Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.lat] | لالت

Definisi : sj serangga (yg biasanya hinggap pd benda kotor dan pd makanan); ~ hijau a) sj lalat yg hijau warnanya, Musca vicina; b) ark barua, pinang muda; c) Kl orang yg asyik merungut atau menyanyi; ~ kerbau sj lalat yg suka hinggap di badan kerbau, Oestrus spp.; ~ kuda sj lalat, Tabanus spp.; ~ rumah sj lalat yg biasa terdapat di rumah, Musca domestica; ~ tsetse sj lalat, Glossina spp.; ~ langau mengerumuni bangkai prb orang lelaki yg berhimpun di rumah perempuan jahat; ~ memanglah mencari puru prb lelaki jahat tentulah mencari perempuan jahat; bagai ~ mencari puru prb membuat sesuatu pekerjaan dgn cepat dan tergesa-gesa atau terlalu rakus mengejar keuntungan; belum terbang ~ prb pagi benar; spt ~ buta prb berpusing-pusing tidak tentu arah; tak ada ~ langau prb tidak ada seorang pun; berlalat dihurung lalat: bangkai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lat] | لالت

Definisi : ; bedil ~; ®bedil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lat] | لالت

Definisi : ; mata ~; ®mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lat] | لالت

Definisi : beberapa jenis serangga berkepak yg suka hinggap pd benda-benda kotor dan makanan. ~ hijau a. lalat yg berwarna hijau, Musca vicina. b. ki orang yg buruk perangainya dan gemar melakukan perbuatan yg jahat. ~ rumah nama sj lalat, Musca domestica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lalat

Puisi
 

Ambil parang cuba dikerat,
     Ekornya pendek putus sekerat;
Harimau garang dapat dijerat,
     Mulut ternganga dihurung lalat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Lalat langau mengerumuni bangkai.

Bermaksud :

Orang lelaki yang berhimpun di rumah perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fly-blownadj 1. (of meat etc) penuh dgn telur lalat: a ~ carcass, karkas yg penuh dgn telur lalat; 2. (of objects) kotor dgn tahi lalat: the cupboard was full of ~ cups and saucers, almari itu penuh dgn pinggan mangkuk yg kotor dgn tahi lalat; 3. in bad condition, buruk: a ~ old sofa, sofa lama yg buruk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
houseflyn lalat (rumah).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
horse-flyn (lalat) pikat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
green bottlen lalat hijau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flywhiskn pengibas lalat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crane-flyn lalat kekeria.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fly-swattern pemukul lalat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fly papern kertas lalat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flytrapn device for catching flies, perangkap lalat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eighthave one over the ~, (colloq) pening-pening lalat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas