Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.bat] | لمبت

Definisi : 1. tidak cepat atau lekas (pergerakan dll), perlahan-lahan: ia berjalan terlalu ~; 2. mengambil masa yg lama: benih ini ~ tumbuhnya; 3. lewat drpd waktu yg ditentukan, kasip, tertinggal: dia datang ~; jam ini ~ sepuluh minit; ~-bangat = ~-laun lama­kelamaan, akhir-akhirnya; ~ lepa Kd pantang ada kesempatan: ~ lepa dia kebas; ~ laga asalkan menang prb mengerjakan sesuatu biarlah lambat asalkan maksud ter­capai; biar ~ asal selamat, tak akan lari gunung dikejar prb membuat sesuatu kerja biarlah dgn cermat dan hati-hati; lambat-lambat dgn lambat, perlahan-lahan: mereka berjalan ~ menghampiri pinggir bukit itu; selambat-lambatnya (yg) paling lewat, se­habis lama: mereka akan menerima gaji belakangan ~ dua minggu lagi; berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahan-lahan, tidak terburu­-buru: ia berasa perlu berlambat-lambat sehingga ia dapat membuat keputusan yg saksama; berlambatan sl mengambil masa yg lama, lambat: adapun kita ini ~ akan beroleh kembali kerana Raja Rom ini besar sangat kekayaannya; melambatkan (sengaja) menjadikan lambat, membuat supaya lambat: ia ~ jalan basikalnya; melambat-lambatkan menyebabkan se­suatu (pekerjaan, tindakan dsb) berjalan lambat-lambat, melengah-lengahkan: kita tidak boleh ~ pelaksanaan tugas itu; diharapkan pihak bank tidak ~ keputusan pinjaman atau mengambil masa terlalu panjang; memperlambat menjadikan lebih lambat: kerja yg buruk elok diperlambat; terlambat melewati (melebihi) masa yg ditentukan, memakan masa, tidak menepati masa, terlewat: kerana takut ~, Mak Konah tidak menghiraukan lagi usikan anak-anak Cina itu; kelambatan 1. perihal lambat, kelewatan: ~ menetapkan harga padi itu telah menye­babkan mereka rugi; Seri Bija Diraja menyem­bahkan sebab-sebab ~ yg dialaminya itu; 2. terlewat (drpd yg ditentukan), terlambat; pelambat bahan atau sesuatu yg melambat­kan (proses, perjalanan sesuatu dsb): bahan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bat] | لمبت

Definisi : 1 tidak cepat (bkn perjalanan atau perbuatan); perlahan-lahan: Ia sangat ~ membuat kerja. 2 mengambil masa yg lama: Pokok durian ~ berbuah. 3 lewat dr waktu yg ditentukan; ketinggalan: Jam dinding itu ~ 20 minit. ~ laun (bangat) lama-kelamaan; akhirnya. berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahan-lahan; tidak tergesa-gesa atau tidak terburu-buru. melambatkan membuat supaya lambat; menjadikan lambat: Ia ~ langkah kakinya. Kekurangan petugas telah ~ kerja itu. memperlambat menjadikan lebih lambat: Kerana malas, ia sengaja ~ kerjanya. terlambat tidak menepati masa; terlewat: Saya ~ lima minit. kelambatan 1 hal lambat; kelewatan: ~ kereta api itu telah merunsingkan hati kaum keluarga yg menunggu. 2 terlewat (dr waktu yg ditentukan); terlambat. selambat-lambatnya sehabis lambat; paling lewat: Mereka akan sampai ~ setengah jam lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambat (adverba)
1. Bersinonim dengan perlahan: lembap, mengambil masa,
Berantonim dengan cepat

2. Bersinonim dengan lewat: laun, melampaui waktu,
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : terlambat, kelambatan,

Puisi
 

Kalau berjalan terasa lambat,
     Kalau berlari terasa cepat;
Jangan kita suka mengumpat,
     Rugi di dunia di akhirat tak dapat.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Biar lambat asal selamat,
     tak lari gunung dikejar.

Bermaksud :

Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
drag~ (along) behind, move more slowly than (others), approp v + lambat-lambat: I had to ~ behind as I was having difficulty breathing, saya terpaksa berjalan lambat-lambat krn saya terasa sukar utk bernafas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
delayedadj 1. slow, retarded, lambat, lewat: ~ reaction, tindak balas lambat; ~ growth, pertumbuhan lambat; ~ puberty, baligh terlewat; 2. past date, terlewat: ~ registration fees, bayaran pendaftaran terlewat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lateadj 1. happening, coming after the usual or expected time, lewat, lambat: he was ~ for work today, dia lambat datang kerja hari ini; the train was ~, kereta api itu lewat; the durians are ~ this year, musim durian lewat tahun ini; we often have ~ dinners, kami selalu makan malam lewat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lateadv 1. after the usual or expected time, lewat, lambat: the plane arrived half an hour ~, kapal terbang itu tiba lewat setengah jam; she got up ~ than I did, dia bangun lebih lewat drpd saya; 2. at an advanced age, lewat, lambat: she had her first baby quite ~, dia mendapat anaknya yg pertama agak lewat; 3. towards the end of a certain period, hujung, lewat: the goods will arrive ~ this month, barang-barang akan tiba hujung bulan ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
late~ developer, lambat berkembang; at a ~ hour, pd larut malam; keep ~ hours, berjaga sampai larut malam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
belatedlyadv (ter)lambat, (ter)lewat: the parcel arrived ~, bungkusan itu tiba lewat or bungkusan itu lewat tiba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dilatoryadj (fml) berlengah-lengah, berlambat-lambat: ~ tactics, taktik berlengah-lengah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hang~ /heavy, heavily/, (of time) berlalu begitu /perlahan, lambat/; ~ it (all) see DAMN (damn it all); ~ o’s head, see ~ down o’s head; go ~, (sl) pergi jahanam: I‘ll write what I want and the critics can go ~, saya akan menulis apa yg saya hendak dan pergi jahanam dgn para pengkritik; / I’ll be, I’m / ~ed, see DAMN (/I’ll be, I’m/ ~ed);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
doggoneadj (US), ( sl) babi: the ~ bus is late again, bas babi itu lambat lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
convalescencen 1. gradual recovery of health, sembuh, pulih: the patient’s ~ was slow, pesakit itu lambat sembuh; 2. period of recuperation, /masa, tempoh/ pemulihan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas