) utk mendapat kedudukan dlm Parlimen (majlis undangan, persidangan, dll); 3. (Eko) keahlian seseorang atau organisasi dlm sesuatu bursa saham; ~ anjal sj kerusi yg dapat melentingkan juruterbang keluar dr pesawat ketika kecemas­an; ~ elektrik kerusi bercas elektrik tempat penjenayah menjalani hukuman mati; ~ goyang kerusi yg boleh bergoyang-goyang apabila diduduki orang; ~ lenting kerusi anjal; ~ malas kerusi yg menganjur panjang (utk berbaring); ~ panas ki a) kedudukan seseorang dlm sesuatu jawatan tertinggi yg me­merlukan seseorang itu memikul tanggung­jawab yg berat, berisiko tinggi serta perlu membuat keputusan dan tindakan dgn segera; b) jawatan atau kedudukan tertinggi dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, pertandingan dll yg menjadi rebutan atau selalu bertukar ganti penjawatnya: ~ panas pengurus skuad badminton negara; ~ panjang kerusi yg panjang (digunakan sbg pembaringan atau tempat duduk bagi dua atau tiga orang); ~ rehat = ~ seti kerusi atau tempat duduk panjang (utk dua atau tiga orang); ~ roda sj kerusi beroda utk kegunaan orang cacat anggota atau orang sakit; ~ serang (Marin) sj kerusi kayu yg digunakan utk menurunkan atau menaikkan pekerja ketika menyenggara atau mengecat kapal; ~ tangan kerusi yg mempunyai pemegang di sisinya (utk meletakkan tangan); ~ urut kerusi yg direka bentuk khas utk mengurut bahagian tertentu badan secara getaran; mempengerusikan 1. menjadi atau berlaku sbg ketua persidangan (perhimpunan, me­syuarat, dsb), memimpin, atau mengendalikan mesyuarat dsb (supaya segala perbincangan dan urusan berjalan dgn licin dan teratur): Perdana Menteri membuat pengumuman demikian sejurus setelah ~ sidang mingguan kabinet; 2. mengetuai dan memimpin (per­tubuhan, suruhanjaya, jawatankuasa, dll): Suruhanjaya ini di pengerusikan oleh Hakim Besar; pengerusi 1. ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertu­buhan dll): ~ Lembaga Pengarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ru.si] | کروسي

Definisi : 1 tempat duduk yg diberi berkaki serta tempat bersandar (kadang-kadang diberi tempat letak tangan juga): ~ malas kerusi yg dpt dianjurkan supaya menjadi panjang utk tempat berbaring dsb. 2 ki kedudukan atau jawatan (dlm mesyuarat, parlimen dll): Parti pembangkang telah mendapat lima buah ~ dlm pilihan raya itu. ~ anjal kerusi yg dpt melentingkan juruterbang keluar dr pesawat ketika berlaku kecemasan. ~ elektrik kerusi bercas elektrik tempat penjenayah (pesalah) menjalani hukuman mati. pengerusi 1 ketua dlm mesyuarat dll. 2 pemimpin jawatankuasa, pertubuhan dll: ~ Lembaga Pengelola. mempengerusikan 1 mengendalikan atau menjadi ketua dlm mesyuarat dll: Timbalan Perdana Menteri telah ~ sidang mingguan kabinet. 2 mengetuai jawatankuasa, pertubuhan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerusi (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatan: kedudukan

2. Bersinonim dengan seliri: bangku, sofa, amben, balai,

3. Bersinonim dengan takhta: singgahsana

Kata Terbitan : mempengerusikan, pengerusi,

Puisi
 

Ambil kerusi dalam puan,
     Alun-alun tepi jeraya;
Sampai hati kakanda tuan,
     Dibuang lalu kepada saya.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
arrangevt 1. put into order, a. (gen) mengatur, menyusun: the chairs were ~d in rows, kerusi-kerusi itu diatur berbaris-baris; to ~ the books in the library, menyusun buku di perpustakaan; the pleats were so ~d that the flaw in the material was hidden, lisu-lisu itu disusun dgn sebegitu rupa sehingga cacat pd kain itu tdk ketara; to ~ a timetable, menyusun jadual waktu; b. (some responsibility etc that needs attention) mengurus: he ~d his business affairs before going abroad, dia mengurus urusan perniagaannya sebelum pergi ke luar negeri; c. (flowers) menggubah, menyusun; d. (hair) mendandan; e. (clothing, part of clothing) membetul-betulkan: she sat down, carefully arranging her skirt, dia duduk dan dgn cermat membetul-betulkan skirtnya; f. (place) menyiapkan: the hall has been ~d for the concert, dewan itu telah disiapkan utk pertunjukan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chairn 1. separate seat, kerusi; 2. professorship, kerusi: to be appointed to the ~ of Mathematics, dilantik mengisi kerusi Matematik; 3. office of chairperson, jawatan sbg pengerusi: to give up the ~, meletakkan jawatan sbg pengerusi; 4. one who presides at a meeting etc, pengerusi; /be in the, take the/ ~, menjadi pengerusi: he took the ~ at the first meeting, dia menjadi pengerusi mesyuarat yg pertama itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
anya. (when non-emphatic in Malay) approp n, -nya: he needed some money; unfortunately I didn’t have ~, dia memerlukan wang; sayangnya saya tdk ada wang; no job and no prospect of ~, tdk ada kerja dan tdk ada harapan utk mendapatnya; b. (when emphatic in Malay) mana-mana (pun), mana-mana (saja): I need some chairs. Can I take ~ of these?, saya memerlukan kerusi. Boleh saya ambil mana-mana di antara kerusi-kerusi ini?; choose ~ you like, pilihlah mana-mana saja yg kamu sukai; c. (foll “as”) yg lain-lain: scenery as beautiful as ~ in the Seychelles, pemandangan yg secantik pemandangan yg lain-lain di Seychelles; d. (in conditional sentences) ada, mana-mana: if ~ of the tapes should be lost, you will be held responsible, jika ada yg hilang di antara pita-pita ini, kamu akan dipertanggungjawabkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hot seatn (sl) 1. kerusi elektrik; 2. (fig.) kerusi panas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jump seatn 1. (in aircraft) kerusi lipat pesawat; 2. (in motorcar) seat that can be folded, kerusi lipat (kereta).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
armchairn kerusi tangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ladder-backn kerusi yg sandarannya berpalang-palang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
high chairn kerusi tinggi budak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ejection seatn kerusi lenting.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
easy chairn kerusi malas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas