Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ri] | لاري

Definisi : 1. = berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): mereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang; lumba ~ 100 meter; 2. menyelamatkan atau melepas­kan diri (drpd bahaya, tahanan, dll): kesemua pencuri itu telah dapat ~ drpd serbuan polis; maka tuan Puteri Bongsu pun hendak ~lah, malu akan tuanku Malim Deman; 3. me­ninggalkan (sesuatu tempat, pekerjaan, dll) tanpa kebenaran, (dan biasanya pergi ke mana­mana supaya tidak dapat dikesan): kedua­-dua orang pemuda yg ~ masuk hutan itu akan dihukum; 4. bebas (terlepas, tersisih, dsb) drpd sesuatu atau drpd terpaksa melaku­kan sesuatu: ini ialah pembicaraan forma­listik yg tidak ~ drpd konsepnya; kita tidak dapat ~ drpd membandingkan kedua-dua bahasa kerana dua sebab; 5. bp perginya, arah, hala, haluan: ke mana ~nya wang tadi? 6. kecepatan, kelajuan: kuat sungguh ~nya kereta itu; 7. Jk panjang (sesuatu bidang); ~ celebu Kl, Tr lari dgn pantas; ~ pecut larian pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; selari 1. sama hala atau arah (garisan, banjaran, dll), sejajar: garisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yg ~ dgn khatulistiwa; garisan ~ garisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun dipanjangkan); 2. = selarian se­imbang dgn, sesuai dgn: terdirinya sekolah menengah itu adalah ~ dgn cita-cita kerajaan hendak menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar di sekolah; sengaja kupakai berjalan bersama-sama dgn engkau ini supaya selarian dan sesuai dgn darjatmu; 3. tidak putus-putus, terus-menerus: ulasan ~; berselari dlm keadaan yg selari: ketiga-tiga banjaran itu kira-kira ~ antara satu dgn lain; menyelarikan menjadikan sesuatu selari (sejajar): persediaan tersebut hendaklah diselarikan dgn program pembangunan; keselarian keadaan selari: ~ sinar itu; perselarian persamaan: imej-imej dlm kedua­-dua satira tersebut ada ~nya; berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): jangan ~ nanti jatuh; ~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan; ~(-lari) anjing a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap berjalan; guru kencing berdiri murid kencing ~ prb murid mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yg tidak baik; berlarian, berlari-larian, berkelarian ark 1. berlari atau berkejar tidak tentu hala: maka gemparlah orang ~ ke sana sini; 2. dlm keadaan berlari-lari: semua dayang dan inang pengasuh datang ~ meniarap serta menangis di kakinya; kedua-dua anaknya berlari-larian datang mendapatkan dia; 3. berlari, berjalan cepat-cepat: berjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang; melarikan 1. membawa lari: dua orang perompak telah ~ wang tunai dr sebuah kedai minyak; 2. memandu atau membawa laju­laju (kenderaan dll), menyebabkan berlari (spt kuda dll): dia ~ skuternya ke pejabat; 3. = ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan, dll), menghilangkan diri: beberapa orang telah ~ diri ke hutan mencari perlindungan; ketika patah perang pd minggu yg lalu, ia telah ~ diri; 4. mengalihkan (pandangan dll): Zaini telah ~ mukanya ke arah lain; memperlarikan 1. melarikan (memandu kereta dll) dgn laju; 2. lari melalui; terlari-lari berlari-lari kerana: ~ ketakutan; larian 1. perlumbaan (kuda dll); 2. perbuatan (pergerakan) lari: ~ mereka terhenti, di hujung jambatan itu sudah didatangi api; ~ kuda tempat perlumbaan (kuda dll); 3. jalan kecil sebelah dalam kubu (kota dll); pelarian 1. perihal berlari dgn cepat: mata­nya liar memerhatikan sekeliling spt mata pencuri dlm ~; 2. = orang ~ orang yg melari­kan diri, pengungsi; sepelarian sejauh (yg terdaya) berlari; ~ kuda sejauh kuda berlari; pelari orang yg berlari (dlm sukan dll), orang yg melarikan diri; ~ pecut orang yg berlumba lari pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; binatang ~ binatang yg kuat berlari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ri] | لاري

