Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.bur] | قبور

Definisi : 1. tempat menanam mayat, makam; ahli ~ orang-orang yg sudah meninggal dunia; batu ~ nisan; bunga (pokok) ~ bunga (pokok) yg biasanya ditanam di perkuburan (bunga atau pokok kemboja); 2. = lubang (liang) ~ lubang (liang) di tanah tempat menanam mayat: ~ digali di tempat itu juga dan orang salah duduk di tepi lubang ~; sampai ke lubang (liang) ~ sampai mati; berkubur 1. ditanam (mayat), dikebumikan: di situ tempat ~ pahlawan-pahlawan yg gugur; pd masa peperangan banyak yg mati tidak ~; 2. ki mati (dan dikebumikan): negeri itu sudah menjadi tanah airnya dan di situlah ia akan ~; 3. ki hapus, hilang, tidak dapat diamalkan lagi atau diteruskan: sistem pimpinan cara warisan telah ~ dan munculnya demokrasi; menguburkan 1. menanam mayat, mengebumikan, memakamkan; 2. ki menghilangkan atau menghapuskan, melenyapkan; terkubur 1. dikuburkan, dikebumikan: setelah ~ jenazah Bendahara itu, maka Baginda pun pulang ke istananya; 2. ki hilang, hapus, lenyap: beliau terharu dan kesal kerana banyaknya akhbar tempatan yg ~ begitu sahaja; kuburan tanah tempat menguburkan mayat, makam; perkuburan tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang-orang yg telah mati, permakaman: jenazahnya diusung ke ~; penguburan perihal menguburkan mayat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bur] | قبور

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung malas, burung segan, burung tukang, Caprimulgus macrurus bimaculatas; burung ~ rimba sj burung, burung gua, burung siput, gagak gunung, tiung belacam, Myophoneus flavirostris dicrorhyncus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bur] | قبور

Definisi : 1 tempat menanam mayat; makam. 2 = lubang (liang) ~ lubang dlm tanah tempat menanam mayat. berkubur ditanam atau dikebumikan (bkn mayat); ada kuburnya: Pd masa peperangan, banyak yg mati tidak ~. menguburkan menanam (mayat) dlm kubur; mengebumikan. terkubur 1 telah dikuburkan (bkn mayat). 2 tidak berfungsi atau tidak berjalan (bkn persatuan, parti dll); lenyap: Parti itu ~ dlm tahun 1953. perkuburan kawasan tempat menguburkan mayat; permakaman. penguburan perbuatan atau hal menguburkan; pengebumian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kubur (kata nama)
Bersinonim dengan makam, pusara, jirat, kubah, sentiung, kandang;,
Kata Terbitan : berkubur, menguburkan, perkuburan,

Puisi
 

Lang putih terbang ke kubur,
     Kembang bunga waktu pagi;
Adik putih bangun tidur,
     Macam bunga kembang pagi.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Menabur bunga di atas kubur.

Bermaksud :

Berbuat baik bukan pada tempatnya; membuang tenaga dengan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Membuang bunga ke jirat).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
graveyardn kawasan kubur, perkuburan; (for non-muslims), (kawasan) jirat, perkuburan, kawasan kubur; (for royalty, prophet, venerated national or war hero) permakaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grave 1 n 1. tomb , kubur; (liter.) pusara; (for royalty, prophet, and venerated national or war hero) makam; (for non-muslim) jirat, kubur; 2. (rhet) death, liang lahad: from the cradle to the ~, dr buaian hingga ke liang lahad; he took his secret with him to the ~, dia membawa rahsia itu bersamanya ke liang lahad;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
catacombn kubur bawah tanah, katakom.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gravesiden tepi kubur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gravediggern penggali kubur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bone-yard(sl) kubur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grave 1 beyond the ~, /selepas, sesudah/ mati: many people believe that there is life beyond the ~, ramai orang percaya bahawa ada kehidupan selepas mati; dig o’s (own) ~, menggali kubur (sso) sendiri; go to o’s ~, meninggal (dunia), mati: he went to his ~ believing his own son had betrayed him, dia meninggal dunia dgn mempercayai bahawa anaknya sendiri telah mengkhianatinya; from beyond the ~, dr alam kubur: he claimed he heard voices from beyond the ~, dia mendakwa dia mendengar suara-suara dr alam kubur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cover~ st in, a. (hole), /mengambus, menimbus/ sst: the grave was quickly ~ed in, kubur itu dikambus dgn segera; b. put a roof over, memasang bumbung: the car park will be ~ed in, tempat letak kereta itu akan dipasangi bumbung; ~ so. in st, (usu pass.) be overcome by st, diselubungi sst: he was ~ed in confusion, dia diselubungi kebingungan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foothave one ~ in the grave, (colloq, often humorous) be near death, rumah kata pergi kubur kata mari; in bare feet, berkaki ayam; my ~!, (colloq) sudahlah!; never put a ~ wrong, tdk pernah membuat kesilapan; on ~, (by) walking, (dgn) berjalan kaki; be on o’s feet, a. be standing, berdiri; b. not sit down at all, tdk duduk-duduk: she was exhausted as she had been on her feet all day, dia sangat letih krn tdk duduk-duduk sepanjang hari; c. also be back on o’s feet, recover, (sudah) pulih semula; (after illness), /sihat, pulih/ semula: the company is back on its feet again, and doing wl, syarikat itu sudah pulih semula, dan maju; it was some time before she was back on her feet again, lama juga sebelum dia sihat semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bestrewvt 1. scatter about, menaburi: he ~ed his wife’s grave with flowers, dia menaburi kubur isterinya dgn bunga-bungaan; 2. lie scattered about, /bertaburan, berselerak/; (of dead bodies) bergelimpangan di: children’s toys ~ed the room, mainan kanak-kanak berselerak di dlm bilik itu; leaves ~ the ground in autumn, daun bertaburan di bumi pd musim luruh; corpses ~ed the battlefield, mayat-mayat bergelimpangan di medan pertempuran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas