Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuah] | کواه

Definisi : air atau cairan drpd gulai (masakan sayur, masakan daging, dll) yg dicurahkan ke dlm nasi dll (apabila makan): ~ gulai ikan; ~ lemak; ~ pedas; ~nya pekat; ~ sama dihirup, sambal sama dicolek prb bersama-sama dlm senang dan susah; ~ tumpah (tertuang, tertunggang) ke nasi a) prb Mn dikatakan mengenai anak yg dikahwinkan dgn kemanakan (anak saudara perempuan); b) ki sememangnya begitu, sudah seharusnya, sudah sewajarnya; ke mana tumpah ~ kalau tidak ke nasi prb baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak turun ke anaknya; harapkan kuning ~ kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan prb oleh kerana mengharapkan keuntungan yg besar (tapi belum tentu diperoleh) keuntungan yg kecil tapi sudah tentu, dilepaskan; berkuah dgn kuah, memakai (ada) kuah: makan ~; ~ air mata ki selalu menderita kesusahan; menguahi memberi berkuah pd, membubuh kuah pd: ~ nasi; menguahkan menjadikan sesuatu sbg kuah: ~ gulai lemak ke nasinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuah] | کواه

Definisi : cairan dlm masakan (terutamanya air gulai, air sayur dll) yg dimakan dgn nasi. berkuah ada kuahnya; dgn kuah: masakan ~. berkuahkan ada atau mempunyai sesuatu sbg kuah: Caca ialah masakan sayur-sayuran yg ~ cuka. menguahi membubuh atau menuang kuah pd: ~ nasi. menguahkan menjadikan sesuatu sbg kuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuah

Puisi
 

Naik bukit bermain angin,
     Makan buah serba rasa;
Sakit sungguh tinggal bermain,
     Makan kuah berair mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kuah tertunggang ke nasi,
     nasi akan dimakan juga.

Bermaksud :

Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
gravyn 1. juice of cooking meat, air daging; 2. sauce, kuah: she made the ~ after roasting the meat, dia membuat kuah selepas memanggang daging.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
French dressingn kuah salad Perancis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
browningn pewarna kuah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dressingn 1. sauce esp for salad, kuah salad; 2. (US), stuffing, inti; 2. bandage, pembalut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boil2~ down, mendidih hingga menjadi (sedikit, pekat dll): the sauce ~ed down to half its original quantity, kuah itu mendidih hingga menjadi setengah jumlah asalnya; ~ st down, a. reduce st by boiling, memasak sst hingga /tinggal sedikit, pekat dll/: ~ the syrup down, masaklah sirap itu hingga pekat; b. summarise, memendekkan, meringkaskan: this long paragraph can be ~ed down to a few sentences, perenggan yg panjang ini dapat dipendekkan menjadi beberapa ayat; ~ down to st, berpokok pd: the whole affair ~ed down to jealousy, semua perkara itu berpokok pd rasa cemburu; what it ~s down to is ..., pokoknya ..., yg pentingnya ...;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dress4. wash, bandage, apply ointment etc to (wound) mencuci dan membalut: the cut was ~ed everyday, luka itu dicuci dan dibalut setiap hari; 5. provide with decoration, display goods, etc, meragahiaskan; (Christmas tree) menghias: they always ~ their shop window attractively, mereka selalu meragahiaskan jendela kedai mereka dgn menarik; 6. a. prepare (chicken, fish, etc) for cooking or selling, menyiang; b. prepare (salad) for eating, membubuh (kuah) pd: don’t ~ the salad yet, jangan bubuh kuah pd salad lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas