Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kering dan kecut (daun, bunga, dll), tidak berseri atau tidak segar lagi, lisut: kajang orang kajang berlipat, kajang saya mengkuang ~; 2. ki pucat dan lesu (orang), tidak bergaya, tidak sihat, merana: gadis tua yg sudah ~; ~ bunga (barang yg) sudah lama tetapi masih elok (kain dll); ~ malap Kl terlalu letih; dianjak ~, dibubut (dianggur) mati = diasak (pindah) ~, dicabut mati prb keputusan yg muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi); melayukan menyebabkan jadi layu (melayur­kan, menganggurkan, dll): bilamana bunga itu hendak menjadi putik maka datang sahaja panas matahari ~ bunga itu; layu-layuan 1. sesuatu yg layu; 2. = padi ~ Mn padi yg telah mulai kering; kelayuan 1. keadaan layu; 2. = layuan ki kemangkatan (raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kering dan kecut (bkn daun, bunga dll); tidak segar lagi: Pd musim panas ini, tanam-tanaman saya habis ~. 2 ki pucat dan tidak bermaya; tidak sihat: Gadis itu kelihatan ~ kerana sakit. ~ bunga sudah agak lama tetapi masih baik (ttg kain). melayukan menyebabkan layu: Cahaya matahari yg terik dpt ~ tanam-tanaman. kelayuan 1 keadaan layu. 2 menjadi layu. 3 ki kemangkatan raja-raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layu (adjektif)
Bersinonim dengan lisut, kering, kecut;,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fadedadj 1. withered, layu: to throw away the ~ flowers, membuang bunga-bunga yg layu; 2. that has lost brightness, a. (of colour, coloured things) , /pudar, luntur/ warnanya: ~ jeans, jean yg pudar warnanya; b. (of photograph, picture, writing) kabur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fadevi, 1. droop, wither, layu: flowers bloom and ~, bunga-bunga berkembang dan layu; 2. lose brightness, a. (of colour, coloured things), (menjadi) /pudar, luntur/: colours which will not ~, warna yg tdk akan menjadi pudar; the curtains have ~d, langsir-langsir sudah luntur; b. (of photograph, picture, writing), (menjadi) kabur; c. (of light) menjadi kelam; 3. lose vigour, strength, semakin lemah; 4. diminish, dwindle, a. also ~ away, (of sound) menjadi perlahan; (because of increasing distance) semakin sayup (kedengaran): the music ~d as the boat moved further downstream, bunyi muzik semakin sayup kedengaran apabila bot itu semakin jauh menghilir sungai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
languishvi 1. lose vitality, become weaker, menjadi lembap; (of plants) menjadi layu: for sometime now manufacturing has ~ed, sejak kebelakangan ini perkilangan menjadi lembap; after he left, the conversation ~ed, selepas dia pergi, perbualan menjadi lembap; the flowers ~ed in the heat, bunga menjadi layu di tengah panas; 2. pine for so., st, berasa rindu: to ~ for love and sympathy, berasa rindu akan kasih dan simpati; 3. suffer deprivation, menderita: he was left to ~ in prison, dia dibiarkan menderita di dlm penjara;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fadingadj 1. drooping, withering, sedang layu; 2. losing brightness, a. (of material, colour) beransur-ansur /pudar, luntur/; b. (of photograph, picture, writing) semakin kabur; c. (of light) semakin kelam: we found it difficult to see in a ~ light, kami mendapati sukar utk melihat dlm cahaya yg semakin kelam; 3. losing vigour, strength, semakin lemah; 4. diminishing, dwindling, a. (of sound) semakin perlahan; (because of increasing distance) semakin sayup: the ~ sound of the train, bunyi kereta api yg semakin sayup; b. (of hope) semakin tipis; 5. becoming gradually eliminated, beransur /hilang, luput, lenyap/: a ~ memory, kenangan yg beransur hilang; 6. disappearing from sight, semakin /hilang, lenyap/ dr pandangan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cut~ away, memotong: to ~ away the wilted flowers, memotong bunga-bunga yg layu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
droopvi 1. incline, bend downwards, a. (gen) melentok, terlentok: his head ~ed in weariness, kepalanya terlentok krn keletihan; the feathers in his hat ~ed, bulu-bulu ayam di topinya terlentok; b. (of shoulders) turun, jatuh; c. (of eyes, eyelids) layu, kuyu, ruyup; d. (of mouth) menjebek; e. (of branch) melentur, meluyut; f. (of plant) melentur; g. (of flower) melentok, terlentok; 2. (of sun) ruyup; 3. languish, (kelihatan) layu; (of spirits) menjadi lemah: our spirits ~ed as we watched our players lose, semangat kami menjadi lemah apabila melihat pemain-pemain kami tewas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deadadj 1. no longer living, a. (gen ), (sudah, telah) mati: ~ trees, pokok-pokok yg sudah mati; ~ insects, serangga mati; ~ wood, kayu mati; b. (of person), /sudah, telah/ /meninggal dunia, mati/; (of royalty), /sudah, telah/ mangkat; (of prophet), /sudah, telah/ wafat; (coarse), /sudah, telah/ /mampus, kojol/; c. (of flower), /sudah, telah/ layu; d. (of leaf) kering; 2. inanimate, tdk bernyawa: ~ matter, benda yg tdk bernyawa; 3. numb, kebas: his fingers are ~ with cold, jari-jarinya kebas krn kesejukan; 4. (of sound) bengap, benak, pekak: the ~ sound of the coin as it hit the floor, bunyi bengap syiling itu ketika jatuh ke lantai; 5. (of colour) usam, kusam, pekat: ~ black, warna hitam usam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blastvt 1. blow up, meletupkan: they ~ed the cliff, mereka meletupkan tebing tinggi itu; 2. open up, make by blasting, membuat [sst] secara peletupan: to ~ a hole in the wall, membuat lubang di dinding secara peletupan; 3. ruin, shatter, (act.) menghancurkan; (pass.) hancur: failure in the exam ~ed his hopes, kegagalan dlm peperiksaan menghancurkan harapannya; 4. shrivel, wither, melayukan, menyebabkan [sst] layu: frost has ~ed the blossoms, fros telah melayukan bunga-bunga itu; 5. criticize severely, mengecam, membidas: he ~ed his political opponents, dia mengecam penentang-penentang politiknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas