Definisi : 1. kertas kecil bercetak yg memberi seseorang hak utk mendapat potongan harga bagi sesuatu bayaran atau perkhidmatan ataupun dgn percuma: beginilah di Cheko, setiap orang mengunjungi restoran dgn ~ dlm saku; isilah ~ ini utk mendapatkan buku percuma; 2. Id surat kecil yg menunjukkan faedah (bunga) yg diperoleh (dr bon dll); pajak ~ cukai yg dikenakan pd bunga yg diterima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : surat kecil atau tiket yg boleh ditukarkan dgn barang atau utk membeli barang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)