Definisi : 1 pergi utk melepaskan diri (drpd bahaya, tahanan, sekatan dsb): Mereka terkejut lalu ~ menyorok ke dlm belukar. Dia ~ dr penjara subuh-subuh tadi. 2 pergi meninggalkan pekerjaan atau kewajipan: Budak itu selalu ~ dr sekolah. 3 kadar kelajuan sesuatu yg bergerak: Kencang sungguh ~nya kereta baru itu. berlari bergerak dgn langkah yg pantas (lebih cepat drpd berjalan): Dapatkah kamu mengejar kuda yg ~? ~(-lari) anak berlari dgn tidak berapa pantas. ~(-lari) anjing berlari dgn langkah yg pendek. berlarian berkejar dan berlari dgn tidak tentu hala; dlm keadaan berlari-lari: Orang ramai telah gempar lalu ~ ke sana ke mari. melarikan 1 membawa lari: Perompak itu sempat ~ tas tangan seorang gadis. Mereka telah ~ kereta-kereta yg dicuri itu ke sebuah negara tetangga. 2 membawa atau memandu (kereta dsb) laju-laju: Dia ditahan kerana ~ keretanya melebihi had laju yg dibenarkan. 3 melepaskan sesuatu (drpd bahaya, sekatan, cukai dsb): Dia didapati bersalah kerana ~ cukai. 4 mengalih (pandangan dll): Ani ~ pandangannya ke jalan raya di hadapan rumahnya. ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan dll). ~ nyawa menyelamatkan diri drpd bahaya maut. memperlarikan menyebabkan (kuda dsb) berlari. larian 1 balapan tempat berlari: ~ kuda tempat perlumbaan kuda. 2 gerakan berlari: ~ yg pd mulanya laju sekali itu perlahan-lahan terhenti. 3 (kiraan) mata dlm permainan kriket. pelarian 1 hal (perbuatan dsb) lari atau melarikan. 2 = orang ~ orang yg melarikan diri dr sesebuah kawasan, negeri dll. pelari 1 orang yg berlari (dlm sukan dll). 2 orang yg lari. 3 orang yg melarikan cukai dsb. selari sama hala (bkn garisan, banjaran dll); sejajar: Garisan-garisan itu kelihatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lari
Kata Terbitan : berlari, selari, menyelarikan, keselarian, melarikan diri, larian, pelarian, pelari,

Puisi
 

Lari puyuh jalan kontang,
     Tetak dengan batang kemudi;
Darilah jauh abang pun datang,
     Meraikan tuan yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Musang jebat lari tinggal baunya.

Bermaksud :

Orang yang baik atau jahat itu, apabila pindah ke tempat lain, namanya akan disebut-sebut orang juga.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
joggingn lari-lari anak, lari perlahan-lahan, joging: ~ is said to be good exercise, lari-lari anak dikatakan senaman yg baik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bolt3vi 1. run away, cabut lari: the thief ~ed when he saw the policeman, pencuri itu cabut lari apabila dia nampak polis; 2. (of horses ) lari dgn liar: the frightened horse suddenly ~ed, kuda yg ketakutan itu tiba-tiba lari dgn liar; 3. dash, meluru lari: she panicked and ~ed into the room, dia panik lalu meluru lari ke dlm bilik itu; 4. move or spring suddenly, membingkas: he ~ed from the chair on hearing the scream, dia membingkas dr kerusinya apabila mendengar jeritan; 5. (of plants) tumbuh terlalu cepat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flight2n pelarian, lari: during their ~ many Vietnamese were killed, semasa pelarian, ramai orang Vietnam terbunuh; his ~ saved him from capture, krn dia lari, dia tdk ditangkap; the ~ of capital, pelarian modal; put so. to ~, menyebabkan sso lari: the fierce dogs will soon put any burglar to ~, anjing-anjing yg garang itu akan menyebabkan mana-mana pencuri pun lari; take (to) ~, lari: the robbers took to ~ when they saw the lights go on, perompak-perompak itu lari apabila melihat lampu dipasang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frighten~ so. /away, off/, a. membuat sso takut lalu lari: the barking dog ~ed the burglar away, anjing yg menyalak itu membuat pencuri itu takut lalu lari; b. (fig.) membuat sso lari: the new decor of the restaurant with its bright colours and loud music ~ed the old customers away, hiasan baru restoran itu dgn warnanya yg terang dan muziknya yg kuat, membuat pelanggan-pelanggan lama lari; ~ st /away, off /, membuat sst takut lalu lari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fleevt lari dr: the villagers fled the rising water, penduduk kampung itu lari dr air yg sedang naik; many people had fled the country when the enemy troops arrived, ramai orang yg telah lari dr negara itu apabila tentera musuh tibaKamus Inggeris-Melayu Dewan
hit and runadj 1. connected with accident where the motorist drives away immediately, langgar lari: it was a case of ~, itu merupakan suatu kes langgar lari; a ~ driver, pemandu langgar lari; 2. (in baseball) pukul dan lari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
elopevi 1. run away (with a lover) lari (bersama kekasih): the lovers ~d across the border, pasangan kekasih itu lari menyeberangi sempadan; 2. marry by elopement, kahwin lari: do you know your mother and I ~d?, tahukah kamu bahawa emak dan ayah kahwin lari?.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
break-outn (perbuatan, kejadian) lepas lari: news of the prison ~ appears on the front page, berita ttg kejadian lepas lari dr penjara itu tersiar di muka hadapan akhbar; the prisoners were planning a ~, banduan-banduan itu sedang merancang utk lepas lari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fleevi lari: the survivors fled into the neighbouring country, orang-orang yg terselamat lari ke negara jiran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breakawayadj 1. (of animals) broken free, lepas lari: a ~ horse, kuda yg lepas lari; 2.,/b> in favour of secession, ingin /bercerai, berpisah/: a ~faction, puak yg ingin berpisah; 3. having seceded, bercerai, sudah memisahkan diri: the ~ union, kesatuan pekerja yg sudah memisahkan diri; ~ regime, rejim yg sudah memisahkan diri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas