Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.pau] | لمڤاو

Definisi : 1. lalu, lepas, lewat: corak hidup orang Melayu pd zaman ~ berlainan sekali dgn keadaan orang Melayu sekarang; 2. lebih (drpd yg dijangka atau yg sepatutnya): jangan ~ berjaga malam nanti lemah badan; melampau terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu), melewati batas, keter­laluan: mereka menjual barang-barang kpd pelanggan mereka dgn harga yg ~; per­ubahan sikap ini ialah cara yg baik utk menjadi unsur ~ antara dua keadaan; melampau-lampau sangat (terlalu) melampau: permintaannya ~; melampaui 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb), melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains Islam telah me­majukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll); terlampau sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat: kanak-kanak tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; maka terjumpalah sebatang kayu yg ~ besarnya; terlampaui sudah dilalui (tempat dll), telah melebihi: tengah malam sudah ~; musim kecil sudah ~ dan musim besar akan datang kira-kira tengah dua bulan lagi; keterlampauan perihal, sifat atau keadaan terlampau, keterlaluan; lampauan takat yg paling tinggi atau paling jauh: antara kedua-dua ~ ini mungkin ada kekecualian; kelampauan sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh orang lain), kelewatan; anak gadis itu sudah ~ a) adiknya berkahwin dahulu daripadanya; b) sudah agak lanjut umurnya; pelampauan perihal atau perbuatan melam­pau atau melampaui sesuatu: punca kesilapan seterusnya, menurut Ibnu Khaldun, ialah ~; pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan, orang yg mempunyai faham (kepercayaan) yg berlebih-lebihan: ancaman puak ~ telah meresahkan penduduk kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pau] | لمڤاو

Definisi : lalu; lepas: Dia masih membanggakan kegemilangan yg telah ~. melampau terlalu sangat; berlebih-lebihan (membuat sesuatu dll): Kenakalannya sudah ~ sekarang. melampaui 1 melebihi sesuatu peringkat atau had: Kelakuannya sudah ~ batas. 2 lalu di; melintasi: Ketika ~ kawasan kubur, Amin terdengar-dengar jeritan halus. terlampau teramat sangat; terlalu: Anaknya ~ manja. pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan; orang yg mempunyai fahaman atau kepercayaan yg berlebih-lebihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampau (adjektif)
Bersinonim dengan lalu, lepas, kuno;,
Kata Terbitan : melampau, melampaui, terlampau, pelampau,

Puisi
 

Baiklah baik memincang payung,
     Naik ke lampau memukul gendang;
Kalau sudah hatiku hayung,
     Rugi sedikit mana dipandang.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bygoneadj lampau, lalu: memories of ~ days, kenangan masa lampau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deep-frozenadj sejuk beku lampau: ~ vegetables, sayur-sayuran sejuk beku lampau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bygonen masa /lampau, lalu/: let’s not talk of ~, jangan kita bercakap ttg masa lampau; let ~s be ~s, yg lepas jangan dikenang, yg sudah itu sudahlah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
agoadv yg /lalu, lepas/, dahulu; (ref to a longer period) dahulu, yg /lampau, lalu/: a few minutes ~, beberapa minit yg lalu; some weeks ~, beberapa minggu yg lalu; about seven or eight years ~, kira-kira tujuh atau lapan tahun yg lampau; /a moment, a short while/ ~, sebentar tadi; long ~, a. long since, pd suatu masa /yg lampau, dahulu/: it happened long ~, peristiwa itu berlaku pd suatu masa yg lampau; b. in bygone days, pd zaman dahulu, dahulu kala; not long ~, tdk berapa lama dahulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ham 2 n 1. (theatr) a. also ham actor, pelakon /lebih aksi, lampau/; b. also ham acting, lakon lampau; 2. also radio ham, operator of amateur radio, jururadio amatur; (attrib), (radio) amatur: ~ radio stations, stesen radio amatur; ~ license, lesen radio amatur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deep-freezevt menjadikan sejuk beku lampau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deep-freezen peti sejuk beku lampau; be in ~, (fig.) dibekukan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extravagant4. exaggerated, berlebih-lebihan, keterlaluan, melampau(-lampau): the review was full of ~ praise, ulasan itu penuh dgn pujian yg keterlaluan; having made such ~ claims for their latest product, the company was greatly embarrassed when it fell short of expectations, setelah membuat dakwaan yg berlebih-lebihan ttg keluaran terbaru mereka, syarikat itu berasa amat malu apabila keluaran tersebut tdk seperti yg dijangka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extortionateadj (derog) excessive, (of demand) berlebih-lebihan, melampau-lampau; (of price, rent, profit, etc) terlalu tinggi: the prices at these restaurants are simply ~, harga makanan dan minuman di restoran-restoran ini terlalu tinggi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ham 2 vt often ~ /it, st/ up, (sl) melakonkan + approp n secara /melampau-lampau, berlebih-lebihan/: there’s no need to ~ it up, play the part as it is, tdk perlu melakonkan babak itu secara berlebih-lebihan, lakonkan seada-adanya saja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas