Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.san] | کسن

Definisi : 1. tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu, bekas: banyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu; kelihatan ~-~ pahat pd tiang seri rumah itu; terdapat ~-~ jari pd senjata yg digunakan itu; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yg timbul drpd sesuatu keja­dian (keadaan, perbuatan, tindakan, dll), kesudahan (hasil, akibat) drpd sesuatu, efek: kebersihan akan memberi ~ yg baik kpd perniagaan; penderitaan rakyat adalah ~ besar drpd peperangan yg belum tamat itu; 3. pengaruh (pd pemikiran, sikap, watak, dsb) yg timbul akibat drpd menyaksikan (men­dengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yg mendalam kpd pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yg timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yg turut timbul selain drpd kesan utama yg dikehendaki atau yg telah dijangkakan; berkesan 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menim­bulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkembangan dsb), efektif: kerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; keberkesanan perihal berkesan, berkesan­nya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; mengesan 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan se­suatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; mengesani mengesan sesuatu, menjejaki: dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yg dapat diingatnya; mengesankan meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dll): berus yg bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas; memperkesankan menyebabkan berkesan; terkesan mendapat kesan (setelah memer­hatikan, mendengar, dll): jika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~; pengesanan perihal atau perbuatan mengesan; pengesan sesuatu (alat dll) utk mengesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.san] | کسن

Definisi : 1 tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu; bekas tapak kaki dll; jejak: Kami tidak melihat sebarang ~ manusia di situ. 2 sesuatu yg timbul drpd sesuatu kejadian; akibat: Peperangan akan meninggalkan ~ yg buruk kpd rakyat. 3 perasaan atau fikiran yg timbul setelah membuat (membaca dll) sesuatu: Ucapannya tadi menimbulkan ~ yg kurang baik. berkesan 1 meninggalkan kesan atau bekas: Tumbukan dan tendangan budak-budak nakal itu ~ di tubuhnya. 2 menimbulkan atau mendatangkan akibat, perubahan dll: Apakah tindakan yg paling ~ utk mencegah penyeludupan? keberkesanan keadaan atau hal berkesan (bkn tindakan, peraturan dsb). Mereka sedang mengkaji ~ tindakan yg diambil terhadap murid-murid yg tidak berdisiplin. mengesan 1 mencari sesuatu dgn mengikut kesan; mengekori: Pihak polis sedang ~ perompak-perompak yg lepas lari itu. 2 menandakan perjalanan atau kedudukan sesuatu (pd kertas dll): Radar dpt ~ perjalanan kapal-kapal di selat itu. mengesankan meninggalkan kesan: Kejadian itu ~ kehampaan di hatinya. Kata-kata yg pedas itu sangat ~. pengesan 1 alat (radar dll) atau sesuatu yg digunakan utk mengesan sesuatu. 2 orang yg pandai mengesan (mengikut jejak) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
blurn 1. blot, smear, /bekas, kesan/ (+ approp n): the manuscript was full of ~s, manuskrip itu penuh dgn kesan-kesan dakwat; a large ~ of ink made half the page difficult to read, kesan dakwat yg besar menyebabkan setengah drpd halaman muka surat itu sukar dibaca; 2. st indistinct, (lit. & fig.) kabur, samar-samar, redam, kelam: without her glasses anything distant was a ~ to her, tanpa kaca mata apa-apa yg dilihatnya di kejauhan kelihatan kabur; events leading to the accident were a ~ in her mind, segala peristiwa yg membawa kpd kemalangan itu kabur dlm ingatannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deleteriousadj harmful, a. (to health ) merosakkan kesihatan: the ~ effects of glue-sniffing, kesan-kesan menghidu gam yg merosakkan kesihatan; b. (to mind ) merosakkan fikiran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brieflyadv 1. in a brief way, secara ringkas: an attempt to survey ~ the effects of pollution, usaha utk meninjau kesan-kesan pencemaran secara ringkas; 2. in brief, pendeknya, ringkasnya, pendek kata: ~, the procedure adopted consisted of..., pendeknya, prosedur yg digunakan terdiri drpd...; 3. for a short time, dlm masa yg /singkat, pendek/; (for an instance) sebentar, sekejap: he served as Prime Minister ~ in the fifties, dia menjadi Perdana Menteri utk masa yg singkat dlm tahun 50-an; she came in ~ to greet me, dia masuk sebentar utk menyapa saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
economyn 1. (system for the) management of resources, ekonomi: inflation would have adverse effects on the country’s ~, inflasi akan mendatangkan kesan-kesan buruk thdp ekonomi negara; agricultural ~, ekonomi pertanian; 2. avoidance of waste, cermat, hemat, jimat: the household is run with considerable ~, rumah itu diurus dgn begitu cermat; practise ~, berjimat, bercermat, berhemat; 3. instance of avoiding waste, berjimat, bercermat, berhemat: buying cheap cloth is a false ~, membeli kain murah bukan sebenarnya berjimat; with some small economies, you should be able to save more money, dgn berjimat sedikit-sedikit kamu dapat menyimpan lebih banyak wang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
calculableadj 1. computable, dapat /dikira, dihitung/: ~ losses, kerugian yg dapat dikira; 2. ascertainable beforehand, estimable, dapat diperhitungkan (terlebih dahulu): the effects of o’s actions are not always ~, kesan-kesan tindakan sso tdk selalunya dapat diperhitungkan terlebih dahulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
effectn 1. result, a. (gen) kesan: the drug has a strong ~, ubat itu membawa kesan yg kuat; the ~ of light on plants, kesan cahaya thdp tumbuh-tumbuhan; b. (adverse) akibat: the ~s of an earthquake, akibat gempa bumi; c. (indirect) influence, pengaruh: the ~ of rain on plant growth, pengaruh hujan thdp pertumbuhan pokok; 2. impression, kesan: the colours produce a fascinating ~, warna-warna itu menimbulkan kesan yg amat menarik; sound ~s, kesan bunyi; 3. (in pl) goods, barang-barang: household ~s, barang-barang rumah; personal ~s, barang-barang peribadi; 4. (phys) kesan: Doppler ~, kesan Doppler;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
after-tasten 1. rasa kesan; 2. (fig.) kesan: the ~ of a divorce, kesan perceraian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chafen kesan /lecet, lelas/: the horse has a ~ on its back, terdapat kesan lecet pd belakang kuda itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bloodstainedadj mempunyai /kesan, bekas/ darah, /berkesan, berbekas/ darah: a ~ knife, pisau yg mempunyai kesan darah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cushionvt 1. soften, lessen (effect of) a. mengurangkan kesan: the thick padding ~ed the blow, lapik yg tebal mengurangkan kesan tumbukan itu; b. (fig.) mengurangkan: the tax cut will ~ the effect of inflation, pengurangan cukai akan mengurangkan kesan inflasi; 2. protect, melindungi: subsidies will be given to the farmers to ~ them against a fall in prices, subsidi diberikan kpd petani-petani utk melindungi mereka drpd kejatuhan harga;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas