Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.mah] | لمه

Definisi : 1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3. tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~ dlm membuat keputusan; ~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~ hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah (tetapi boleh dilentur­lentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~ syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga; ~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenar­nya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain­-mainkan; berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras; melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula; melemahkan menjadikan lemah, menye­babkan menjadi lemah: penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg ~ novel ini; memperlemah menjadikan lebih lemah; kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan ke­kurangan; pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah; pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mah] | لمه

Definisi : Kd, Pl; pelemah membohong, ber­bohong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mah] | لمه

Definisi : sj ikan laut, lelemah, lemuk, Lactarius lactarius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.mah] | لمه

Definisi : 1 tidak bertenaga; tidak kuat: Badannya ~ kerana tidak cukup tidur. 2 kurang cekap dlm sesuatu: Ia ~ dlm pelajaran matematik. ~ gemalai (longlai) gerakan tubuh yg elok ketika berjalan dll. ~ hati mudah dipengaruhi orang; tidak teguh hati. ~ lembut baik budi pekerti; tidak pemarah. ~ semangat mudah terperanjat (jatuh sakit dll). melemahkan menyebabkan menjadi lemah: Kurang tidur akan ~ badan. memperlemah menyebabkan menjadi lebih lemah. kelemahan keadaan atau hal lemah. pelemahan perbuatan atau hal melemahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lemah (adjektif)
1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya, tidak berkuasa,
Berantonim dengan cergas

2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan,

Puisi
 

Lemah lembut pandan berduri,
     Putus tali kain cadar;
Lemah lembut membawa diri,
     Pandai hati siapa menanggar.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Lemah melapis condong menopang.

Bermaksud :

Tolong-menolong satu sama lain.

 

Lihat selanjutnya...(76)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
feebleadj 1. weak, lemah, tdk /bermaya, berdaya/; (of pulse) lemah: a ~ old man, lelaki tua yg lemah; a ~ moan, keluhan yg tdk bermaya; 2. lacking force, vigour, lemah; (of attempt etc) tdk bersungguh-sungguh: a ~ excuse, alasan yg lemah; a ~ argument, hujah yg lemah; a ~ attempt, percubaan yg tdk bersungguh-sungguh; 3. (of mind) lemah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
effeteadj weak, lemah: an ~ empire, empayar yg lemah: an ~ nobleman, seorang bangsawan yg lemah: an ~ political party, parti politik yg lemah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frailadj 1. delicate, (of person) lemah, rapuh; (of health) mudah terganggu; (of voice) lemah: a ~ old woman, perempuan tua yg lemah; he spoke in a ~ voice, dia bercakap dgn suara yg lemah; 2. easily broken, kelihatan tdk /kukuh, kuat/, mubut: the chair looks ~, kerusi itu kelihatan mubut; 3. unable to resist temptation, lemah, rapuh: ~ humanity, manusia yg lemah or yg rapuh jiwanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
etiolatedadj 1. (bot) teretiolat; 2. (fml) pale and weak, pucat dan lemah: an ~ young man, anak muda yg pucat dan lemah; 3. effete, lemah: the ~ nobility, golongan bangsawan yg lemah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
airyadj 1. breezy, berangin: the room is spacious and ~, bilik itu luas dan berangin; 2. weightless, tipis: ~ voile, kain voile yg tipis; 3. light, graceful, lemah longlai, lemah gemalai: her ~ tread, langkahnya yg lemah longlai; 4. lively, gay, riang; 5. empty, fanciful, kosong: ~ ideals, impian-impian kosong; ~ promises, janji-janji kosong; 6. immaterial, niskala, mujarad, tdk berbentuk: ~ spirits, makhluk halus niskala; 7. (colloq) nonchalant, acuh tak acuh, endah tak endah: his friend’s ~ attitude infuriated him, sikap acuh tak acuh kawannya menyebabkan dia marah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
debilitatedadj lemah: so’s ~ frame, badan sso yg lemah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kid -gloveadj tactful, lemah lembut: ~ approach, kaedah lemah lembut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
enfeebledadj sangat lemah: the country’s ~ economy, ekonomi negara itu yg sangat lemah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
debility n lemah: a disease that causes general ~, penyakit yg menyebabkan seluruh badan menjadi lemah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
demoralized, demoralisedadj sudah /patah, lemah/ semangat: a ~ team, pasukan yg sudah lemah semangat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas